Menangani Stress

Assalamulaikum wbt

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Begitulah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 155 yang menunjukkan bahawa setiap manusia tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan tekanan yang menjadi fitrah kehidupan mereka. Tekanan atau stress adalah unsur yang boleh menganggu emosi seseorang. Bahkan ketidakmampuan untuk mengawal emosi akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakan yang bukan sahaja membahayakan diri malah melibatkan orang lain. Lantaran itu, tekanan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh tetapi harus dipandang serius agar mereka yang berhadapan dengan situasi ini dapat bertindak menggunakan akal dan emosi secara lebih bijak.


Anda mungkin pernah mendengar berita mengenai kes bunuh diri kerana mangsa itu menghadapi tekanan. Bagi golongan ini, tiada lagi jalan keluar membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi melainkan dengan membunuh diri. Begitulah manusia yang lemah rohnya gagal mengenali Allah dan mudah dihimpit dengan tekanan setiap kali berhadapan dengan masalah.

Di sini saya ingin berkongsi teknik-teknik yang dapat mengurangkan stress:

- Membaca al-Quran/ kitab agama

- Beriadah

- Mengawal diet

- Urut-mengurut

- Mandi air suam

- Menceritakan masalah kepada orang lain

- Melihat ikat dalam akuarium ^_^

- Menangis

- Pernafasan yang sempurna

- Bercerita dan mendengar cerita

- Bercuti/ berehat/ bersantai

- Menjerit di tempat yang private

- Bernasyid/ menyanyi

- Muhasabah diri

- Melihat pemandangan yang menarik

- Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung

- Solat atau berzikir

- Memeluk bayi

- Senyum selalu

- Memaafkan semua kesilapan orang lain

- Bersedekah

- Sentiasa ingin mati

- Redha dan bersyukur

- Sentiasa ingat mati

- Menukar imej diri

- Berdoa

- Berkebun

Bagaimana cara anda mengurangkan stress? Jika tidak keberatan sila lah berkongsi dalam blog ini. Sekian, terima kasih. Wallahualam. Wassalam

=)

Posted in |

6 comments:

  1. Benrauf Says:

    bila stress saya balik rumah jenguk adik-adik. kalau duit tak cukup untuk balik saya main game kat rumah member. kalau member takde saya melukis kat kertas. kalau kertas takde...zzzz..

  2. ~@(^^,)@~ Says:

    kalu akak stress, 1st gi mandi..
    2nd baca al-quran.. 3rd main game/tgk tv.. hehe

  3. HanRi Says:

    stress? minum susu banyak2. lukis kartun yang bila orang tengok tu, dia tahu kita tengah stress, pastu dah habis lukis tido. hehe.

  4. humaiRah Says:

    kalau adik saya yang bongsu stress ( kanak2 pun stress? ) tanya soalan Mathematik je dengan dia, lepas 2 mesti dia ok =)

  5. HanRi Says:

    aik? time stress tanya soalan math? if that happens to me, i'll kick that person who kindly asks the question! hehe...

  6. Muhammad Hussaini Khairudin Says:

    Kalau saya stress, saya akan pandang langit, lihat awan atau bintang

    Ingat Allah

    Maka stress akan hilang

    Biiznillah