Dear All
Posted On Monday, July 28, 2008 at at 7:12 PM by neemAssalamualaikum wbt..
Saya sudah berpindah ke main unitar campus di Kelana Jaya. Internet agak senang dan juga susah untuk didapatkan. Masa untuk meng"update"kan blog begitu juga tidak sebanyak seperti dahalu. Doakan daku di sini agar sihat iman, sihat badan sentiasa. Take care. Terima kasih kerana tetap mengunjung blog saya. Semoga semua dirahmati Allah. Wallahualam. Wassalam
Kesal
Posted On Friday, July 18, 2008 at at 9:03 AM by neem
Baru sahaja balik dari Kota Bharu. Letih teramat rasanya. Beli-beli barang sebagai persediaan untuk berhijrah, insya Allah. Pergi selepas asar. Jam teruk hari ini disebabkan oleh polis-polis yang bertugas mengadakan "road block." Hampir sejam lebih perjalanan dari Wakaf Bharu bersama Mama yang tersayang. Segala pujian-pujian bagi Allah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jam teruk menambahkan lagi masa saya bersama ibu yang tercinta. Entah bila pula akan berlaku sedemikian sebab Mama perlu balik kampung halaman kami dan saya berpindah ke ibu kota negara, insya Allah.
Masa yang singkat membuatkan saya terpaksa solat Magrib di musalla Hyper market berkenaan. Digelar Hyper market, mesti lah besar dan dijunjung orang ramai. Apa yang menyebabkan saya merasa kesal di sini ialah, musalla yang sangat kecil dan kotor. Sedangkan ia adalah tempat yang kita menunaikan kewajiban kepada Allah s.w.t. Sepatutnya, pihak hyper market perlu menyediakan tempat yang lebih selesa dan bersih. Setahu saya, pihak pengurusan kebanyakan hyper market adalah orang-orang yang beragama Islam. Dan, majoriti pekerjanya juga adalah orang-orang yang bergelar Muslim.
Jam tangan saya menunjuk pada jam 7.30 petang telah memberi isyarat sudah masuk waktu Magrib. Apa yang berlaku disekeliling ialah, masih ramai remaja-remaja yang tidak mengambil tahu sudah sampai masa untuk beribadat. Masih ada yang leka dengan urusan dunia. Masih ada yang main bowling dan sebagainya. Yang saya nampak, kebanyakkan adalah remaja-remaja Islam.
Dan berapa ramaikah lagi meninggalkan solat dek kerana "sibuk" dengan urusan dunia?
Teringat apabila saya membaca sebuah website Thailand (www.muslimthai.com) terharu rasa kerana kini setiap Hyper market disediakan musalla yang sangat bersih dan sederhana besar. Even dalam airport pun sama. Alhamdulillah. Tempatnya sangat selesa dan kebersihan dijaga. Tempat mengambil wuduk dan solat diasingkan agar tidak kotor.
Diharapakan pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap masalah ini. Tempat beribadat perlu dijaga dengan sepenuhnya. Bukan tujuan nak merendahkan mana-mana pihak. Hanya mengingatkan sahaja. Kita sebagai pengguna juga perlu menjaga kebersihan musalla agar ibadat kita sempurna setiap masa. Perlu diingat bahawa, kebersihan adalah separuh dari iman jua.
Begitulah dunia sekarang. Sama-sama kita doakan. Semoga kita semua digolong dalam golongan orang yang tidak meninggalkan solat. Jaga diri, hati dan iman.
Wallahualam. Wassalam.
Memandu.
Posted On Monday, July 14, 2008 at at 8:30 AM by neem
Setiap pemandu, pasti tidak akan dapat lari dari masalah ini, termasuk lah saya sendiri. Setiap kali memandu, ada-ada saja tidak puas hati dengan pemandu yang lain. Hanya antara dua perkara saja yang berlaku, salah kita sendiri atau salah pemandu yang lain.
Sekiranya kemarahan melebihi kesabaran, pasti ada perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar keluar dari mulut.
Setuju ke tak, wahai pemandu-pemandu berhemat?=)
Berhematkah kita? Sekiranya:
Mamandu melebihi 30 km/j di kawasan sekolah, kawasan hospital?
Tidak memberi lampu isyarat pada waktu yang sepatutnya?
Memotong di double line?
Dan lain-lainnya.
Perlu lah kita menghormati pemandu-pemandu yang lain agar kita juga dihormati. Sikap tolak ansur adalah penting dalam memandu dan juga hal-hal yang lain. Gunakan akal, tingkatkan kesabaran agar dapat mengatasi kemarahan.
Sesungguhnya, sabar adalah separuh dari iman.
Ringkas saja dari saya. Sedang belajar untuk menjadi a good writer.
Wallahualam.
Matematik? Susahnya...
Posted On Tuesday, July 8, 2008 at at 5:57 PM by neem
"Kak, esok free tak?"Soalan yang menakutkan saya untuk menyatakan "tidak." Dari pagi dah ke kolej, balik rumah pun petang-petang dalam pukul 6. Tambah dengan penat lagi, tidak sesuai untuk saya membaca lagi. Minda perlu direhatkan. Anis, seorang kaum kerabat keluarga saya yang akan menghadapi PMR tak lama lagi terpaksa menerima jawapan yang mengecewakannya. Malam-malam pun tak sempat sebab Anis ada kelas tambahan di sekolah. Alahai...budak sekolah zaman sekarang..pagi, petang, malam kena ke sekolah. Itu lah sebuah tanggungjawab dan pengorbanan. =)

Saya mempunyai pengalaman mengajar beberapa orang dalam subjek matematik ini. Bukannya maksud saya pandai matematik. Tapi ia merupakan salah satu cara untuk saya mengagahkan lagi subjek ini.
Rata-rata adik-adik dan kawan-kawan saya yang lemah math, tidak sepenuhnya dapat menghafal sifir sehingga sifir 12. Itu salah satu faktor mengapa pelajar lemah math. Perhatian kepada bakal-bakal guru mahupun guru-guru math yang disayangi, anda bertanggunjawab memikirkan strategi untuk menarik pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar di sekolah rendah untuk berminat dengan math dan menghafal sifir. Sesi menghafal sifir adalah baik di pangku sekolah rendah lagi.
Pagi-pagi nak masuk kelas, saya dan kawan-kawan dengan sepenuh semangatnya akan hafal bersama-sama di depan kelas..
song neng song
song song si
song sam hok
song si ped
song ha sib
song hok sibsong
^_^
hehehhe....Itu sifir dua dalam bahasa Thai saya~
Saya seronok membelajar subjek ini. Kadang-kadang ia membuat saya pening kepala, tapi itu bukan satu halangan bagi saya. Minat punya lah konon. Namun, saya tidak akan jadi cikgu matematik walaupun saya agak minat subjek ini. Saya tidak akan jadi cikgu math...Walau bagaimanapun, Allah jua lah yang Maha Menentukannya.
p/s kepada Yana (my best friend) kalau mung baca blog ini, mung kena janji dengan aku yang akan jadi cikgu math nanti.
Chaiyok to all~
Ko hai chok dee...
Wallahualam.
Kenapa Merokok?
Posted On Tuesday, June 24, 2008 at at 11:46 PM by neem
Rokok?
Berapa ramai yang merokok di sini? Jika di sekeliling saya sekarang. Terdapat 10 orang lelaki di sini. Hanya tiga orang sahaja yang tidak merokok. Yang selebihnya, ya. "Marlboro" menjadi pilihan salah seorang staff di sini. Manusia memang pelik. Selalu melakukan sesuatu yang pelik. Merokok juga walaupun mereka tahu ia membahayakan kesihatan. Dengan bahan kimia sebanyak 4000 jenis dan 10,000 orang setahun mati akibat kesan merokok, namun, kenapa anda masih lagi merokok?
Kenapa merokok?
Jawapan seorang senior saya;
Best...
Best macam mana?
Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa.
Itu lah jawapan mereka.
Herm...Kalau saya minta try (dalam hati tak nak pun, saja nak tengok respond mereka) bukannya nak bagi. Alasan mereka tak elok kalau perempuan merokok. Tak comel katanya. ^^
Harga minyak naik, semua orang merunggut. Harga rokok naik, semua senyap. Mahal pun mahal lah, asalkan boleh merokok..Saya tetap puas hati!
Rokok, khas untuk orang dewasa yang umur 18 ke atas. Tapi apa yang terjadi sekarang, budak-budak sekolah senang saja dapatkan rokok. Siapa perlu disalahkan? Kenapa penjual-penjual sanggup menjualkan rokok walaupun kepada pelajar yang masih pakai pakaian ragam sekolah?
Perlukah rokok diharamkan di Malaysia? Apa yang akan berlaku sekiranya, tiada jualan rokok lagi di negara ini.
Kita selalu berdoa pada yang Esa agar dijauhkan dari azab seksa neraka yang panas. Namun, kita sendiri juga yang meletakkan putung api yang panas di mulut diri sendiri
Wallahualam. Wassalam.
Euthanasia
Posted On Thursday, June 19, 2008 at at 10:24 AM by neem
Assalamualaikum wbt
Apakah yang anda fikirkan tentang perkataan "moral"? Sebut sahaja tetang moral, semua orang akan tafsirkannya sebagai isu yang berkaitan dengan persoalan sosial, keruntuhan akhlak dan sewaktu dengannya. Isu moral dibagikan kepada beberapa tema besar. Antaranya ialah:
1. Alam sekitar
2. Kehidupan (Euthanasia, Hukuman Mati, Pengguguran)
3. Diskriminasi (Jantina, Ras, dll)
4. Etika perniagaan
5. Seksualiti (Bersekedudukan, homoseks)
6. Teknologi Maklumat
Apa yang menarik hati saya di sini ialah, perkataan "Euthanasia." Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah dengar perkataan ini. Termasuk lah saya!
Euthanasia ialah menamatkan riwayat seorang pesakit di atas permintaan pesakit atau ahli keluarganya sendiri dengan tujuan meringankan kesengsaraannya. "Meringankan kesengsaraan pesakit"
Dengan bantuan sahabat saya di Tanta, dia telah diberikan satu assignment (heheh) membuat research ringkas tentang hukum Euthanasia ini.
Daripada tafsir ulama Muktabar, Syekih Atiah Saqar, secara ringkasnya beliau telah menyatakan bahawa:
Pesakit yang menghidap sebarang penyakit tidak boleh membunuh dirinya sekalipun sakitnya itu tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Begitu juga pesakit yang takut sakitnya itu akan berjangkit kepada orang lain dilarang membunuh dirinya. Adapun sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh - sedangkan ajal itu milik Allah. Dia Maha Berkuasa untuk menyembuh sebarang penyakit - maka diharamkan ke atas pesakit untuk membunuh dirinya dan di haramkan juga ke atas orang lain untuk membunuhnya sekalipun dibenarkan oleh pesakit tersebut. Keizinan dari pesakit tidak menghalalkan haram kerana dia bukan empunya roh hingga membolehkan dia mengizinkan selainnya untuk membunuhnya.
Berdasarkan beberapa firman Allah SWT juga menjelaskan tentang haramnya membunuh diri atau membunuh orang lain tanpa sebab yang tertentu. Antaranya ialah:
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. Surah an-nisa': 93
"Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. Surah al-an'am: 151
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). Al-israa': 33
Kesimpulannya, membunuh pesakit yang mana tidak diharap sembuhnya penyakit yang dihidapi haram dari segi syara' sekalipun dengan izin pesakit. Ini termasuk dalam membunuh diri secara langsung atau sebaliknya. Atau memusuhi orang lain jika pembunuhan itu di lakukan tanpa izinnya. Sesungguhnya roh itu milik Allah secara mutlak. Tidak boleh dikorbankan melainkan pada perkara yang dituntut syara' umpama berjuang pada jalan Allah dan lain-lain.
Apa-apa kesalahan, tolong betulkan. Ini hanyalah sedikit sebanyak ilmu tidak berapa yang dapat saya kongsikan. Wallahualam. Wassalam.

