Ada orang ikut aku

Aku baru sampai rumah. Alhamdulillah. Bersyukur kerana aku selamat sampai ke rumah.

Tadi seorang lelaki cina ikut aku.

Selepas aku habis program sesi pagi kat campus aku ke Giant kecil dekat kawasan rumah aku. Aku tertinggal penyambung plug charger hp aku. Terpaksa lah aku beli yang baru.

Aku ke giant seorang-seorang. Terpaksa sebab aku tak ada teman.

Sekarang pun aku seorang kat rumah.

Masa aku tengah tengok barang, aku tengok barang je. Kalau aku seorang-seorang, jalan pun tak tengok orang. Aku tengok tanah je. Tunduk muka.

Lepas aku ambil plug, ke bahagian roti pula. Aku jalan-jalan. Bunyi seorang laki kata hello, hello. Aku ingat dia cakap telefon. Aku memang tak layan. Aku tak tengok pun siapa jalan belakang aku.

Dia panggil lagi dan mendekati.

Hai. Siapa nama. Kawan dengan saya?

Aku tak faham.

Apa dia???

Dia hulur telefonnya.

Minta number. Saya nak kawan.

Hm.. Aku mula gelisah. Memang kelemahan aku tak reti tak bagi number telefon kat siapa-siapa.

Dia terus berkata-kata..

Dah lama saya nak kawan dengan awak. Ni baru ada peluang.

Saya kerja kat karaoke. Ada masa pergi lah nyanyi.

Aku balas

No, thanks. Saya tak berminat.

Aduiih..

Aku bagi je number.

Bodoh rasa. Kenapa aku bagi number telefon aku kat dia.

Masa aku tengah bayar, aku tengok dia menunggu aku..

Dalam hati, aku berkata "mampus la aku kali nih"

Telefon aku habis bateri. Tak on. Dia cuba call. Dia kata

Tak dapat pun.

Aku tunjuk telefon aku dan kata, telefon saya tak ada bateri.

Then he said, sorry.

Aku cepat-cepat jalan..

Kalau boleh nak lari. Tapi aku pakai baju kurung. huh

Saya nak kawan dengan awak, kata dia lagi.

aku kata,

Saya dah bertunang. (aku tipu dia)

Tak, saya nak berkawan je. Jangan takut saya.

Aku jawap, ok.

Cepat-cepat aku jalan.

Kami berpisah lepas tu. Dia cakap, nanti saya call

Aduiiihh...

Tak nak...

Aku benci betul kalau macam ni.

Benci3!!!

aarrrrrrrrr

Aku tak suka kalau lelaki aku tak kenal follow aku macam tu..

Menakutkan aku ja!


Posted in |

17 comments:

  1. Kusyuk Says:

    macam bahaya je aku baca cerita ko nie..
    alamak,kenapa ko t'bagi no phone kat dia..panic ke?
    hmm..jgn smpai dia stalk ko smpai rumah sudah la..
    semoga Allah melindungi kamu..
    insyaAllah..

  2. ain fathihah fhm Says:

    Nim sayang...

    jaga diri ok!

  3. neem Says:

    to kusyuk:
    apartment yg aku duduk tu security kuat. moga xde pape, insya Allah!

    to ain:
    insya Allah, ain!

  4. neem Says: This comment has been removed by the author.
  5. sharamli Says:

    hu3..mmg menakutkan..tp dy mnt kt awk k0t..hu3..nway...tek k dear

  6. joegrimjow Says:

    buat2 pengsan
    ok?

  7. Faridrashidi Says:

    Salam,

    Antara kesilapan yang dilakukan:

    1.Berjalan@keluar sorang-sorang.
    2.Memberi no telefon kepada lelaki tak dikenali.

    Adalah lagi elok kalau ukhti bagi no telefon tak betul. Lagi senang.

    Ingat, itu laki cina. Ajak karoake pula. Sangat bahaya.

  8. neem Says:

    to sharamli:
    mmg menakutkan buat kita sbg sorg perempuan.. uh.

    to joe:
    ish..buat2 pengsan nnt dia plak dia angkat aku

    to faridRashidi:
    ye. saya tahu. tapi, mmg xde kwan. hanya dalam 20 org saja yg datang tadi, lagi2 skrg tgh cuti. masa break, smua org chow. mmg xde org.

    mmg kelemahan saya x reti x bgi no tu. lagi2 saya panic tadi. mmg sy panic. huh

    P/s: dia dah htr gambar2 dia tadi. huh. saya minta senior lelaki yg jawap dan lepas tu setakat ni dia xde call lagi..

  9. Azym Azizi Says:

    Ish neemm..ko ni..bahaya tu..

    Hati2 lepas nih okeh..
    At least kalau nak kluar tu, bgtau member2 sebilik ke..kwn2 rapat ke..
    Sekurang-kurangnye, diorang tau..

    Ok neem?

    Take care tau!

  10. neem Says:

    to azym:
    aduih. aku jln leklok2 sorg. dah dia nak datang.. aku xleh salahkan sape.
    skrg aku duk sorg, zym. xde org kat rumah aku. aku paling awal datang sbb ada keje

  11. Shams Ali Says:

    adikku neem, setiap kali keluar lazimkan dengan bacaan ayat kursi, keluar bila terdesak sangat-sangat je, banyak kemungkinan boleh jadi what if lelaki tu bergerak dengan apa2 jenis dadah yg boleh buat neem pengsan ke ape kan.. then he get u utk jual ke ape ke kan, sebab dia kerja kat karoke. u have to be careful ok?kalo terpaksan keluar sorang2 pakailah purdah mungkin lebih selamat dari gangguan..purdah hitam ok? any smg neem selalu di bawah lindungan kasih sayang Allah..

    Take care sis

  12. neem Says:

    to akak:
    insya Allah, akak. terima kasih atas nasihat. neem akan buat setakat apa yg neem mampu. tkut jgk nih. tkut sungguh. tp moga Allah melindungi. amin

  13. MiE Says:

    hehehe...neem neem...
    pas ni jg diri baik2 tau...^_^

  14. neem Says:

    to mie:
    tQ abg~ lalalaaaa...

    jgn risau!!

  15. ridzhayati Says:

    ISK
    menakutkan....akk pun kena 16mei arituh, time tuh nek keta hubby,sbb parking kat umah keta die yg kat luar.so pakai keta die..time tuh beli paper then dah nmpak org pndang2,buat du no je,then msuk keta otw ke office, perasan keta stranger nie lg,dlm hati "kalau die masuk jgk lorong office ni,sah ade something wrong"..slow je die drive,akk park..then akk xkuar keta,sbbnye die tggu je kat park(agak dekat jgk die park)...huhuh,,takut hny ALLAH je tau...lme jgk die tggu,then die blah...silap akk,x catit plate no keta die,just igt keta wira biru...huhu...tghari nye, ade 2 org dok keliling keta hubby, my boss nmpak...huhuhu....alhamdulillah ALLAH lindungi akk..

  16. bin_hussin Says:

    Awak dah kena pukau...Pergh... Lama dah tak tengok macam tu...

    Adalah dalam sebulan... Saya ada pengalaman hal tu...

    Apa-apa pun awak kena banyak hati-hati...

    Awak ada daya penarik untuk memikat mata Adam yang memandang...

    Hmmm...Saya dah terkena dahulukala..

  17. neem Says:

    ish..

    saya xde kena pukau la.

    nauzubillah!