Balik Bangkok


Yeah~


akhirnya, dah confirm flight ke Bangkok

14 December 2008

Insya Allah

walaupun hanya 2 minggu berada di rumah setelah setahun tak balik, tapi tak apa.

doakan saya selamat pergi dan kembali ya!

Posted in | 4 comments

^^


Saya baru lepas baca tentang arak di website ustaz zaharuddin

Herm.. Berdasarkan pemerhatian saya, sangat teruk lebih-lebih lagi di sekitar Ibu Negara. Kilang arak dibuka secara besar-besaran. Bagi saya, tak sepatutnya sebuah negara "ISLAM" ada kilang terbuka macam tu.

Sepanjang saya hidup di Kelantan, siap fasih bahasa Kelate (alhamdulillah), saya tak pernah tengok arak dijual di kedai-kedai pun. Di sini kerajaan sangat mengawal. Demi menjaga kesucian Islam. Semua iklan-iklan wanita "wajib" pakai tudung. Walaupun ada juga yang tak pakai, tapi amat lah sedikit.

Kata seorang sahabat saya, "sebab tu saya bangga jadi ore kelate."

Ahaks..Saya pun bangga hidup di negeri ini walaupun saya hanya menjadi "kelate celup" sahaja. hehehe.

Ini tak ada kena mengena dengan mana-mana politik ya!

Hidup ore kelate kito..!! heheh

Posted in | 2 comments

-na neem-


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu "Na Neem". Na Neem ialah gelaran oleh budak Farish. Cucu pertama keluarga di Kelantan. "Na" itu maknanya mak saudara atau ayah saudara sebelah mak dalam bahasa Thai. Kalau sebelah ayah pulak "Aa". Tapi kalau ayah saudara, tak kisah sebelah mana-mana pun, panggil "lung". Mak saudara pun tak kisah mana-mana pun, bahasa thai panggil "Pa"


Hari-hari ketika berada di Kelantan, saya lah yang menjaganya. Semakin hari semakin nakal si kecil comel ini. Dulu Farish agak tembam orangnya. Sekarang dah makin kurus disebabkan oleh demam panas dan hilang selera makan. Semalam hanya saya dan Farish saja berada di rumah. Penat juga menjaganya. Saya bayangkan, suatu hari saya akan jadi ibu kepada anak-anak, mampukah saya menjadi kuat?

Siapa kata senang nak jadi suri rumah. Suri rumah lah paling penat kerjanya. Nak kena jaga suami, jaga anak. Kerja-kerja rumah sebahagian besar terjatuh pada seseorang yang bergelar "ibu". Pakaian-pakain suami, anak-anak, Ibu lah yang basuh. Ibu lah yang tolong kemaskan. Makan pagi, tengah hari dan malam, ibu juga yang nak sediakan. Tapi itu lah naluri seorang ibu. Dia melakukan semua itu dengan penuh kasih sayang, dengan sabar tanpa membantah.. Dia lah, "ibu".

Rindu pula kat Mama. Tapi, apakan daya.. Saya sabar je. Nampak gayanya tak balik Bangkok tahun ini. Walaupun keadaan dah makin pulih, tapi kata sepupu saya kat sana lebih baik tak payah balik. Sebab keadaan masih tak ok lagi. Nanti masalah pula bila nak fly balik ke Malaysia. Tak apa lah, saya boleh sabar. Dah biasa.

Teringat peristiwa kat Masjid Shah Alam. Saya solat magrib di sana. Berjemaah dengan orang ramai. Selesai saja solat, saya bersalaman dengan orang-orang sebelah saya. Seorang mak cik yang saya tak kenal pun, salam dan cium pipi saya. Dengan penuh kasih sayang. Hati saya berdebar. Rasa macam disayangi, dilindungi seorang ibu. Saya hanya biarkan dia mencium saya. Biarlah dapat rasa ciuman dari seseorang yang berjiwa ibu. Itu dah mencukupi.

Buat Mama, Umi dan semua yang bergelar ibu, moga-moga Allah sentiasa merahmatimu. Semoga anak-anak mu menjadi orang-orang yang soleh dan solehah. Semoga Allah merahmati mu, ibu-ibu ku!!

=)


(Macam lari dari tajuk je post neh. Heheh.)

Posted in | 7 comments

Ujian Warna



Lihat dan sebutkan WARNA yang berada pada perkataan berikut.


Bukan senang kan? Perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Ini adalah salah satu konflik di antara otak kiri dan otak kanan. Otak kanan akan cuba menyebutkan warna yang berada pada perkataan tetapi otak kiri akan mendesak anda supaya membaca perkataan tersebut.

Selamat mencuba!



Posted in | 5 comments