Kenapa Merokok?

Rokok?

Berapa ramai yang merokok di sini? Jika di sekeliling saya sekarang. Terdapat 10 orang lelaki di sini. Hanya tiga orang sahaja yang tidak merokok. Yang selebihnya, ya. "Marlboro" menjadi pilihan salah seorang staff di sini. Manusia memang pelik. Selalu melakukan sesuatu yang pelik. Merokok juga walaupun mereka tahu ia membahayakan kesihatan. Dengan bahan kimia sebanyak 4000 jenis dan 10,000 orang setahun mati akibat kesan merokok, namun, kenapa anda masih lagi merokok?

Kenapa merokok?

Jawapan seorang senior saya;
Best...

Best macam mana?

Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa.

Itu lah jawapan mereka.

Herm...Kalau saya minta try (dalam hati tak nak pun, saja nak tengok respond mereka) bukannya nak bagi. Alasan mereka tak elok kalau perempuan merokok. Tak comel katanya. ^^

Harga minyak naik, semua orang merunggut. Harga rokok naik, semua senyap. Mahal pun mahal lah, asalkan boleh merokok..Saya tetap puas hati!

Rokok, khas untuk orang dewasa yang umur 18 ke atas. Tapi apa yang terjadi sekarang, budak-budak sekolah senang saja dapatkan rokok. Siapa perlu disalahkan? Kenapa penjual-penjual sanggup menjualkan rokok walaupun kepada pelajar yang masih pakai pakaian ragam sekolah?

Perlukah rokok diharamkan di Malaysia? Apa yang akan berlaku sekiranya, tiada jualan rokok lagi di negara ini.

Kita selalu berdoa pada yang Esa agar dijauhkan dari azab seksa neraka yang panas. Namun, kita sendiri juga yang meletakkan putung api yang panas di mulut diri sendiri
Wallahualam. Wassalam.

Posted in | 6 comments

Euthanasia

Assalamualaikum wbt

Apakah yang anda fikirkan tentang perkataan "moral"? Sebut sahaja tetang moral, semua orang akan tafsirkannya sebagai isu yang berkaitan dengan persoalan sosial, keruntuhan akhlak dan sewaktu dengannya. Isu moral dibagikan kepada beberapa tema besar. Antaranya ialah:

1. Alam sekitar
2. Kehidupan (Euthanasia, Hukuman Mati, Pengguguran)
3. Diskriminasi (Jantina, Ras, dll)
4. Etika perniagaan
5. Seksualiti (Bersekedudukan, homoseks)
6. Teknologi Maklumat

Apa yang menarik hati saya di sini ialah, perkataan "Euthanasia." Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah dengar perkataan ini. Termasuk lah saya!

Euthanasia ialah menamatkan riwayat seorang pesakit di atas permintaan pesakit atau ahli keluarganya sendiri dengan tujuan meringankan kesengsaraannya. "Meringankan kesengsaraan pesakit"

Dengan bantuan sahabat saya di Tanta, dia telah diberikan satu assignment (heheh) membuat research ringkas tentang hukum Euthanasia ini.

Daripada tafsir ulama Muktabar, Syekih Atiah Saqar, secara ringkasnya beliau telah menyatakan bahawa:

Pesakit yang menghidap sebarang penyakit tidak boleh membunuh dirinya sekalipun sakitnya itu tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Begitu juga pesakit yang takut sakitnya itu akan berjangkit kepada orang lain dilarang membunuh dirinya. Adapun sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh - sedangkan ajal itu milik Allah. Dia Maha Berkuasa untuk menyembuh sebarang penyakit - maka diharamkan ke atas pesakit untuk membunuh dirinya dan di haramkan juga ke atas orang lain untuk membunuhnya sekalipun dibenarkan oleh pesakit tersebut. Keizinan dari pesakit tidak menghalalkan haram kerana dia bukan empunya roh hingga membolehkan dia mengizinkan selainnya untuk membunuhnya.

Berdasarkan beberapa firman Allah SWT juga menjelaskan tentang haramnya membunuh diri atau membunuh orang lain tanpa sebab yang tertentu. Antaranya ialah:

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. Surah an-nisa': 93

"Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. Surah al-an'am: 151

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). Al-israa': 33

Kesimpulannya, membunuh pesakit yang mana tidak diharap sembuhnya penyakit yang dihidapi haram dari segi syara' sekalipun dengan izin pesakit. Ini termasuk dalam membunuh diri secara langsung atau sebaliknya. Atau memusuhi orang lain jika pembunuhan itu di lakukan tanpa izinnya. Sesungguhnya roh itu milik Allah secara mutlak. Tidak boleh dikorbankan melainkan pada perkara yang dituntut syara' umpama berjuang pada jalan Allah dan lain-lain.

Apa-apa kesalahan, tolong betulkan. Ini hanyalah sedikit sebanyak ilmu tidak berapa yang dapat saya kongsikan. Wallahualam. Wassalam.


Posted in | 5 comments

Mari kita kongsi bahasa!


Assalamualaikum wbt

Terasa nak buat sesuatu yang menarik. Apa kata kita kongsi bahasa. Nak tengok berapa banyak bahasa yang sahabat-sahabat dapat kuasai.

=)

Apa lagi, jom!

Bermula dengan bahasa ibunda saya~

1. Sabai dee mai? (bahasa Thai) --------> Alhamdulillah, sabai dee krab/ kah

2. Apa khabar? (bahasa Melayu) --------> sihat.

3. How are you? (bahasa Inggeris) --------> fine.

4. Kaifahaluk? (bahasa Arab) --------> ana bilkhair


5. ni hau ma? (bahasa Mandrin) --------> wo hen hoa

6.
Annyong ha simnika? (bahasa apa ye? Kamil suruh teka!) --------> apa ye kamil?

(7-14 by ahmad ali ^_^, thanks!)

7.
nasilsiniz? (bahasa Turki) --------> iyiyim

8. ishlounak/shukhbarok? (dialek Jordan) --------> kuwayyis, bijannen

9. ma shlumkho/manishma? (bahasa Hebrew) --------> beseder, sababa

10. hali shoma? (bahasa Parsi) -------->

11. tum ke se? (bahasa Urdu) --------> buhut acca

12. kabare? (bahasa Jawa) -------->
waras

13. gawwak? (dialek Iraq) -------->
zein

14. side tahay? (bahasa Somalia) -------->
waan fi anahay

15. ogenki desu ka? (bahasa Japan) thanks to en. Rayyan. sahabat sekampung saya!~
---------> genki

16.
kagdila? (bahasa Russia) ---->harasho

17.
saurimaa (bahasa India) ----> saurium

18.
next....~~


Haa.... Nampak gayanya macam best je. Ramai-ramai mari kongsi!!~

Wallahualam. Wassalam

Posted in | 21 comments

Minyak

Assalamualaikum wbt.

Semoga sahabat-sahabat sentiasa dilindungi dan dirahmati Ilahi.

Hanya tinggal 11 tahun, lima bulan dan 23 hari lagi akan menjelang tahun 2020. Tempoh ini dianggap lama tapi pada hakikatnya tidak sama sekali. Adakah Malaysia mampu mengcapai Wawasan 2020 yang diwawarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini. Salah satu cabaran yang telah ditetapkan dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Nampak gayanya kerajaan telah gagal melakukan yang demikian, detik hati saya.

Majoriti rakyat dikatakan marah dan terkejut dengan kenaikan harga minyak secara mendadak. Manakan tidak, sebelum ini rakyat telah sengsara dengan kenaikan harga beras, sekarang ini pula kenaikan harga minyak dan akan diikuti dengan kenaikan harga elektik. Pelbagai respond yang telah diberikan oleh sahabat-sahabat saya. Ada yang mengutuk dan mencaci kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya ialah:

"Jangan ingat rakyat bodoh!"

"Saya nak make nasik, pah lagu mano nih, barey naik belako?"

Begitu juga dengan saya. Terfikir sejenak, membayangkan keadaan yang akan dihadapi ketika pindah ke KL nanti.

Kenaikan harga sesuatu barangan akan memberi kesan kepada harga barangan yang lain. Kerana semua adalah saling berkaitan dalam menjalani kehidupan seperti perniagaan, perubatan, pembelajaran dan lain-lain. Secara umumnya ialah, perbelanjaan hari-harian akan bertambah.

Bagi golongan yang kaya, ia tidak menjadi satu masalah. Bagi golongan yang "cukup-cukup makan untuk sehari" pasti sedang memikirkan cara bagaimana nak mengatasi masalah ini. Namun, tidak perlulah kita terlalu marah-marah kerana kenaikan harga baranagan ini.

Saya percaya (tidak 100%) bahawa kerajaan mempunyai matlamat sendiri yang akan menolong rakyat dalam jangka masa yang panjang. Tidak semua pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Kerajaan akan mengumumkan empat langkah segera atasi kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah:

1. Penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan.
2. Memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat dalam golongan berpendapatan rendah.
3. Menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah.
4. Meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya sendiri, jangan salahkan pihak tertentu sahaja, carilah penyelesaian dan pandai-pandai mengguna minyak, beras, bekalan elektrik, duit dan lain-lain. Berjimat-jimat lah dari sekarang sebelum segala-galanya terlambat. Wallahualam.

Posted in | 4 comments