Subhanallah



"Tasneem, nasi 2 bungkus lagi! Tido kat ghumah mek male nih," panggilan dari umi ketika saya berada di pasar malam.

Pada malam jumaat, bersamaan dengan hari khamis 7 hari bulan saya dan keluarga berangkat ke Bachok, kampung halaman Ayah Su. Kebetulan umi pun ada kerja di Tangok, keputusan tidur di sana disetuju oleh kami sekeluarga. Di kawasan itu tidak kalah hebatnya kempen oleh parti-parti yang bertanding. Saya sebenarnya bukan nak tulis mengenai suasana pilihanraya. Di sini hanya ingin merehatkan minda. Memandangkan, saya juga sedikit serabut dan kecewa melihat "sesetengah pihak" mengambil peluang dalam pelihanraya ini. Terdetik di dalam hati, apakah sebenarnya yang mereka mahu dari parti-parti yang akan bertanding? Mendapatkan wang semata-mata atau ingin memilih pemimpin yang berkaliber lagi beriman?

Bertahun-tahun lamanya saya tidak berada dalam perkampungan nelayan, tidur di atas rumah kayu, menikmati angin sejuk pada waktu malam. Hari itu membuatkan saya teringat kat rumah Tuk saya sendiri di Nakorn Si Thammaraj, Selatan Thailand. Keadaan lebih kurang sama. Dalam kampung nelayan yang tenang dan aman.

Aktiviti senaman ringkas sambil menikmati keindahan pantai dilakukan pada pagi hari kemudian. "Subhanallah," ucap hati saya. Rindu teramat kat pantai. Di pantailah merupakan salah satu tempat saya merehatkan minda. Jika hari tersebut merupakan hari yang saya gelisah, serabut dan letih di pantailah merupakan salah satu tempat saya pergi menenangkan minda.


Sambil menikmati kesejukan angin, gambar-gambar hari terjadinya Tsunami di kawasan Asia Tenggara terpamer di mata saya. Tingginya pokok-pokok kelapa, tapi tinggi lagi ombak yang telah melanda kawasan yang dikehendaki-Nya. Ramai yang kehilangan orang yang tersayang, namun ia tetap ada hikmah disebaliknya.







Luasnya laut...tapi luas lagi ilmu pengetahuan yang telah disediakan oleh Ilahi.

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." Surah Kahfi ayat 109-110.

Seseorang yang beriman merupakan seseorang yang berilmu. Dengan adanya ilmu di dada, akan bertambah-tambahnya iman di hati. Begituah pentingnya ilmu bagi seseorang umat. Ketika wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. pun, malaikat Jibril a.s menyebut "bacalah wahai Muhammad!" sebanyak tiga kali. Sebab itu lah, umat Islam disaran untuk menuntut ilmu pengetahuan. Hati saya selalu berkata, sampai mati pun tak akan habis saya belajar. Wassalam.



Posted in |

3 comments:

  1. Blogger Says:

    dah setahun tak jumpa laut.

  2. neem Says:

    nanti ada masa pergi lah jalan2.

    tenangkan fikiran


    =)

  3. Blogger Says:

    insha~Allah..kalau ada peluang.
    btw cantik design baru blog.
    nampak tenang n cool je.