Alah.. Kau tak sporting lah!

Assalamualaikum wbt

Perkara yang sia-sia telah jadi perkara biasa dalam hidup. Sehingga jika kita tak sokong, kita akan dicop sebagai orang "yang tak supporting."

Anda cuba membuat orang ketawa dengan cara menjadikan diri bodoh, atau buat-buat bodoh sehingga anda tidak fikir maruah anda sebagai seorang Muslim dan tetapkan diri anda dengan "Aku tak kisah. Asalkan aku bahagia, lantak lah orang nak kata apa dan aku memang cool!" - Mencari publisiti murahan, itu bukan Islam namanya. Gembirakah anda bila orang melempar kata-kata "bodohlah dia ni..." banyak kali? Sedar tidak sedar, kata-kata orang itu lah jadi doa sebenarnya.

Terlalu banyak benda yang kita boleh lakukan, untuk kebaikan diri dan masyarakat dan bukannya membodoh diri sendiri. Hanya mahu atau tidak, tepuk dada tanya iman.

Kurangkan perkara sia-sia dalam hidup kita. Penuhkan al-Quran, zikrullah dan ilmu dalam hati supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang bodoh. 

Ingatlah, malu itu sebahagian dari iman. Kata Rasulullah saw, "Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang kamu suka." HR: Bukhari

Wallahualam. 


Posted in |

2 comments:

  1. Nomad Melayu Says:

    assalamualaikum.

    pada masa dan situasi macam ni, mmg jati diri diuji kan?

    teruskan dengan apa kita rasa benar!

    lagi banyak orang mengata, lagi banyak sebenarnya kesalahan dirinya sendiri yang cuba di tutup.

    er...ada kaitan ke?

    ada kot.

    nice entry.

  2. pecinta_Islam Says:

    neeeeeemmmmmmmmm...lama tul x dngr khbr.huhu...muga sihat senantiasa...

    teruskan menyampaikan dakwah dan nasihat2..terussskan.hihi

    :)