-na neem-


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu "Na Neem". Na Neem ialah gelaran oleh budak Farish. Cucu pertama keluarga di Kelantan. "Na" itu maknanya mak saudara atau ayah saudara sebelah mak dalam bahasa Thai. Kalau sebelah ayah pulak "Aa". Tapi kalau ayah saudara, tak kisah sebelah mana-mana pun, panggil "lung". Mak saudara pun tak kisah mana-mana pun, bahasa thai panggil "Pa"


Hari-hari ketika berada di Kelantan, saya lah yang menjaganya. Semakin hari semakin nakal si kecil comel ini. Dulu Farish agak tembam orangnya. Sekarang dah makin kurus disebabkan oleh demam panas dan hilang selera makan. Semalam hanya saya dan Farish saja berada di rumah. Penat juga menjaganya. Saya bayangkan, suatu hari saya akan jadi ibu kepada anak-anak, mampukah saya menjadi kuat?

Siapa kata senang nak jadi suri rumah. Suri rumah lah paling penat kerjanya. Nak kena jaga suami, jaga anak. Kerja-kerja rumah sebahagian besar terjatuh pada seseorang yang bergelar "ibu". Pakaian-pakain suami, anak-anak, Ibu lah yang basuh. Ibu lah yang tolong kemaskan. Makan pagi, tengah hari dan malam, ibu juga yang nak sediakan. Tapi itu lah naluri seorang ibu. Dia melakukan semua itu dengan penuh kasih sayang, dengan sabar tanpa membantah.. Dia lah, "ibu".

Rindu pula kat Mama. Tapi, apakan daya.. Saya sabar je. Nampak gayanya tak balik Bangkok tahun ini. Walaupun keadaan dah makin pulih, tapi kata sepupu saya kat sana lebih baik tak payah balik. Sebab keadaan masih tak ok lagi. Nanti masalah pula bila nak fly balik ke Malaysia. Tak apa lah, saya boleh sabar. Dah biasa.

Teringat peristiwa kat Masjid Shah Alam. Saya solat magrib di sana. Berjemaah dengan orang ramai. Selesai saja solat, saya bersalaman dengan orang-orang sebelah saya. Seorang mak cik yang saya tak kenal pun, salam dan cium pipi saya. Dengan penuh kasih sayang. Hati saya berdebar. Rasa macam disayangi, dilindungi seorang ibu. Saya hanya biarkan dia mencium saya. Biarlah dapat rasa ciuman dari seseorang yang berjiwa ibu. Itu dah mencukupi.

Buat Mama, Umi dan semua yang bergelar ibu, moga-moga Allah sentiasa merahmatimu. Semoga anak-anak mu menjadi orang-orang yang soleh dan solehah. Semoga Allah merahmati mu, ibu-ibu ku!!

=)


(Macam lari dari tajuk je post neh. Heheh.)

Posted in |

7 comments:

  1. Han Ri Says:

    Ye, daripada makcik kepada ibu. Memang lari tajuk :D

  2. humaiRah Says:

    hehe..well3..~

  3. As Says:

    wahaha

    pandai neem berlarikan tajuk :P

    well salam eid-adha..indah jugak ada pengalaman beraya berjauhan..

    neem tabah :)

  4. humaiRah Says:

    hehe. insya Allah, neem akan tabah!

    yeah...eid mubarak jua, kak as!

  5. Han Ri Says:

    Kalau dalam SPM, mungkin dapat B3 kot artikel ni sebab lari tajuk. Tak kredit pun mungkin. Hehe.

    Anyways, thanks for sharing with readers.

    "Kullu sanah wa enti bikhair."

  6. humaiRah Says:

    at least dapat B3..hahah. x c atau bawah lagi~

  7. rasasayang Says:

    entry nim sll menyentuh hati...
    (n_n)
    sob3..