ada "benda" dekat rumah aku~

Orang lain cuti tiga minggu, aku cuti seminggu je. Aku balik kampung paling lewat dan paling awal aku datang. Sekarang aku duduk seorang-seorang kat rumah. Kat apartment nih.

Aku dulu punya lah berani nak duduk seorang. Sekarang sedikit takut. Aku pernah nampak benda sebenarnya. Dalam bilik tidur aku. Atas almari. Toyol aku rasa. Bila aku nampak "dia" aku terus paling badan ke dinding, pejam mata dan baca apa-apa yang patut.

Semasa exam, aku ke campus untuk study. Balik rumah dalam pukul 2-3 pagi. Hari tu aku balik rumah pukul 3.30 pagi. Sekitar pukul 2.30 pagi, roomate aku terdengar bunyi kerusi kat ruang tamu di tarik. Dia ingatkan aku yang balik. Keluar dari bilik tak ada orang. Dia rasa lain, cepat-cepat masuk balik balik.

Aku tak pasti, bilik aku selalu orang solat dan baca quran. Mungkin "dia" nak cuba testing. Kata sahabat aku, "dia" tak kacau orang yang sama dengan dia. Tapi nak kacau yang musuh dengannya. Aku tak pasti. Betul-betul tak pasti.

Masa mula-mula masuk rumah, majlis solat hajat dan baca yasin diadakan. Mungkin kena buat sekali lagi.

Aku tak takut sebenarnya. Tapi aku mungkin tak boleh terima rupa paras "dia" yang ghaib. uhuh. Roomate aku sampai sakit tengkuk sebab tidur paling badan ke dinding.
Tak nak nampak "dia" lagi.

Lepas reunion hari tu, aku perlu hantar kawan. Masa tu dah pukul 10 malam. Kat kawasan kampung yang banyak hutan dan jalan sempit. Tak ada lampu, lalu depan kubur. Aku berdoa semoga tak nampak benda masa aku tengah drive. Lalu depan kubur aku bagi salam, nasib baik yang duduk kat seat belakang yang jawap. Bukan "orang" lain yang jawap. hehe

Tapi aku yakin, kalau aku tak kacau "dia", dia tak akan kacau aku balik..

Moga Allah melindungi aku dan korang dari segala kejahatan syaitan. amin!!

Posted in |

8 comments:

  1. joegrimjow Says:

    kacau mengacau
    pasni
    suka menyuka
    lalal~

  2. neem Says:

    uhuhu..

    nauzubillah!!

  3. naqiubex Says:

    Wooo..
    ada buat sumthin wrong kot..

  4. neem Says:

    ohooh..

    aku pun x sure!

  5. Anonymous Says:

    salam..
    lek la neem..
    jgn tkut...
    mmg bnd2 ni nk gnnggu kite..
    amalkn ayat kursi saluuu..
    ak pon slau je kene...
    huhuhuuu...
    mcmm2 lgi...
    huhu..
    kne kuatkn dri laa yee..

  6. neem Says:

    ws'lam wbt.

    neem sentiasa relax~

    lalaalalaa~~ heehe

  7. Kusyuk Says:

    b'doa dan trus b'doa..
    smga Allah mlindungi kita..
    cb amalkn zikir fatimah n ayt'l qursi b4 tidur..

  8. neem Says:

    amin3..

    TQ3