Naik-naik!



Dunia kini sedang menghadapi ancaman ekonomi secara perlahan-lahan dengan kenaikan harga beras secara medadak. Beras sangat penting sebagai makanan utama bagi penduduk di rantau Asia dan juga sebilangan besar negara lain di dunia. Di Malaysia, kini harga beras dikatakan naik sehingga 60%. Beras super yang harga asal RM 16 untuk 10 kg gini naik sehingga RM24! Mahal?

Sehingga ada pihak yang menyaran supaya rakyat memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.

Sanggupkah kita?

Tepuk dada tanya hati.

Akhir tahun lepas harga minyak masak naik. Teringat bila Umi suruh cari minyak, dah round satu pekan tapi tak ada. Baru saya sedar, pentingnya bahan asasi kepada kehidupan manusia. Nak goreng keropok pun tak boleh, maklum la kena goreng dengan minyak bukan air. Hehe. =)

Walaupun begitu, "sebahagian" rakyat dikatakan mendapat kesan sampingan daripada kenaikan harga barangan asasi. Juga masih ada "sebahagian" rakyat yang tidak mengambil endah tentang masalah ini.

"Makan nasi biar habis, beras tengah mahal nih."

Uik, kalau beras tak mahal, tak kena habiskan nasi la ye?

Manfaatkannya sebaik-baik mungkin, jangan menyesal di hari kemudian!

Wallahualam.

Posted in |

4 comments:

  1. Mohd kamil bin ab halim Says:

    Bunyinya agak lawak, tapi still ada rasionalnya.

    Selama ini, mungkin kita terlalu bergantung pada nasi yang kaya dengan kanji / karbohidrat. Bagi yang bermasalah sistem enzim dan insulinnya, maka sebab itulah ramai orang melayu dan india yang kencing manis berbanding orang cina.

    Tengok orang Korea, hidup 100 tahun tu benda biasa je..hehe.. umur dah lanjut pun, bleh panjat bukit lagi.

    Orang dulu2 lasak sebab banyak makan buah-buahan dan ulaman.

    Apapun, kalau ini adalah saranan pemimpin. Apakata pemimpin pun turut sama, bukan suruh rakyat je... Kot2 pemimpin hanya pandai makan kat hotel je...harapnya tak =)

    SETIAP BALA ADA HIKMAHNYA.

  2. As Says:

    to neem:
    dulu pernah alami pasal minyak nih. Sampai terpaksa bawak balik mnyak dari kL ke terengganu, sebab ibu da tak jumpa minyak da.

    Isk.. (sambil geleng kepala)

    Benda ni bukan satu benda yang lawak, tapi tengah fikir mampukah rakyat ubah sesuatu yang dipanggil ruji. benda ni sume takan efek orang2 senang, macam biasalah.

    harapnya, sesiapa yang bg cadang tersebut, die pun buat sama. Huu..

  3. Unknown Says:

    salam perjuangan...

    oh, suruh rakyat berjimat cermat yek???

    habis pemimpin rakyat cmne plak?

    http://shoutulhaq.blogspot.com/2008/05/antara-dua-darjat.html

  4. ain fathihah fhm Says:

    enjit2 semut..
    sapa sakit naik atas..
    enjit2 semut..
    sapa sakit naik atas..