International Student Leaders Conference




















Assalamualaikum wbt

Minggu lepas selama lapan hari aku bersama beberapa kawan wakil dari UNIRAZAK (not unitar anymore) menghadiri International Student Leaders Conference yang dianjurkan oleh UTM.

Sangat best ok. Alhamdulillah.

Mula-mula pergi Melaka di homestay Sg. Rambai, dan seterusnya Taman Mini Malaysia dan UTM Skudai. Secara peribadi aku, aku memang suka berkawan. Di sana aku jumpa ramai kawan serta sahabat. Jumpa manusia berbeza-beza bangsa dan agama yang sangat baik, sopan dan peramah.

Allah telah menciptakan manusia dari pelbagai bangsa untuk kita saling kenal mengenali. Jadi, dengan adanya conference ini, aku gunakan peluang ini sebaik mungkin. Perlu menerima dan memahami berbezaan budaya bangsa lain dengan sebaik mungkin, walaupun ada juga benda yang tak berapa sesuai dengan budaya kita sendiri. Contoh seperti pada Culture Night, aku dan rakan-rakan yang lain dipersembahkan persembahan dari macam-macam bangsa, dari Africa mempersembahkan dance-nya yang tak dapat diterima oleh sesetengah pihak termasuk lah aku. Tapi aku dan kawan-kawan cuba untuk memahaminya dengan sebaik mungkin.

Conference kali ni banyak kepada persembahan kebudayaan. Aku sedikit hairan dan ingin mempersoalkan adakah budaya itu semata-mata dengan tari menari? Kenapa majoriti semua persembahan yang aku tengok pasal tari menari. Tarian yang kadang-kadang lari dari syarak. Pergaulan lelaki perempuan, menjolok mata, tidak menutup aurat. Sehingga aku dan sahabat-sahabat saling ingat-mengingati antara satu sama lain untuk "Jaga mata!"

Orang Arab, sangat perihatin tentang tetamunya. Tapi sampai hari ni pun aku tak berapa pandai lagi nak berunding dengan orang arab walaupun arab di unitar. Sedikit susah untuk berinteraksi dengan dorang. Pada pemerhatian aku, dorang susah mendengar pendapat orang lain.. Itu pada pemerhatian aku saja.

Banyak pula kerja kena buat. Sekarang aku tengah on MC 10 hari sebab chicken pox. Kesabaran. Ada hikmah disebaliknya. Sedikit sedih sebab ia membataskan pergerakan aku. Tapi kalau ini ada pengapus dosa ku, aku terima sepenuhnya. Wallahualam

Semoga sahabat-sahabat dirahmati Allah SWT.


Posted in |

6 comments:

  1. cikgu Says:

    S U R A T A L - H U J U R A T

    49:13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

    Alhamdulillah hi rabbil alamin..^.^

  2. areMaL Says:

    UTM toow!

  3. neem Says:

    tq akh taufik

    kamal, bangga la tu

  4. zamfadliez Says:

    salam ukhwah..
    aktiviti2 mcm nie bagus tuk golongn cam kite..kita sebgai belia dan remaja sngt diperlukn dlm mmbantu menaikkan moral dan idealism dlm negara ini.go job girl...hehe..adiooss...!

  5. neem Says:

    betul. baru kita belajar dan tahu betapa susahnya utk organize satu program

    er.. macam lari topik je :D

  6. ariff Says:

    eh, gambar ana juga ada. bangganya... :)