Matematik? Susahnya...

"Kak, esok free tak?"

Soalan yang menakutkan saya untuk menyatakan "tidak." Dari pagi dah ke kolej, balik rumah pun petang-petang dalam pukul 6. Tambah dengan penat lagi, tidak sesuai untuk saya membaca lagi. Minda perlu direhatkan. Anis, seorang kaum kerabat keluarga saya yang akan menghadapi PMR tak lama lagi terpaksa menerima jawapan yang mengecewakannya. Malam-malam pun tak sempat sebab Anis ada kelas tambahan di sekolah. Alahai...budak sekolah zaman sekarang..pagi, petang, malam kena ke sekolah. Itu lah sebuah tanggungjawab dan pengorbanan. =)

Saya mempunyai pengalaman mengajar beberapa orang dalam subjek matematik ini. Bukannya maksud saya pandai matematik. Tapi ia merupakan salah satu cara untuk saya mengagahkan lagi subjek ini.

Rata-rata adik-adik dan kawan-kawan saya yang lemah math, tidak sepenuhnya dapat menghafal sifir sehingga sifir 12. Itu salah satu faktor mengapa pelajar lemah math. Perhatian kepada bakal-bakal guru mahupun guru-guru math yang disayangi, anda bertanggunjawab memikirkan strategi untuk menarik pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar di sekolah rendah untuk berminat dengan math dan menghafal sifir. Sesi menghafal sifir adalah baik di pangku sekolah rendah lagi.

Pagi-pagi nak masuk kelas, saya dan kawan-kawan dengan sepenuh semangatnya akan hafal bersama-sama di depan kelas..

song neng song

song song si

song sam hok

song si ped

song ha sib

song hok sibsong

^_^

hehehhe....Itu sifir dua dalam bahasa Thai saya~

Saya seronok membelajar subjek ini. Kadang-kadang ia membuat saya pening kepala, tapi itu bukan satu halangan bagi saya. Minat punya lah konon. Namun, saya tidak akan jadi cikgu matematik walaupun saya agak minat subjek ini. Saya tidak akan jadi cikgu math...Walau bagaimanapun, Allah jua lah yang Maha Menentukannya.

p/s kepada Yana (my best friend) kalau mung baca blog ini, mung kena janji dengan aku yang akan jadi cikgu math nanti.

Chaiyok to all~

Ko hai chok dee...

Wallahualam.

Posted in |

2 comments:

  1. Badrul Aini Sha'ari Says:

    salam perjuangan...

    ko hai chok dee dgn song 2 pe maknenye?

  2. humaiRah Says:

    ko hai chok dee - smg berjaya

    song - dua~