Aku Kena Kantoi...!


Telefon bimbit saya berbunyi semasa saya dan roomate lunch di ruang tamu. Nombor yang tidak dikenali rupanya. Herm..tak sedap hati nak jawap panggilan itu. Lalu, junior saya yang menjawapnya.


Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan cik Tasneem? Suara seorang lelaki.
Ws'lam wbt. Ya, siapa di sana.
Saya dari Maxis center Kota Bharu. Cik Tasneem ada?
Ye..Ye.. Ada. Tunggu sekejap.

Lalu telefon dihulurkan kepada saya. Kata budak Nad, "akak, orang Maxis KB call"

Ye, saya Tasneem.

Cik Tasneem, macam ni, kita menganjurkan satu pogram hari raya bersama artis-artis Tanah Melayu. Saya ingin upgrade cik punya profile.

Dalam hati saya, layan je lah.

Nama penuh cik apa?

---> Tasneem Sayorwan

Alamat di Kelantan

PT 50.........Kelantan.

(apesai saya jawap juga walaupun tak minat)

(huhu...gelak seorang-seorang da...)

herm...tapi saya tak minat artis-artis nih.

Tak apa, cik. Saya nak upgrade juga.

layan je la mamat nih..........

cik suka makan apa? Kalau makanan kegegemaran cik sama dengan artis tersebut, boleh lah join.

pizza.

pizza? oic...herm. Kalau boleh nak makan tradisional.

(waa.........malu pada diri sendiri)

herm. Kalau macam tu, nasi kerabu je lah.

Air macam mana?

Air sirap limau.

tanya saya pada dia, event ni bila?

25hb nanti cik. Dekat hotel Renaissance, KB.

Oh..tapi saya takde dekat KB masa tu.

Tak apa cik. Saya nak upgrade juga.

( terasa pelik. Lalu hp ditukar jadi mode loud speaker)

Adik Nad still bersama saya.

herm...saya nak tukar topik neh. Cik dah berpunya?

( Dalam hati saya, ish..mamat nih. gatei pulak)

Ye, dah ada. Hai...ni sape neh? Betul ke orang Maxis)

Ye, betul. Saya orang Maxis.

(terus melayan...nak tahu kesudahannya)

Cik free malam neh? Kita keluar gi makan steambot, nak?

ish...betul ke awak nih? mengarut semacam. saya bz lah. banyak kerja.

Hujung minggu macam mana?

Mana boleh. Tak nak lah!

Suara saya mula naik angin. Tapi masih nak tahu siapa mamat ini.

herm...cik umur berapa?

24. (walau hakikatnya 19)

Cik belajar ke kerja?

belajar.

muka Adik nad sudah berubah wajah.. Pelik dengan panggilan tersebut.

cik belajar kat mana?

Saya sudah naik marah...

Adik Nad bagi isyarat, tak payah bagi tahu. Cakap privacy!

Hello! This is my privacy. I don't have to tell you all those thing!

Hampeh, dia terus nak tanya.

Cik belajar kat UNITAR kan?

dalam hati saya, macam mana dia neh boleh tahu....Hairan betul.

Ish.. Mana-mana je lah!

Bila cik balik Bangkok?

rasanya sebelum tu takde pula cakap pasal Bangkok. Apa hal dengan mamat nih..

Awak ni sape? Betul ke orang Maxis.

Ya, saya orang Maxis.


Bunyi seperti pintu buka. Lalu mamat ini minta diri.

Nanti saya message cik balik ya. Minta diri dlu.

-tut-

Hairan...Confuse. Pelbagai persoalan dalam hati. Nakal, lawak pun ada. Tak marah pun sebenarnya. Cuma pelik. Tergelak-gelak dengan adik Nad selepas itu. Pelik betul panggilan tu.

Dalam hati saya, mesti senior kat KB yang punya kerja nih. Tapi suaranya sangat lain. Tak cam langsung.

Dan betul sangkaan saya. Selepas magrib, satu sms diberikan...


"umur 24, pizza, sirap limau..."


waa...........! Kena kantoi rupanya. Malu!!!

Heheh...Terima Kasih, senior-senior ku.. Walaupun dah pindah ke Kelana Jaya, tapi kamu semua tak pernah lupakan saya. Semoga ukhwah ini terus berpanjangan! amin...









Posted in |

10 comments:

  1. Unknown Says:

    barakallahu fiik

  2. neem Says:

    ye dik. Syukran

    =)

  3. Mior Khabir Zikri Says:

    Tak faham :-?

  4. Anonymous Says:

    Ameen.
    Dan jaga diri selalu neem.
    :D

  5. neem Says:

    to: en hanri

    apa yg x faham? hehe


    to: kak fika
    insya Allah, kak fika. doakn sentiasa!

  6. suara Says:

    Salam neem.

    Kantoi erk. huh... maklumat palsu telah di kesan. hahaha

    Kak su penah jadi org maxis tau... sebarang perbualan antara customer dan staff maxis (dr cust svc line lah), segalanya di rakam. Dan staff dari maxis branch, biasanya tk call customer directly.

  7. Ibnurashidi Says:

    Salam..

    buat suspen je baca:)mujur senior yer..kalo tak kenal maunye bertmbah suspen.

    eh, kak su penah keja maxis ya..kena rakam rupanya. Patut suma bila cakap skema ya:D

  8. neem Says:

    hehe. 2 la..nasib baik senior sendiri. wat suspen je. menakutkan betul. dah la tahu smua maklumat pasal kite neh :P

  9. Blogger Says:

    assalamu alaykum! hello..ni tasneem ke? anda telah kena kantoi!!!!

  10. neem Says:

    cheess...malu..!!