Pattani Darussalam



Masalah paling besar yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004 ialah keadaan tidak aman yang memberi kesan sangat besar kepada rakyat setempat, harta benda, ekonomi, dan politik. Tidak kira mana-mana penganut agama yang tidak berdosa, pemimpin-pemimpin agama, wakil rakyat dan setiap kaki tangan kerajaan semuanya berada dalam keadaan “tidak boleh dipercayai” dan juga tidak selamat.

Sejak peristiwa 4 Januari 2004 sampai sekarang, jumlah penduduk setempat yang meninggal tidak kurang daripada 2400 orang. Jumlah ini tidak termasuk lagi dengan jumlah mangsa-mangsa yang cedera parah, kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, serta bilangan janda-janda yang semakin bertambah. Mereka ini mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, namun, tiada siapa yang menyakinkan bahawa mereka ini tidak akan menjadi masalah serta beban kepada masayarakat dalam masa yang akan datang.

Harta benda rakyat tempatan, kedai-kedai runcit, syarikat-syarikat serta bangunan-bangunan kerajaan rosak kerana tidakan pihak yang tidak bertanggungjawab sepeti mengebom, membakar yang ketertalaluan di mana tidak pernah terjadi sebelum ini.

Di Selatan Thai terdapat penduduk yang majoritinya adalah Muslim 80% dan Buddha 20% yang pernah hidup dalam keadaan aman damai serta berganding bahu kini suasana sedemikian hanya menjadi sejarah bagi seluruh rakyat Thailand apatah lagi dengan penduduk-penduduk di Selatan Thai. keadaan-keadaan itu telah digantikan dengan perasaan marah serta dendam yang akan menjadi masalah pada masalah yang akan datang sekiranya kerajaan tidak berusaha mendamaikan negeri-negeri itu.

Kesan yang dihadapi oleh penduduk setempat bukan berhenti di situ sahaja, akademik pelajar selatan Thai juga turut terjejas. Ramai dalam kalangan guru-guru yang berjasa dan tidak berdosa dibunuh menyebabkan menimbulkan ketakutan dan tidak yakin dirinya akan selamat ketika sedang mengajar mahupun dalam perjalanan ke sekolah. Sebilangan besar guru di Selantan Thai bukan guru tempatan sebaliknya merupakan guru-guru dari negeri lain yang ikhlas ingin mengajar pelajar-pelajar kurang bernasib baik. Ibu bapa yang mempunyai taraf kewangan yang kukuh telah menghantar anak-anak mereka belajar di luar negeri, bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah?

OIC Terhadap Selatan Thai

Pada mulanya, masalah di selatan Thai dianggap sebagai masalah dalam negara oleh ahli-ahli negara OIC dan tidak perlu campur tangan kerana masih tiada penindasan berlaku sehingga menjadi punca pergaduhan antara agama dan kaum. OIC mula mengambil berat terhadap masalah di selatan Thai secara serius apabila berlaku peristiwa pengeboman di masjid Krue Se pada 28 April 2004 dan tunjuk perasaan di Tak Bai pada 25 Oktober 204 sehingga menyebabkan penduduk tempat meninggal dunia seramai 86 orang.

Daripada peristiwa itu, OIC telah dijemput oleh kerajaan Thailand untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin agama di selatan Thai terhadap masalah-masalah yang terjadi. Pada akhir bulan April 2007, kerajaan Thailand sekali lagi menjemput Setiausaha OIC untuk berbincang. Perdana Menteri, Surayud Chulanon sangat menghargai kedatangan serta kerjasama yang diberikan oleh pihak OIC terhadap kerajaan. Selain itu, OIC juga member buku kepada penduduk tempatan meminta agar mereka memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mewujudkan keamanan. OIC langsung tidak menunjukkan sokongan terhadap sesetengah pihak yang ingin kononnya menjadikan Selatan Thai sebagai negara asing daripada Thailand yang akan dinamakan Pattani Darussalam. Doakan agar segala masalah diselesaikan tanpa pembunuhan, insya-Allah. Wassalam.

Posted in |

4 comments:

  1. admin Says:

    salam...
    saya telah mengunjungi dan membaca blog Tasneem. saya merasa prihatin dan ikut simpati atas keadaan saudara muslim di thailand.
    lawatan saya di blog Anda memang dalam mengobati rasa ingin tahu saya tentang keadaan muslim di negeri tetangga ini.
    semoga para muslim di sana diberi Allah SWT kekuatan dan ketabahan.
    terimakasih...

  2. neem Says:

    ws'lam wbt..
    terima kasih atas kunjungan saudara. sama-sama kita doakan agar saudara kita di selatan thai dapat hidup aman seperti sedia kala, ameen.
    terima kasih kembali. =)

  3. neem Says:

    =)

  4. Anak Desa Says:

    Salam...
    Puisi suntuk Pattani..sila rujuk

    http://alunan-sanubari.blogspot.com/

    Allah Yubarik Fik