Kasut tumit tinggi


Punyalah aku berpusing-pusing dengan dia untuk cari kasut. Akhirnya aku beli di Bata juga. Ohoho.

Aku memang tak reti nak berfesyen-fesyen nih. Aku lebih suka sesimple mungkin.

Kena pakai kasut tumit tinggi untuk program minggu depan nanti. Biasalah. Nama pun formal maka aku perlulah berformal-formal. Waa.. Kasut aku dah habis rosak sebab aku ganas sangat.

Aku benci kasut tapak tinggi.

Buat aku sakit pinggang, sakit belakang je.

Pernah sekali aku pergi ke Business Preview di Time Square. Punya lah aku pakai kasut tapak tinggi. Last-last around 11.00 pm aku dan seorang kawan jalan dengan kaki ayam di KLCC je. Tak tahan. Lenguh teramat.

Pakai kasut tapak tinggi ini boleh menyebabkan kecacatan. Cuba lah baca laporan CAP di bawah ni:

PULAU PINANG 8 Mei - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Oh.. Aku tak sanggup betul. Aku dah lama tak sentuh kasut macam nih. Tu pun tak tinggi sangat.

Tapi derita lah juga sebab masa aku try banyak-banyak kasut tu, aku rasa kaki aku sakit.

Menakutkan kan. Jagalah! Jangan amalkan sangat. Kesian kat badan.

Jagalah badan anda sebaik-baiknya.


^_^

Posted in |

13 comments:

  1. joegrimjow Says:

    bli kasut tumit tgi
    p bawak dtg yekk

  2. neem Says:

    ye3..
    (buat2 faham)

  3. Azym Azizi Says:

    kadang2 ak pun terseksa tgk org perempuan pkai kasut tumit tinggi..

    Ak rekemenkan pkai kasut yg tapak bergetah. Baru ada grip & bleh jalan laju..hehe

  4. neem Says:

    huhuh..

    kalu majlis formal tu lain plak..

  5. ain fathihah fhm Says:

    ain jarang sgt2 pakai kasut tumit tinggi..

    heh..
    payah nk jalan..
    kena jln sopan santun + lambat

    hehe

    tp kadang2, ada majlis formal yg perlu nk kena pakai gak

    (sapa la yg bt kod etika pakaian cmtu)

  6. neem Says:

    tu la..

    sape la buat kod etika cm2.

    meh p sekeh dia.

    ahakss..

    neem pun jarang2.

    skrg pakai sandel je. no more kasut tinggi. sakit badan~~

  7. sharamli Says:

    hu3..xreti pakai jugak kasut tumit tingi..nnt tak0t tepeleot

  8. neem Says:

    hahah..

    kalu kasut tumit tinggi ni, tabik hormat kat artis2. blh dorg pakai tapak tinggi sambil menari. wahh

  9. Lun Says:

    Lun slalu kesian tgk pmpuan2 pki tumit tiggi.. sian tgk diaorg sbb must thn sakit sbb nk pki kst tu

    Nsb baik la lelaki x terjebak dalam fasyen tumit tinggi

  10. Sufy Says:

    hehhe..sejak keje ni, baru pndai kai kasut tinggi..ngeh3

  11. neem Says:

    to lun:
    bayangkan kalau lelaki kena pakai kasut tinggi. ohh..

    to sufy:
    nape kena pakai ek. x faham betuiiii

  12. mun Says:

    yeah u have to wear high heels 4 orientation :)

    u know what
    mengikut sejarah yg sbenarnya
    lelaki adalah kaum yg sepatutnya pakai heels ini, pada zaman dulu2 dgn tujuan mereka nmpk tggi dan smart sentiasa. klu xpercaya cuba tgk balik filem english lama2 klu bangsawan mereka akan pakai heels (lelaki)

    zaman skrang plak,
    lelaki yg kebanyakkn mencipta heels utk perempuan, contohnya jimmy choo tukang kasut dr malaysia yg terkenal seantero dunia,mereka kasut utk selebriti2 hollywood dgn tujuan menampakkan keseksian wanita bila mereka memakai heels. xdilupa juga bata.

    heels juga mempunyai maksud tersendiri bg lelaki, sometimes they call woman who wear high heels have the personality of sex appeal. mksdnya tarikan dia lebih pada kaki dan kaki akan nmpk lebih panjang n sexy. eventho bg girls mereka nk nmpak effect lebih tggi tp for boys, it is more to sex appeal.

    mcmtu la crita dia disebalik heels ni. so kte di sini pakai heels hanya la sebagai tuntutan code of ethics. hehe jgn pk lebih dr itu ye wahai lelaki2 sekalian. ketahuilah bahwa heels itu menyeksakan perempuan. tapi apa nk buat dah nama pun as formal attire he

  13. neem Says:

    to kak mun:
    wahh...welcome2 kak mun!

    huhuh.. nice history. x thu plak sampai macam tu sekali.