Kenapa Merokok?
Posted On Tuesday, June 24, 2008 at at 11:46 PM by neemRokok?
Berapa ramai yang merokok di sini? Jika di sekeliling saya sekarang. Terdapat 10 orang lelaki di sini. Hanya tiga orang sahaja yang tidak merokok. Yang selebihnya, ya. "Marlboro" menjadi pilihan salah seorang staff di sini. Manusia memang pelik. Selalu melakukan sesuatu yang pelik. Merokok juga walaupun mereka tahu ia membahayakan kesihatan. Dengan bahan kimia sebanyak 4000 jenis dan 10,000 orang setahun mati akibat kesan merokok, namun, kenapa anda masih lagi merokok?
Kenapa merokok?
Jawapan seorang senior saya;
Best...
Best macam mana?
Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa.
Itu lah jawapan mereka.
Herm...Kalau saya minta try (dalam hati tak nak pun, saja nak tengok respond mereka) bukannya nak bagi. Alasan mereka tak elok kalau perempuan merokok. Tak comel katanya. ^^
Harga minyak naik, semua orang merunggut. Harga rokok naik, semua senyap. Mahal pun mahal lah, asalkan boleh merokok..Saya tetap puas hati!
Rokok, khas untuk orang dewasa yang umur 18 ke atas. Tapi apa yang terjadi sekarang, budak-budak sekolah senang saja dapatkan rokok. Siapa perlu disalahkan? Kenapa penjual-penjual sanggup menjualkan rokok walaupun kepada pelajar yang masih pakai pakaian ragam sekolah?
Perlukah rokok diharamkan di Malaysia? Apa yang akan berlaku sekiranya, tiada jualan rokok lagi di negara ini.
Kita selalu berdoa pada yang Esa agar dijauhkan dari azab seksa neraka yang panas. Namun, kita sendiri juga yang meletakkan putung api yang panas di mulut diri sendiri
Wallahualam. Wassalam.
mufti selangor, s.s. allahyarham ishak baharom dan majlis fatwa negeri kedah telah menfatwakan rokok haram pada 1996 kalau tak silap (sy kecik lagi masa tu jadi tak berapa ingat sangat). beberapa tahun sebelumnya mufti mesir telah melakukan tindakan sama. malangnya usaha mereka semua tidak mendapat sokongan. malah ramai lagi tok-tok imam kat malaysia yang merokok. alasan majlis agama islam negeri-negeri lain tidak menfatwakan hukum tersebut adalah seperti yang dijelaskan oleh mufti perak dato harussani kerana tidak mahu fatwa mufti diremehkan oleh orang ramai kerana ramai penduduk malaysia yang merokok. kumpulan wahabbiah di arab saudi, muhammadiah di mesir dan darul sunnah di negeri perlis turut mengharamkan rokok. rokok turut diharamkan oleh kumpulan ulama muda di malaysia seperti mufti perlis mohd asri.
Syeikh Hasanain Makhluf - bekas Mufti Kerajaan Mesir - menetapkan merokok haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya.
Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
Sumber: Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13856&Itemid=56
Allah dah pesan, jangan letakkan diri kita pada kehancuran, kemusnahan.
tak faham jugak nape best merokok. Tak suka perokok, sebab kalau duk dekat ngan depa akan terbatuk2 kuat. Bile da terbatuk2 sebab allergic kat asap rokok, depa pandang2. Hehe.
Bahaya tul, 30% die dapat, 70% kita yang tak smoking ni kena. Aish...
tiada yg baik bagi rokok kecuali mendapatkan feel yg tidak dapat digambarkan~
wahai perokok2....berhenti lah merokok!
Salam...
"Best... Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa."
Saya lebih suka menafsirkan kata-kata itu sebagai 'merokok membuatkan seseorang itu kehilangan perasaan (feel) atau deria rasa.' Bukan nikmat namanya kalau tak boleh menjelaskan kenikmatan itu!
TQ, akak.