Panggilan Santau
Posted On Friday, May 16, 2008 at at 12:57 AM by neemSalam,
Kepada semua kawan-kawan yang dikasihi. Jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh: +6123567294624680 dan nomber itu berwarna merah, diharap-harap sangat jangan angkat dan dijawap panggilan itu. Ini kerana di Indonesia sekarang, sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon. Jika sesiapa yang menjawap panggilan itu akan berbuih mulut dan akan mati selepas itu. Di Indonesia sudah sembilan orang mati dan malam tadi dua orang di Puchong mati. Ini benar-benar terjadi. Tolong sebarkan sms ini.
Herm... Itulah SMS sepanjang tiga muka surat dari sepupu saya.
"Betul ke, Kak Yah? Menakutkannya. Tapi, kalau kita mati sekali pun, kita mati dengan keizinan Allah." Jawab saya ringkas.
Astagfirullah! Ketakutan yang syirik. Buat apa aku nak takut benda ini?
"Try Tasneem tengok dalam Harian Metro."
Harian Metro: Panggilan santau karut - klik di sini
Teringat satu hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isteri dan sebaliknya) adalah syirik."
Begitulah keadaan yang sedang berlaku sekarang. Tanpa disedari, sedikit-sebanyak peristiwa ini telah menggadai nilai akidah umat Islam.
Sehingga ada anggota masyarakat berada dalam keadaan ketakutan kerana bimbang akan ilmu sihir yang dikatakan itu. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak seolah-olah dididik untuk takutkan hantu, ilmu hitam, dan sebagainya lebih daripada Pencipta mereka sendiri.
Sesungguhnya, manusia diberikan akal fikiran untuk memikirkan yang terbaik dalam apa jua keadaan untuk terjaga dari segi akhlak, akidah dan pegangan agama.
Pesan oleh seorang sababat maya saya:
"Selalu baca 3 Qul untuk mengelakkan diri daripada dijampi, disantau."
Semoga tiada perkara buruk yang berlaku berkenaan dengan penggilan santau ini!
Wallahualam.
heh, neem, bahasa thai kah itu. Huu..message tu pun wat orang serba salah, taknak forward, takut betul. So sume pakat2 forward tanpa kaji dulu.
Susah gak kalau camtu..
Kalaulah sume orang aplikasikan al hujurat ayat 6.. :)
by the way, Selamat hari pendidik!
al-Hujarat: 6
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
nenek saya pernah kena baling santau tuju-tuju masa mudanya. nasib baik paklong saya yang masih kecil menyelamatkannya. dia merengek menunujuk ke arah benda tu. na'uzubiLLAH.
Abg nk tambah satu lagi, perlu baca ayat kursi, ayat 2 Qul dan bismillah21x sblm tido. InsyaAllah, mudah2an Allah sentiasa memelihara kita. -Knizam-