umur 40 baru nak berubah?
Posted On Thursday, March 19, 2009 at at 4:00 AM by neemPerbualan ini adalah dalam nada selamber..
Wah.. Kau tak pergi solat jumaat lagi? Ish...
Kau tau tak, seseorang lelaki yang tak pergi solat jumaat tiga kali berturut-turut, Allah akan tutup pintu hatinya.
Alaa... Kau ni, setiap kali jumpa aku mesti sebut pasal nih. Tak boleh ke kalau jumpa aku tak cakap pasal nih?
Tak boleh ar.. Aku kawan kau, kena saling ingat-mengingatkan.
Weh, kau tau tak.. Sesorang muslim ni, dia akan berubah bila dia umur 40 tahun.
Ahaha.. Aku tak pernah dengar lagi. Kau belajar dari mana neh?
Ye lah, masa umur 40 tahun baru ada masa nak beribadat, berzikir..
Eh.. Kau cakap leklok. Mana tahu kau mati esok ke..
tak pun jap lagi kau jalan-jalan Allah terus tarik nyawa kau..
sempat ke kau nak qadar-qadar solat kau tu...?
Heh.. Malas ar aku cakap dengan kau. Baik aku sambung kerja!
^_^
p/s: niat hanya nak ingatkan sahabat.. Bukan nak merendahkan mana-mana pihak ye...~~
Hidup dengan Islam tu sangat lah indah~
Alhamdulillah!
yeah3~
ya ALLAH. kuatkan lah imanku. jdkan aku hambamu org yang bersyukur dengan umur yg engkau berikan kepadaku.
terima kasih neem. entry yg baik utk ingatkan org lain.
p/s kita tak tau bila kita mati kan?
amin3..
sama2. kita sama2 ingatkn. manusia tu pelupa pada hakikatnya..
ye..kita tak tau bila kita nak mati. ajal maut, kehendak Allah SWT
Semak Surah al-Ahqaf ayat 15
al-ahqaaf:15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
menurut apa yg guru kawan saya cakap..
Allah lahirkan manusia beza dengan makhluk lain sbb ada akal. apabila sampai umur 11 tahun, manusia akan dimasukkan nafsu dan kekuatan akal akan bertambah setiap hari sehingga seseorang itu umur 40 tahun. apabila sampai umur 40 tahun, kekuatn akal itu akan turun kembali..
itu apa yg saya dengar dari kawan saya..
kalu ada silap, tolong betulkn~~