Minyak
Posted On Saturday, June 7, 2008 at at 2:09 AM by neemAssalamualaikum wbt.
Semoga sahabat-sahabat sentiasa dilindungi dan dirahmati Ilahi.
Hanya tinggal 11 tahun, lima bulan dan 23 hari lagi akan menjelang tahun 2020. Tempoh ini dianggap lama tapi pada hakikatnya tidak sama sekali. Adakah Malaysia mampu mengcapai Wawasan 2020 yang diwawarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini. Salah satu cabaran yang telah ditetapkan dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Nampak gayanya kerajaan telah gagal melakukan yang demikian, detik hati saya.
Majoriti rakyat dikatakan marah dan terkejut dengan kenaikan harga minyak secara mendadak. Manakan tidak, sebelum ini rakyat telah sengsara dengan kenaikan harga beras, sekarang ini pula kenaikan harga minyak dan akan diikuti dengan kenaikan harga elektik. Pelbagai respond yang telah diberikan oleh sahabat-sahabat saya. Ada yang mengutuk dan mencaci kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya ialah:
"Jangan ingat rakyat bodoh!"
"Saya nak make nasik, pah lagu mano nih, barey naik belako?"
Begitu juga dengan saya. Terfikir sejenak, membayangkan keadaan yang akan dihadapi ketika pindah ke KL nanti.
Kenaikan harga sesuatu barangan akan memberi kesan kepada harga barangan yang lain. Kerana semua adalah saling berkaitan dalam menjalani kehidupan seperti perniagaan, perubatan, pembelajaran dan lain-lain. Secara umumnya ialah, perbelanjaan hari-harian akan bertambah.
Bagi golongan yang kaya, ia tidak menjadi satu masalah. Bagi golongan yang "cukup-cukup makan untuk sehari" pasti sedang memikirkan cara bagaimana nak mengatasi masalah ini. Namun, tidak perlulah kita terlalu marah-marah kerana kenaikan harga baranagan ini.
Saya percaya (tidak 100%) bahawa kerajaan mempunyai matlamat sendiri yang akan menolong rakyat dalam jangka masa yang panjang. Tidak semua pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Kerajaan akan mengumumkan empat langkah segera atasi kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah:
1. Penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan.
2. Memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat dalam golongan berpendapatan rendah.
3. Menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah.
4. Meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya sendiri, jangan salahkan pihak tertentu sahaja, carilah penyelesaian dan pandai-pandai mengguna minyak, beras, bekalan elektrik, duit dan lain-lain. Berjimat-jimat lah dari sekarang sebelum segala-galanya terlambat. Wallahualam.
zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
salam tasneem...menarik post enti..isu semasa amat perlu dinilai dari sudut perkembangan sosial dan agama..all the best..mg kita sama diteguhkan hati dan iman melalui cabaran dan jg dlm membantu meringankan beban manusia sekeliling(part of tugas khalifah dimuka bumi ALLAH)..salam perkenalan dan ukhuwwah..enti org kelantan ye?
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
to: naufa.
ws'lam wbt. terima kasih sbb bagi semangat kat saya. isu semasa x kira pasal sosial, politik, pendidikan dan lain2 semuanya adalah saling berkaitan terutamanya amal ibadat. Apa yang kita buat selama ini pasti akan ditanya nanti.
salam berjuang,
salam berkenalan dan salam ukhwah fillah~
saya asal bangkok, belajar kat kelantan skrg.
=)