Salam Maulidul Rasul

Lailahailallah Muhamdulrasulullah!

Itulah kalimah shahadah kita.
Betapa agungnya pemimpin kita, Rasulullah saw sehingga Allah mengangkat baginda di sisi-NYA. Hasil daripada kerja saya sepanjang hari ini (tengok TV 80%), saya sedih sebenarnya.
Ditanyakan kepada orang ramai..
Rasulullah saw lahir bila?
Ada yang jawap:
- Saya tak ingat la belajar masa sekolah dulu-dulu
- Alamak… lupa la. Kantoi!
- 12 rabiulawal tahun gajah

Alhamdulillah. At least ada orang ingat.
Soalan lain lagi
Jika maulidul rasul, orang buat apa?
Jawapannya:
- Ada buat ceramah, makan-makan.
- Ada marhaban, nasyid.
- Jika dulu-dulu kita pakai baju kurung pergi sekolah.
- Dapat cuti
Persoalannya , sejauh mana kita memahami pengorbanan Rasulullah SAW?
Kita mampu mengingati tarikh lahir bf, gf, artis-artis tapi kita lupa bila lahirnya Rasulullah SAW.
Kita mengaji dan menghafal biodata-biodata artis-arits tapi kita tak hafal tentang biodata baginda SAW.
Kita berusaha hafal-hafal lagu.. tapi hadis rasulullah saw, tak.
Jika dahulu, orang-orang amat menghormati hadis Rasulullah SAW.
Ada cerita lagi
Kalau di India, orang nak mati mereka bacakan hadis. Ditanya kenapa tak baca yasin? Jawap mereka, kerana hadis itu berkat dari Rasulullah saw.
Seorang guru sedang membacakan hadis Rasulullah saw, tiba-tiba digigit kala-jengking sebanyak 30 gigitan. Mukanya menjadi merah-merah kerana tahan sakit, anak murid tanya kenapa tak stop. Gurunya menjawap, aku nak habiskan dulu baca hadis nabi ini.
Lagi…
Seorang yang tengah sakit tenat dalam keadaan nazak. Ada orang datang tanya tentang satu hadis. Dia berusaha untuk duduk walaupun tengah nazak. Orang yang tanya tu kata, baring pun tak apa… tapi dia menghormati hadis Rasulullah.. dan berusaha untuk bangun.
Fikir-fikir balik… sedih!
Ingat..
Rasulullah SAW sayang kat kita semua..
Ketika baginda nak meninggalkan kita buat selama-lamanya, beginda sebut
Umat ku! Umat ku! Umat ku!
Tiga kali..
Saya bukan ustazah. Tak pandai nak ulas panjang-panjang. Hanya mampu nak ingatkan diri saya sendiri dan kawan-kawan.
Sayangnya baginda kat kita, kan sahabat-sahabat?
Semoga kita semua mendapat syafaat darinya..

Jika ketenangan yang dicari,
Allah akan terus menguji hati kita
Hingga satu masa
Kita akan rasai indahnya TAWAKKAL padaNya
Dan itulah nikmatnya ketenangan dalam jagaanNya

Tiada yang lebih membahagiakan
Selain dari memiliki Tuhan dalam jiwa…

Sedih..
T_T
1.27 am
7-c-9

Posted in |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    semua cerita-cerita ini benar ke?hehe..