m.a.b.u.k
Posted On Wednesday, May 27, 2009 at at 6:31 PM by neemKorang mabuk tak? Korang nak tau yang aku ni mabuk. Aku mabuk dua benda:
1. apa-apa jenis kereta mahupun bus.
2. bot.
Dan sekarang aku berada di Kelate yang cinta. Sebab family punya function, maka terpaksa aku ponteng class. Hoho. Takpe. Aku ke sini naik bus. Transnational 205 KL-KB.
Nak dijadikan cerita. Aku ni dah lama tak mabuk naik bus. Maka kali ini aku ingat aku akan seperti biasa. Tak mabuk lah (konon).
Maka bermula lah perjalanan ku. Seorang. Tiada teman.
Maka ketika sampai saja Gombak. Aku mula pening-pening. Oh.. Memang selalunya aku pening pun. Dalam pukul 12 malam, aku mula pusing kanan dan pusing kiri. Kepala ku pening. Perut terasa mual. Tekak terasa ada satu asid keluar. Mula ku berdoa.. Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku muntah! Aku pusing ke kanan, pening.
Dan aku teruskan berzikir dan selawat.. Mudah-mudahan Allah tolong aku.
Maka aku tegakkan badan ku..
dan..
Aku muntah! Huh. Tapi dalam tangan..
Korang jangan geli lak. Aku nak sambung cite nih.
aku tak tahu nak buat camne. Fikir punya lah fikir. Maka aku panggil seorang lelaki yang duk seat line kanan depan. Sebab yang betul-betul tepi aku tu budak. Aku rasa dia tidoq mampuih kot. Nak gerak mesti tak bangun punya.
Encik, encik.. Tolong saya. Saya muntah!
Huahua.. Malu tahap maximum.
Dia cepat-cepat amek plastik. Yang depan aku cepat-cepat tolong pegang. Lalu dia amek air. Tolong aku untuk basuh tangan.
Nasib baik. Allah tolong aku. 5 minit kemudian bus stop dekat Merapuh. Aku turun untuk basuh tangan. Tak tahu nak makan apa. Kepala rasa pening, dunia bagaikan tengah berpusing-pusing (eh, dunia memang pusing pun kan?). Maka aku beli minyak angain, tisu dan minum air tea. Terus aku naik bus..
Aku berlagak masa tu. Ingatkan dah ok. Rupa-rupanya tak. Aku tak sediakan apa-apa plastik pun.
Dan.. Aku pening lagi.. As a result, aku muntah lagi. Dan lelaki yang sama juga menjadi mangsa aku.. Tu kali ke dua. Kali ke tiga aku dah ada plastik. Hahaha. Adeeii..
Masa tu nak nangis ada. Aku penat gila. Tapi aku tahu, aku boleh manage diri aku sendiri. Maka aku teruskan kuat
Aku pening, sakit kepala dan senak perut. Aku rasa sebab perut aku kosong kot.
Tiba sampai di Machang, bus rosak! Terpaksa pindah bus. Bus dua tingkat pula tu. Boleh pula duk tingkat atas. Hati ku berkata, mati aku kali ni naik bus dua tingkat.. T_T
Selamat sampai di KB. Sepupu aku datang amek. Jalan sampai kereta, letak beg dalam kereta.. Aku muntah lagi..
Sampai di rumah. Aku tunggu subuh. Solat subuh dan terus mematikan diri sendiri.. Penat sangat. Dalam bus aku tak tidur sangat pun.
Apa-apa pun, terima kasih kepada dua lelaki tu sebab tolong aku. Moga Allah rahmati mereka.
Alhamdulillah, Allah selalu tolong aku. Tak ada lah aku keseorangan.. ^_^
Moga Allah melindungi kalian!
mabuk darat x pernah lak,
laut bnyak,
teringat wakt memancing dalam bot muntah2 kat tgh2 laut, pastu ikan makan eeeee
ah'ha..
ikan makan.
ahahah
ehehehe. shila lebih kurang neem gak dulu sblm dpt lesen. tp bile dpt lesen, shila ok. shila rs neem kene sedia kn asam selalu bile nk naik bus ke kete.
ehehehehe. dulu shila mcm neem gak. mabuk tp pas shila ade lesen. mabuk tu ilang sendiri. shila rs neem kene ade asam selalu bile nk naik bus o kete. ehehehe
neem drive sendiri ok arr shila..
org lain drive mgkin x kena cara ^^
mabuk naik bus rupe nyer, igt mabuk lain. hehehe
igt mabuk apa? hehe
hehe
5kali nim muntah
(sempat plak ain kira)
haha, ada org lg dasat dr ain rupanya..
ain ni..mg dah tahu ain jenis mabuk kenderaan
so, sblm mula perjalanan, mg dah sediakan plastik kecik kt poket beg, dan asam jeruk segala..
hahaha..
4x je syg. x sampai 5x lah..
haha. nasib ar sape duk tepi neem kalu amek seat dua org!
huhuhu
hah ha! orang besa nek flight kan.. mana besa nek bus. ex lebih la tu. huhu. gini neem, len kali, beli pil tahan muntah kat farmasi. ada jual. perkara biasa je tu. sebab... PAK CIK PUN MUDAH MABUK MACAM NEEM JUGAK. Hah ha!
eh.. neem ore biasa2 jah. mano ado ore besar. ngaji x sapa mano lagi. neem duk wb neh, neem nak ubat free lah.. neem g amek dgn pokcik deh!!
mab0k 0rg pregnen..hik3
mabuk lauk pernah
to sha:
adui.. x pregnent lagi ah
to joe:
hm...
Minum air masak banyak-banyak lepas muntah sebab badan mengalami dehidrasi (pengurangan air) selepas muntah. Kalau ada garam rehidrasi lebih elok.
Untuk kembalikan tenaga, ambil glukosa.
Syafakillah.
yeah3.. thanks for the info!
my dear sis...mkn la ubat thn muntah n pening....slalu akk wat cmtuh..insyaALLAH evrything undercntrol my dear