21hb April 2008
Posted On Monday, April 14, 2008 at at 6:27 AM by neemAssalamualaikum wbt
Saya cuma ingin meluangkan masa hanya beberapa minit untuk menulis di dalam blog ini. Final exam sudah tiba, 21hb April 2008 adalah hari yang mendebarkan saya. Dimulakan dengan subjek yang saya suka, Statistik. Semangatla rasanya, insya Allah.
Doakan semoga saya lulus dengan cemerlang.
=)
Di sini juga saya ingin memohan kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya saya pernah terkasar bahasa, menyakitkan hati anda semua. Saya hanya adalah insan yang lemah yang kadang-kadang terlupa akan hukum Allah SWT.
Doakan ya! Berdebar-debar rasa bila bercakap tentang exam ini. Nampaknya buku-buku dan kalkulator kesayangan saya sedang memanggil, saya terpaksa berhenti di sini dulu. Wallahualam. Wassalam.
Menangani Stress
Posted On Wednesday, April 2, 2008 at at 5:18 AM by neem
Assalamulaikum wbt
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Begitulah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 155 yang menunjukkan bahawa setiap manusia tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan tekanan yang menjadi fitrah kehidupan mereka. Tekanan atau stress adalah unsur yang boleh menganggu emosi seseorang. Bahkan ketidakmampuan untuk mengawal emosi akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakan yang bukan sahaja membahayakan diri malah melibatkan orang lain. Lantaran itu, tekanan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh tetapi harus dipandang serius agar mereka yang berhadapan dengan situasi ini dapat bertindak menggunakan akal dan emosi secara lebih bijak.
Anda mungkin pernah mendengar berita mengenai kes bunuh diri kerana mangsa itu menghadapi tekanan. Bagi golongan ini, tiada lagi jalan keluar membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi melainkan dengan membunuh diri. Begitulah manusia yang lemah rohnya gagal mengenali Allah dan mudah dihimpit dengan tekanan setiap kali berhadapan dengan masalah.
Di sini saya ingin berkongsi teknik-teknik yang dapat mengurangkan stress:
- Membaca al-Quran/ kitab agama
- Beriadah
- Mengawal diet
- Urut-mengurut
- Mandi air suam
- Menceritakan masalah kepada orang lain
- Melihat ikat dalam akuarium ^_^
- Menangis
- Pernafasan yang sempurna
- Bercerita dan mendengar cerita
- Bercuti/ berehat/ bersantai
- Menjerit di tempat yang private
- Bernasyid/ menyanyi
- Muhasabah diri
- Melihat pemandangan yang menarik
- Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung
- Solat atau berzikir
- Memeluk bayi
- Senyum selalu
- Memaafkan semua kesilapan orang lain
- Bersedekah
- Sentiasa ingin mati
- Redha dan bersyukur
- Sentiasa ingat mati
- Menukar imej diri
- Berdoa
- Berkebun
Bagaimana cara anda mengurangkan stress? Jika tidak keberatan sila lah berkongsi dalam blog ini. Sekian, terima kasih. Wallahualam. Wassalam
=)