Kerinduan


Assalamualaikum wbt

Hati terasa sebak selepas saya call keluarga yang tercinta. Rindu teramat yang tidak dapat dibayangkan terbenam di dada ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan! Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum saya sambung belajar di ibu negara. Apa yang pasti, perbelanjaan saya akan bertambah...bukan sedikit, tapi sangat banyak. Hati saya menangis sedih. Memikirkan beban yang akan ditanggung oleh kedua orang tua saya nanti.

Tak lama lagi adik bongsu saya juga akan habis sekolah rendah di Bangkok. Saya pernah berjanji akan pastikan dia dapat sambung belajar di sini. Itu juga niat Papa dan ahli keluarga yang lain ingin melihat adik belajar di sini. Namun, kita semua hanya merancang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

P'neem, deaw nu pai rean ti Kelantan nah. Yu ban deaw kab p'neem.
(Kak neem, nanti saya pergi belajar kat Kelantan ya. Duduk serumah dengan akak.)

Deaw P' tong pai rean ti Kuala Lumpur lew, nong yu ho pak ti Kelantan lew kan.
(Nanti akak dah nak pindah pergi Kuala Lumpur, adik duduk asrama kat Kelantan je lah.)

Adik berdiam seketika. Agaknya dia tengah fikir macam mana nak duduk dengan saya.

Deaw nu pai rean ti KL lew kan, lew rau yu duai kan nah.)
(Nanti saya pergi belajar kat KL, kita duduk sekali ya.)

Jawap dia akhirnya... Saya tahan sebak lagi. Agaknya adik-adik pun rindu akan saya juga.

Ingin saya terangkan kat adik-adik apa itu erti pengorbanan. Dalam ingin mencapai kejayaan, kita perlu sanggup dan kuat meninggalkan sesuatu yang kita selalu rindui dan ingati. Teringat balik pendirian Mama, dengan tegas dan kuat dia berjanji, tak akan menangis sebab berjauhan dengan anak-anak yang meninggalkannya demi menuntut ilmu Allah.

Namun anakmu ini kadang-kadang tak cukup kuat, wahai ibu ku yang tercinta.

Tiada orang yang berjaya tanpa usaha yang gigih melainkan dengan izin Yang Maha Memberi. Setiap ujian yang pahit dan manis pasti akan mengajar kita mengenai kehidupan yang sebenar. Tanpa usaha, ujian dan cabaran adakah mungkin kita akan menikmati nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan? Lagi-lagi nikmat iman dan Islam yang sempurna ini?

Mari berjalan menuju ke jalan Allah. Semoga kalian semua sentiasa dirahmati-Nya! Wallahualam.

Posted in |

12 comments:

  1. As Says:

    neem, moga Allah bagi kemudahan dalam setiap kesusahan. Belajar ni kan salah satu jihad aite :) Moga terus kuat dan tabah, didoakan..

    wassalam

  2. guntur Says:

    kao hai allah kum krong krab...rean ken krab

  3. ain fathihah fhm Says:

    haizz, sebak ain bila baca post ni
    huhu, ain belum kenal erti berjauhan dgn keluarga!
    sgt gusar sbnrnya..
    di hati..ingin dekat sll dgn family,
    tp betul kata nim..

    pengorbanan itu perlu..
    herm..

  4. Kak Rizqi Says:

    P'neem, deaw nu pai rean ti Kelantan nah. Yu ban deaw kab p'neem.
    (Kak neem, nanti saya pergi belajar kat Kelantan ya. Duduk serumah dengan akak)

    Deaw P' tong pai rean ti Kuala Lumpur lew, nong yu ho pak ti Kelantan lew kan
    (Nanti akak dah nak pindah pergi Kuala Lumpur, adik duduk asrama kat Kelantan je lah)

    Adik berdiam seketika. Agaknya dia tengah fikir macam mana nak duduk dengan saya.

    Deaw nu pai rean ti KL lew kan, lew rau yu duai kan nah)
    (nanti saya pergi belajar kat KL, kita duduk sekali ya)

    Jawap dia akhirnya...Saya tahan sebak lagi. Agaknya adik-adik pun rindu akan saya juga.

    .....Namun, kita semua hanya merancang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan....
    .

    erti pengorbanan.....Teringat balik pendirian Mama, dengan tegas dan kuat dia berjanji, tak akan menangis sebab berjauhan dengan anak-anak yang meninggalkannya demi menuntut ilmu Allah....

  5. neem Says:

    to akak: insya Allah. Semoga kita semua dapat kekuatan.

    to guntur: ko hai Allah kum krong kun chean kan kah. rean keng-keng chean kan nah.

    to ain: harap2 ain juga akan kuat. ain akan rasa juga macam mana nnt, ehehe.

    to catatan seorang lelaki: =)

  6. Amin Mansor Says:

    sedey bace.... kuatkan semangat neem.

  7. Mior Khabir Zikri Says:

    I know you are a strong person. Keep the spirit. You need that to strive for the best.

    Wanita dikenali dengan sikap lemah lembutnya, tapi tak bererti ia tidak mampu menghadapi segala mehnah dan cabaran. Lihat saja perjuangan dan pengorbanan Saidatina Khadijah. Ladeni sirah hidupnya mudah-mudahan ia bisa meniup semangat pada titian perjuanganmu.

    Keep it up. You can do it, neem. Go, go! :D

  8. neem Says:

    to abe amin: TQ..doakan neem sentiasa

    to hanRi: insya Allah, hanri. doakan saya.

    =)

    again, thanks to all of you.

  9. Blogger Says:

    goodluck

  10. neem Says:

    TQ, abg hamid.

    =)

  11. As Says:

    u've been tagged, pls refer entry entitle '7 wonders of me'

  12. Anonymous Says:

    assalamualaikum...
    stiap sesuatu perlukan pengorbanan...n insyaallah akan mendapat keberkatan....sabar la ye...