Kesal
Posted On Friday, July 18, 2008 at at 9:03 AM by neemBaru sahaja balik dari Kota Bharu. Letih teramat rasanya. Beli-beli barang sebagai persediaan untuk berhijrah, insya Allah. Pergi selepas asar. Jam teruk hari ini disebabkan oleh polis-polis yang bertugas mengadakan "road block." Hampir sejam lebih perjalanan dari Wakaf Bharu bersama Mama yang tersayang. Segala pujian-pujian bagi Allah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jam teruk menambahkan lagi masa saya bersama ibu yang tercinta. Entah bila pula akan berlaku sedemikian sebab Mama perlu balik kampung halaman kami dan saya berpindah ke ibu kota negara, insya Allah.
Masa yang singkat membuatkan saya terpaksa solat Magrib di musalla Hyper market berkenaan. Digelar Hyper market, mesti lah besar dan dijunjung orang ramai. Apa yang menyebabkan saya merasa kesal di sini ialah, musalla yang sangat kecil dan kotor. Sedangkan ia adalah tempat yang kita menunaikan kewajiban kepada Allah s.w.t. Sepatutnya, pihak hyper market perlu menyediakan tempat yang lebih selesa dan bersih. Setahu saya, pihak pengurusan kebanyakan hyper market adalah orang-orang yang beragama Islam. Dan, majoriti pekerjanya juga adalah orang-orang yang bergelar Muslim.
Jam tangan saya menunjuk pada jam 7.30 petang telah memberi isyarat sudah masuk waktu Magrib. Apa yang berlaku disekeliling ialah, masih ramai remaja-remaja yang tidak mengambil tahu sudah sampai masa untuk beribadat. Masih ada yang leka dengan urusan dunia. Masih ada yang main bowling dan sebagainya. Yang saya nampak, kebanyakkan adalah remaja-remaja Islam.
Dan berapa ramaikah lagi meninggalkan solat dek kerana "sibuk" dengan urusan dunia?
Teringat apabila saya membaca sebuah website Thailand (www.muslimthai.com) terharu rasa kerana kini setiap Hyper market disediakan musalla yang sangat bersih dan sederhana besar. Even dalam airport pun sama. Alhamdulillah. Tempatnya sangat selesa dan kebersihan dijaga. Tempat mengambil wuduk dan solat diasingkan agar tidak kotor.
Diharapakan pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap masalah ini. Tempat beribadat perlu dijaga dengan sepenuhnya. Bukan tujuan nak merendahkan mana-mana pihak. Hanya mengingatkan sahaja. Kita sebagai pengguna juga perlu menjaga kebersihan musalla agar ibadat kita sempurna setiap masa. Perlu diingat bahawa, kebersihan adalah separuh dari iman jua.
Begitulah dunia sekarang. Sama-sama kita doakan. Semoga kita semua digolong dalam golongan orang yang tidak meninggalkan solat. Jaga diri, hati dan iman.
Wallahualam. Wassalam.
salam..
apa khabar?salam ziarah dari ana..jemputlah dtg ke blog ana yer..
Kadang-kadang kita boleh 'jumpa' Islam di negara yang tidak diiktiraf negara Islam, dan sebaliknya.
Jepun bukan negara Islam, tapi kebersihan memang diorang jaga. Tengok, ada sebahagian daripada Islam di sana.
Tak macam sesetengah negara Islam. Adu~ Musykil...
Baru saja saya dan seorang kawan bercerita tentang hal seperti ini semalam. Sekiranya Muslim tak ambil berat hal begini, yang akan tercalar bukan sahaja Muslim, tapi Islam turut sama diheret. Seperti analogi yang diberikan Syed Muhammad Naquib al-Attas lebih kurang begini bunyinya... Kita (muslim) ini bagai cermin bidal tamsil yang menangkap sinaran mentari Islam yang terang bederang. Tetapi andai cermin ini kelam dikabuti debu atau kacanya tidak diasah halus jernih, maka yang debayangkan itu adalah kelam dan samar-samar juga. Bukan cahaya mentari yang gemilang.
Salam.
Terkadang terfikir jugak yg mungkin jabatan agama perlu sesekali memeriksa surau untuk memastikan kebersihan. Mungkin juga membuat pertandingan surau tercantik/terbersih/selesa antara pusat-pusat shopping kompleks.
Apapun, yg paling perlu diubah adalah sikap masyarakat kita yg seolah tak tahu nak menghargai kemudahan yang diberikan.
Pedih sendiri bila mengingatkan Islam yang semakin teruji skrg ni dgn kemunculan banyaknya pusat hiburan dan rancangan hiburan...
salam.aku baru jumpa musalla kat airport bangkok.ingat takde.tapi memang bersihlah.nyenyak aku tido situ.puas hati la walaupun flight aku ke malaysia tangguh satu malam.siap ada internet lagi.