Aku penat sikit (kot)

masa shooting


tengah fikir nih. ahah


aku tak ingat yang ni berlakon ke spontan. kui3~



pak cik shimi bagi pinjam



pinjam sat camera pak cik osman.







ini pakcik osman dan pakcik shimi yang akan serang orang dengan flash camera mereka.

Sungguh tak senonoh. hoho

Aku penat sikit (padahal penat sangat). Minggu ni minggu orentasi. Kaki aku melecet. Ohoho. Tapi dah ok, alhamdulillah. Aku tau semua teamwork aku penat. Sampai ada yang nak demam-demam pun ada. Tapi kami teruskan perjuangan. Tinggal satu hari lagi bersama junior-junior yang tersayang.

Nak jadikan ceritanya, dalam masa empat hari ni macam-macam terjadi. Macam-macam orang aku jumpa. Macam-macam masalah aku perlu selesai.

Hari ni ada dua masalah yang aku rasa berat.


Seorang junior aku rebah kat dapur sebab lincin. Tak boleh bangun. Ayahnya yang berada di Terengganu punya lah call aku suruh tolong tengok anak dia. Anak dia langsung tak boleh bangun. Aku dan warden perlu papahnya. Berat juga budak tu. Aku rasa macam tak larat. Nak pengsan pun ada masa tu. Huh, agaknya orang yang angkat aku masa aku pengsan lepas derma darah tu rasa macam tu juga kot? haha... Anyway, budak tu dah selamat. Cuma dia tak boleh jalan. Lututnya bengkak dan badannya agak besar menyebabkan dia susah nak balancekan diri ketika kaki sebelah kanannya tak boleh guna.


Satu hal lagi, ni dah masuk hal cerai tak cerai dah. Hal keluarga. Mak cik tu minta tolong aku buat something yang mungkin boleh selamatkan keluarga anaknya. Menantunya yang menjadi pelajar baru kat sini. Em.. Kata "dia", bagus lah sebab ada mertua yang cuma nak selamatkan family anak. Makcik tu memang baik. Dia yang bersungguh-sungguh push menantu dia untuk belajar. p/s: menantu, bukan anak. Yang selebihnya tu biarlah.


Semalam aku pergi shooting untuk coperate comm, untuk Unitar.Ah.. Kelakar. Aku rasa tak akan keluar dalam TV lah. Maka tak payah nak cari muka aku dalam tv nanti ya. Aku yang tak rajin make up kena make up. Semalam tu first time aku kena make up untuk tahun ini. Maka kesannya hari ni aku naik jerawat besar-besar kat pipi. Dua butir pula tu. Ohh.. Adakah ini jerawat make up atau sebenarnya jerawat "gatal". waawkahakha.. Aku tak ambil gambar banyak dan tak akan tunjuk sebab aku tak boleh terima muka aku pakai make up. Oh..


Hari ni penat juga. Tapi alhamdulillah. Rasa relax sikit lepas yang tersayang teman makan.

Alhamdulillah~~

p/s: minta maaf kat siapa-siapa yang terkena mood tak baik aku semalam ya.. ^_^

Posted in |

9 comments:

  1. handhalah ibnu kamil Says:

    macam best.

    neem2.

    hehehhe.

  2. naqiubex Says:

    Erm.. nampak macam seorang problem solver.. huhu

  3. neem Says:

    to abu:
    best mmg. alhamdulillah..

    to naquibex:
    ohoh... alhamdulillah~~

  4. asked Says:

    wahh~~
    go go kak neem!!!
    huuu....
    idop slangorrrrr!!!

    kak neem pengsan derma darah??
    hehe

  5. neem Says:

    tq3 adik~

    hidup unitar!

    hidup unitar!!

    hidup unitar!!!

    yahooOO

  6. hattourie Says:

    ini pakcik osman,..dan nama saya hattourie!~ bukan osman!~

  7. neem Says:

    ah..biar lah.

    org nak panggil pakcik osman jgk.

    tu la..pndai sgt cakap nama osman.kan dah lekat. kui3~~

  8. MuhD NoR AzyM Says:

    wah..berlakon? Tak lama lg popular la ni..hehe

    ~berlakon iklan pn bleh popular tau

  9. neem Says:

    hahahaha...,


    x kuar tV ah..~~