Ekspres 'ali baba' --- macam mana tu?

Terkejut juga saya bila baca berita Utusan Malaysia hari ini. Tajuknya "Ekpres 'ali baba' -- 50% permit bas, lori milik Melayu dijual kepada bukan bumiputera.” Sebenarnya bukan sahaja syarikat lori yang melakukan perkara sedemikian, malah ada juga pihak syarikat bas yang mengambil langkah mudah ini untuk mendapatkan permit memandu bas.

Kebelakangan ini, boleh dikatakan Malaysia berada dalam musim "bas terbalik". Selepas berlakunya nahas bas ekspres paling buruk dalam sejarah negara di KM 229 Lebuh Raya Utara-Selatan, Bukit Gantang dekat Taiping 13 Ogos, 2007 yang meragut nyawa 22 mangsa kemalangan bas makin menjadi-jadi seakan peristiwa itu membawa bawak penyakit kepada negara. Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban.

Mengikut Presiden Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia, Er Sui See maklumat yang diterima persatuan itu menunjukkan hampir 50 peratus daripada permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di negara ini telah dialibabakan oleh pemilik asal lesen tersebut. Gejala ini menyebabkan operasi bas dan kenderaan perdagangan terjejas kerana syarikat-syarikat yang membeli permit itu membeli permit daripada pemilik asal yang tidak mementingkan keselamatan dan syarat-syarat lain-lain yang ditetapkan oleh kerajaan.

Apabila perkara ini sudah dibincang oleh pelbagai pihak, maka kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan mana-mana syarikat yang mendapatkan permit secara ‘ali-baba’. Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, agensinya, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang mengadakan aktiviti pemantauan secara serius dan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu pada masa sekarang.

Dengan adanya lanngkah yang diambil oleh kerajaan ini, diharapkan kemalangan nahas bas tidak lagi berulang. Soal keselamatan boleh diambil kira namun tidak ramai yang mementingkan hal itu sehinggalah berlaku peristiwa yang menyedihkan seperti yang dikatakan di atas. Bak kata pepatah, meluntur buluh, biar dari rebungnya kerana saya yakin tiada yang sanggup kehilangan ahli keluarga kerana kecuaian yang dapat dielakkan ini. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripada peristiwa yang berlaku. Sekian, wassalam.

Posted in |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    Salam Neem. Apa khabar? Semoga sihat walafiat.

    rajin menulis, semoga anda membasahkan pena anda dengan ilmu pengetahuan.

    Fikri nak tanya Neem satu perkara boleh x?.

    Neem kenal x sorang budak yang bernama Nasri. Friendster dia NASRI ROY.

    Boleh x saya nak tahu apa yang dia buat kat Neem. Saja nak pastikan je.

    Kalo neem boleh berkongsi dengan saya walau secawan kopi, neem boleh add YM saya.

    regards,
    AlimMujahid