Termenung

Termenung saya seketika selepas dapat message dari sahabat baik saya, Yana. Dia minta kata-kata semangat yang akan dihantar kepada seorang kawan kakaknya yang baru kehilangan ibu yang tercinta, pagi tadi. Al-fatihah buat beliau (Dan juga kepada semua orang yang disayangi yang telah dipanggil Allah). Semoga rohnya digolongan dalam golongan orang yang beriman. Amin. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, berbakti lah kepada mereka sebaik mungkin. Jangan-jangan kita menyesal selepas ketiadaannya. Sayangi lah mereka sebagai mana yang mereka sayangi anda.

Termenung lagi saya di balcony apartment tingkat tujuh di tengah-tengah bandar. Penuh dengan warna-warni kehidupan. Semoga kita dirahmati-Nya sentiasa. Tak terfikir pun akan ada hari ini, Alhamdulillah. Hari di mana saya sudah pun berdiri di sini. Menyambung perjuangan. Warna-warni kehidupan yang cerah dan juga yang gelap. Tidak dinafikan kita akan bertemu dengan hamba-hambaNya yang berbagai perangai dan jenis. Perlu sentiasa berdoa dan bersabar. Kerana sesungguhnya, kita semua tak maksum sebagaimana Rasulullah SAW.

Termenung lagi ingat akan amanah-amanah dunia dan akhirat. Amanah-amanah Allah SWT. Amanah-amanah Rasulullah SAW. Amanah-amanah keempat-empat ibu dan ayah saya (ya, saya ada dua ibu dan dua ayah!). Amanah-amanah nenek saya. Suatu hari beliau tanya saya, berapa ramai adik yang saya ada? Dengan selamba saya jawap, 3 orang (Inee, Nureen, Furqan). Nenek tak puas hati, 3 je? (Dalam bahasa Thai tau, translit balik dalam BM. Heheh). Opss..rupa-rupanya adik saya ramai sangat! 9 orang! Ye lah, saya cucu sulongnya.

Termenung lagi dengan alam maya saya. Dengan hanya berinternet, saya temui ramai orang. Orang-orang yang saya sayangi dan cintai. Juga orang yang membuat saya benci kepadanya. Indahnya aturan Tuhan. Semoga berkekalan. Teringatkan akak Fika (Dulu Neem panggil akak nenek lagi. Sebab tak tau nama akak sebenarnya apa) yang mengimbas kembali kenangan antara kita. Teringatkan “Nik” (perempuan ye..) yang katanya final exam juga dah dekat. Ukhwah antara saya dan Nik, sangat indah. Susah untuk dilupakan. Semoga tabah sahabat ku. Rindukan kamu! Teringat juga akan Ain, Fifa, Lan dan juga lain-lain. Kerana internet juga, saya dapat buku skek import dari Mesir!

Kepada Nabila dan Waliyah (alangkah baiknya kalau Waliyah faham BM!), selamat jalan. Semoga selamat sampai ke bumi Kinanah. Semoga anda berdua selamat di sana. Jaga diri!

Kepada orang yang sangat tabah, akak Hasanah, Neem doakan akak cepat sembuh!

Juga kepada my H, jangan lupa rehat. Jaga diri anda!

Huh..membebel pula saya. Banyak lagi nak wish nih. Tapi nanti jadi panjang pula. Andaikan nama anda tak disebut, maaf ye!

Termenung lagi selepas call adik di Bangkok. Nak cakap dengan Mama sebenarnya. Tapi katanya mama pergi umah Lung Bas. Sepupu ku sudah kawin seorang, tahniah dan selamat pengantin baru. Seorang lagi majlisnya pada minggu depan, insya Allah. Akhir bulan ini pula seorang akan bertunang. Agaknya aku pula bila? Hehe.. juga kepada sahabat-sabahat ku yang sudah bertunang dan akan bertunang dan yang sudah kahwin ( yang kahwin tu khas buat Kyo and kak zila), tahniah buat anda semua.

Fikir-fikir balik, itulah realiti kehidupan. Andaikan kita berfikir, kita akan sedia menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Kata Kak Fika, semua sahabat adalah saling lengkap-melengkapi. Allah tidak akan sia-siakan ciptaan-Nya. Sesungguhnya orang yang mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya dihadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi. Jangan cepat mengeluh dan penat untuk menghadapi karenah orang. Selalu berdoa dan zikir pada-Nya pasti akan dapat ketenangan. Sama-samalah kita berusaha jadi orang yang mulia.

Pesanan ini khas pada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat. Andai kata-kata ku tersilap kasar bahasa, maafkan diri ini. Wallahualam. Wassalam.

=)

7-C-9

Kelana Sentral.

3.51 am.

Posted in |

13 comments:

  1. As Says:

    syukron atas du'a T_T
    moga tabah itu dicukupkan lah sebab kurang lagi :D

    barakallahu feek adik!

  2. neem Says:

    sama2..

    tabah2. neem selalu ingatkan akak. sebagai pedoman diri!

  3. Mior Khabir Zikri Says:

    :D
    Leaves me wondering a while. Heh. Anyways, keep up that spirit of yours. Fight for Islam, never give up!

  4. Nabila H.... Says:

    assalamualaikum...

    syukran kathir sbb sebut gak nama nabila...terharu...huhu

    doakan la keberangkatan anak2 kelantan ke mesir 16 dan 18 okt ni...takut nak gi bumi barakah ni...mcm2 leh berlaku...
    kuatkan semangat demi Islam...

    4 ur info, seramai 41 org yang akan berangkat bersama dgn nabila utk amik corse medic n dentist...semoga kitaorg dpt jadi protaz berkualiti...

    doakan gak nabila n kawan yg dr dq kat sana dapat jaga tul2 Quran yang pernah singgah di dada dulu..sedih sbb masa 1 stgh thn terasa terlalu pendek untuk kukuhknnya di dalam ingatan...semoga slogan huffaz teknokrat yg slalu disebut tu kitaorg dpt capai...

    isk..byk kena doa ni...hehe...neem pun...semoga jadi muslimah mujahidah solehah yg bakal melahirkn dan mendidik para jundullah(mcm xde doa lain je?hehe)...:D

  5. Anonymous Says:

    Blog yang bagus

  6. neem Says:

    to: hanri

    yeah! will never give up, insya Allah.

    to: nabila

    ws'lam wbt, sama2 ya nabila! neem doakn nabila dan anak2 kelate yg lain selamat di sana.

    jaga diri di negeri org ya! smg2 ayat2 suci sentiasa di dalam hati kita smua. semoga dapat jadi pengafal quran yg diberkati Allah! amin..

    alamak..sedih la pulak nabila dah nak g. xde rezeki lagi kita nak jmpa kan. Allah akan temuikan kita jua suatu hari nnt. insya Allah

    semoga Allah merahmati mu, sahabat ku!

    to: one muslimah

    Terima kasih... =)

  7. Anonymous Says:

    Empunya diri yang kemerah-merahan.

    Termenung 1: Alfatihah buat sahabat kamu juga.

    Termenung 2:Tentang kehidupan dunia, Tuhan akan menunjukkan kepada yang mencari,Neem. Ya,asal kita mahu mencari, Dia menunjukkan.

    Termenung 3: Iya Neem, semakin dewasa kita, amanah kita semakin berat. Semoga kuat dalam mengharunginya dan jika perlu, kita tanggung bersama.

    Termenung 4: Neem, setiap pertemuan dan perpisahan itu telah ditetapkan olehNya. Kerja Tuhan, siapa tahu? Setiap pertemuan itu juga Neem, ambillah iktibar simpanan buat diri.

    Termenung 5:Nasihat Ustaz Hasrizal buat mereka yang muda-mudi. Jangan tergesa-gesa dan jangan bertanguh-tangguh bila tiba bab kahwin ni. Dah bersedia nak jadi sayap kiri orang ye Neem?

    Dan juga...

    Ameen,ameen,ameen buat temanmu Nabila. Semoga selamat segalanya.

    My H? Bukan M ke Neem? :D

    Alahai...terasa comel pula bila Neem tulis kata kak Fika. ^-^

    Tak layak rasa diri ini untuk berkata itu dan ini.
    Semuanya dengan izinNya,Neem.
    Jaga diri. Sebarkan Islam.

  8. Mior Khabir Zikri Says:

    to nabilah - insyaAllah kita akan bertemu nanti. ana setiausaha urusetia sambutan mhsiswa baru. jgn risau, gusar, atau takut. mesir tak makan orang :))

  9. neem Says:

    to kak fika

    amin..amin..amin ya Rabb!
    doa adalah senjata bagi setiap muslim. teruskn berdoa, smg Dia menirimanya.

    alaa...kak fika nih, neem hormat akak seperti akak neem sendiri. terima kasih sbb sentiasa bagi sokongan ya!

    pasal H or M 2...nnt explain. hehe


    to: Hanri
    kirim jaga nabila kat sana ya!

  10. Blogger Says:

    adik saya kat mesir jugak. mbbs kt alex. kalau raya insyaAllah sdr boleh jumpa dengan dia.

  11. ain fathihah fhm Says:

    terselit gak nama ain noh
    miss u nim

    insyaAllah andai ada jodoh antara kita, dapat la berjumpa nt..

    walau kita bersabahat tanpa hadir di depan mata, ain sayang nim mcm akak ain..tq ya

    take care!
    slm syg

  12. IBNUSIS Says:

    Allah tidak membebankan seseorg melainkan apa yg termampu oleh seseorg itu
    -fikir2kan

  13. neem Says:

    yeah...Allah x zalim

    =)