Ramadan is Coming



Ramadan bukan sebarang bulan di dalam kalendar Islam. Ini adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. untuk mengambil peluang melakukan ibadat yang dijanjikan-Nya ganjaran yang banyak. Sepanjang siang dan malamnya mengandungi kebaikan dan keberkatan daripada Illahi. Dia juga menjanjikan satu malam di bulan Ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan, memuka ruang untuk hamba-hamba-Nya melakukan kebaikan.

Maka amat wajarlah bagi kita, tidak mensia-siakan Ramadan yang bakal menjelma dan menyambutnya dengan cara yang baik. Buatlah persediaan untuk beramal pada bulan mulia ini, moga-moga kita mendapat faedah daripadanya. Tidak hairanlah para ulama dahulu sangat menghargai bulan Ramadan, malah ada di antara mereka yang memohon Allah lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan, enam bulan sebelum ketibaannya.

Pedoman menyambut Ramadan
Buatlah persediaan yang sewajarnya agar Ramadan pada tahun ini tidak berlalu dengan sia-sia. Antaranya;

Berdoa
Berdoalah agar Allah s.w.t. melanjutkan usia kita untuk menyambut Ramadan dan meminta pertolongaan-Nya agar kita dapat menjalankan ibadat puasa, qiamullai dan beramal soleh kepada-Nya.

Membersihkan diri
Membersihkan diri dengan melakukan pelbagai ibadat sunat serta taubat nasuha daripada segala dosa dan maksiat. Setiap orang tidak dapat melarikan diri daripada melakukan dosa dan taubat adalah wajib pada setiap waktu.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam sepotong hadis, ".....sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, Allah tidak akan menghiraukannya - tidak memberi pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (puasa)." - HR al-Bukhari.

Persediaan diri
Sebelum menyambut ramadan, persediaan diri yang boleh dibuat seperti puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan yang lain.

Mempelajari hukum-hakam puasa
Elok kiranya kita mengulangi atau memperingati diri mengenai suna Nabi s.a.w. serta cara puasa sebelum menghampiri Ramadan. Antara, mempelajari syarat puasa, sah batalnya, hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Syaaban, perkara yang harus, wajib atau haram bagi seorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa.

Semoga ia akan dapat menjadi bimbingan kepada sahabat-sahabiah sekalian, insya-Allah. Selamat Menyambut Ramadan!


p:s/ more article about Ramadan

Posted in |

0 comments: