Phad Thai [masakan Thai]
Posted On Friday, December 31, 2010 at at 11:02 PM by neemAssalamualaikum wbt
Hari ni tolong mak masak Phad Thai. Phad Thai kena masak untuk makan bersama family. Tak berbaloi kalau makan sorang2 sbb bahan-bahannya agak banyak. Tapi berbaloi makan ramai2 sebab sedap =))
Bahan-bahanya:
1. Bawang merah 9-10 ulas - dimayang
2. Tau-hu 2 keping besar - dipotong kecik2 panjang2
3. udang - buang kulit dan kepala. belah belakang utk keluarkan najisnya
4. lobak jeruk (tak thu bm panggil apa) - potong kecik2 juga
5. gula kabung/ gula melaka
6. udang kering
7. asam limau nipis
8. asam jawa
9. kacang yg hancur2 tu. hauhau
10. daun kucai
11. Touge
12. Sos tiram
13. kuey teaw phad thai (kat giant ada. kuey teaw tu lebih kurang macam kuey teaw besar biasa kat kedai tp kecik dan keras dan tak basah macam kuey teaw) - rendam air
14. Telur ayam 3 biji
15. Tau-chu
16. Nam-pla
Waah..
Cara-caranya:
1st Step:
- Tumis bawang merah sehingga naik bau
- Masukkan tou-hu dan lobak jeruk yang dipotong halus tadi
- Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam bekas lain
2nd Step:
- goreng udang bersama sos tiram sehingga masak
- angkat dan buh dalam bekas lain.
3rd step:
- cairkan gula kabung dan asam jawa.
- masukkan tau-chu dan nam-pla
4th step:
- goreng kuey teaw yg direndam tu.
- masukkan 3rd step - ikut rasa sendiri. akan rasa masam dan manis
- masukkan 1st step dan 2nd step
- goreng2~
- pastu masukkan kucai dan touge
- angkat
- tambah kacang yg hancur2 tu.
- kalau nak pedas buh cili kering bland
Suang Luang Rama 9
Posted On Saturday, December 11, 2010 at at 3:38 AM by neemAssalamualaikum wbt
Salam dari Bangkok buat semua. Apa khabar sahabat-sahabat ku? Harap semuanya sihat sejahtera disamping keluarga yang tersayang. Ya, aku dah sampai di Bangkok. Insya Allah akan bercuti selama sebulan. Ini kali terakhir aku cuti lama-lama di rumah (mengikut plan aku saja. Allah jua yang menentukannya) sebab nanti akan melangkah ke alam kerja dan seterus, Insya Allah.
Semalam aku bersama adik-adik, mak sudara, ayah saudara dan sepupu pergi jalan-jalan ke taman Suang Luang Rama 9. Tak jauh dari rumah ku. Masa sekolah rendah dulu, aku, adik dan papa akan ke taman tersebut lepas subuh untuk jogging sebelum pergi sekolah. Sini sekolah agak lewat. Pukul 8.30 pagi baru jam bunyi. Jadi adalah masa pergi jogging duu sebelum ke sekolah.
Kat sana ada pameran dan jualan sempena hari keputraan raja (betul ke ayat?). Tarikh lahir raja Thai adalah 5 hb December. Jadi biasanya bulan ni agak meriah. Yang best sebab ada bunga-bunga cantik. Tapi aku tak ambil gambar sangat maklumla malas dan rasa nak makan je =)
Maklumlah Thailand Muslim adalah minoriti. Tapi sekarang ramai lah sangat. Ke mana-mana mesti tengok orang pakai tudung, alhamdulillah. Yang paling seronok bila jalan-jalan nampak orang pakai tudung tapi tak kenal, kita saling bagi salam (berdoa) alahai.. Bahagianya hidup! Tak kenal, tapi kerana Allah swt dan Rasulullah saw kita saling mendoakan. Semoga Allah rahmati mereka semua. Tidak kurang juga dengan senyuman manis yang disedekahkan untuk saudara sesama Islam!
Itu saja. Aku akan duduk kat sini sampai mungkin 10hb Januari 2011. Wah, cepat betul masa berlalu. Siapa-siapa nak datang dipersilakan. Tapi tak boleh datang antara 22-30hb December sebab keluarga aku kat kelantan akan datang.
Semoga sahabat-sahabat sekalian diberkati dan gembira selalu. Sayangilah Islam, insya Allah hidup bahagia walaupun ada masalah! =))
Alah.. Kau tak sporting lah!
Posted On Tuesday, November 23, 2010 at at 3:56 AM by neemAssalamualaikum wbt
Perkara yang sia-sia telah jadi perkara biasa dalam hidup. Sehingga jika kita tak sokong, kita akan dicop sebagai orang "yang tak supporting."
Anda cuba membuat orang ketawa dengan cara menjadikan diri bodoh, atau buat-buat bodoh sehingga anda tidak fikir maruah anda sebagai seorang Muslim dan tetapkan diri anda dengan "Aku tak kisah. Asalkan aku bahagia, lantak lah orang nak kata apa dan aku memang cool!" - Mencari publisiti murahan, itu bukan Islam namanya. Gembirakah anda bila orang melempar kata-kata "bodohlah dia ni..." banyak kali? Sedar tidak sedar, kata-kata orang itu lah jadi doa sebenarnya.
Terlalu banyak benda yang kita boleh lakukan, untuk kebaikan diri dan masyarakat dan bukannya membodoh diri sendiri. Hanya mahu atau tidak, tepuk dada tanya iman.
Kurangkan perkara sia-sia dalam hidup kita. Penuhkan al-Quran, zikrullah dan ilmu dalam hati supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang bodoh.
Ingatlah, malu itu sebahagian dari iman. Kata Rasulullah saw, "Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang kamu suka." HR: Bukhari
Wallahualam.
Akhlak remaja
Posted On Friday, November 19, 2010 at at 5:15 AM by neemAssalamualaikum wbt
Apa khabar sahabat-sahabat? Harap semuanya sihat sentiasa, insya Allah. Dua-tiga hari lepas, aku tengok dua video yang berkaitan dengan remaja dalam masyarakat. Aku jadi risau, takut. Macam-macam aku fikir. Ini bukan tujuan untuk mengaibkan mereka. Tapi lihatlah sejauh mana keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi pada hari ini?
http://www.youtube.com/watch?v=109kzQPlNbI - Remaja Lempang Pengemis
http://www.youtube.com/watch?v=G_rNe7unYE8 - Romantika di Kuala Lumpur
Jemputlah tengok dan renung-renungkan
Aku risau sebab aku perempuan. Aku terfikir, macam mana aku nak bersedia menghadapi semua ini lebih-lebih lagi bila aku jadi seorang ibu. Sahabat aku, Syuk kata kita focus sahaja dengan keluarga masing-masing. Ya, itu salah satu caranya. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang keluarganya tak ambil kisah?
Kita selalu focus pada cara bagaimana menyelesaikan masalah, bukan menyekat masalah. Hari Selasa yang lepas, aku ada peluang cakap dengan ayah kawan. Kami berbincang mengenai keruntuhan akhlak dalam masyarakat hari ini, katanya mengikut kajian (tak pasti pula kajian mana) keruntuhan akhlak bermula dari pemakanan.
Banyak al-Quran dan Hadis yang berbincang tentang makanan halal dan haram. Antaranya ialah:
“Wahai sekalian manusia, Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” Surah Baqarah: 168
Akhir-akhir ini banyak berita-berita yang menggempar isu-isu makanan tidak halal. Banyak juga kedai-kedai dan hotel-hotel yang tak dapat halal dari JAKIM. Tapi sejauh mana kita mengambil langkah berhati-hati? Persoalannya, kita meletakkan "halal" itu pada tangga ke berapa? Pertama atau yang ke 389?
Makanan haram itu lah akan menjadi darah daging kita. Menurut ayat di atas "dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" ayat ini refers kepada makanan haram. Apabila kita mengikut jejak langkah syaitan, maka kita akan sedikit sebanyak jadi macam mereka. Nauzubillah!
Keruntuhan akhlak ini memberi kesan kepada ekonomi negara, ya! Setiap tahun, anda membayar cukai kepada kerajaan dan duit-duit tersebut sebahagian daripadanya dihabiskan kepada mereka-mereka dalam penjara, sekolah pemulihan, sekolah "khas berbadan dua" dan lain-lain.
Semoga anak-anak ini menjadi insan yang berguna kelak. Amin |
"Agama adalah nasihat" - Hadis riwayat Abu Hurairah
Seandainya kita mengikut Allah swt dan Rasulullah saw, insya Allah masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan. Pada pengalaman aku, ada kawan-kawan yang bermasalah seandainya mereka tidak kembali pada Allah dan Rasulullah (Bertenang mengikut cara Islam, sabar dan redha) mereka pasti menyakitkan diri sendiri dengan cara macam-macam. Contohnya, menoreh lengan, mengambil pil stress dan cuba membunuh diri. Sedangkan Allah swt dan Rasulullah saw sangat tekankan konsep redha pada kita.
Itu saja pada malam ini. Doakan kita semua dapat bersedia menjadi khalifah yang baik dan dapat membantu orang lain sedikit sebanyak.
P/S: Seandainya ada program-program tentang remaja dan perlukan pertolongan boleh minta tolong dengan aku, insya Allah aku akan sudi tolong kerana Allah.
Wallahualam
| Sampah |
Posted On Saturday, November 13, 2010 at at 3:45 AM by neemAssalamualaikum wbt
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mengadap laptop dan menulis blog pada hari ini. Apa khbar sahabat-sahabat? Semoga sihat badan, sihat iman. Insya Allah.
Satu masalah yang kita pandang ringan, iaitu sampah. Hari ini aku bersama kawan-kawan dan lecturers mengadakan program di Bagan Lalang, Sepang. Kami membersih pantai dan merapatkan silaturahim dengan orang kampung.
Teringat seorang sahabat aku katanya, "Akak tengok ada seorang lelaki. Baik hati, sopan dan rajin. Tapi tengok dia buang sampah tepi jalan, failed!"
Hmm. Rata-rata, kita selalu fikir "Alaahh, sampah satu je. Apa sangat lah!" Alangkah malang, sekiranya 10,000 orang fikir macam tu dan turut sumbangkan sampah-sampah seorang satu secara "langsungnya" sampah dari satu akan jadi 10,000. Astagfirullah!
Mari kita beristifar dan renung, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim. Hidup kita ni dah berapa banyak sampah kita buang merata-rata? Satu, dua, tiga atau.....? Berapakah? Bukan ke kita pernah berjanji dengan Allah SWT akan jadi khalifah yang baik? Akan jaga bumi Allah ini dengan sebaik-baik iman. Tapi kita khianati janji itu dengan begitu saja? Berapa kalikah kita buat orang-orang yang bersihkan jalan-jalan mengeluh? Kalau kita bersihkan suatu tempat dan ada orang datang mengotorinya sesuka hati, pasti kita akan kata "Aku dah kemas, dah sapu. Sesuka hati dia je datang buang!" Begitu juga dengan mereka, pasti mereka akan mengeluh dan bersedih.
Sebahagian dari sampah | rokok. Nanti kita masuk bahagian kebaikan rokok!
Aku rasa masyarakat kita mungkin gagal mencapai cita-cita kerajaan untuk menjadi sebuah negara membangun selagi masyarakat masih tidak mampu membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kadang-kadang aku tak suka keluar dari rumah. Sebab sampah terlalu banyak, terlalu kotor dan menjijikan. Di tempat aku ada papan tanda, "Jangan buang sampah. Jika tidak, akan didenda." - ayat lebih kurang macam tu lah. Tapi sedih sebab bawah tu juga sampah di buang. Hmm.. Inikah masyarakat bertamadun? Atau kita sudah kembali ke zaman jahiliah moden?
Renung-renungkan. Tak susah kalau kita buang sampah pada tempatnya. Ingatlah, kebersihan itu sebahagian dari iman kita jua. Wallahualam. Wassalam
Sedekah
Posted On Sunday, November 7, 2010 at at 2:06 AM by neemAssalamualaikum wbt
Apa khabar, sahabat-sahabat? Harap semuanya sihat sejahtera serta dalam rahmatNya. Hari ini rasa nak tulis tentang benda yang dekat dengan kita. Benda yang kecil tapi memberi kesan yang besar dalam hidup kita, terutamanya sebagai seorang Muslim.
Aku ada study subject Islam and Management. Bab tauhid dan beberapa konsep yang diperlukan untuk proses mencapai kejayaan terutama dalam sesebuah syarikat. Satu perkara yang sentiasa ditekankan dalam bab tauhid ialah "Benefit for self and society". Tidak dinafikan, perkara ini bukan penting untuk sesebuah syarikat sahaja tetapi juga masyarakat hari ini.
Islam lebih menekankan konsep Collectivism daripada Individualism, kerana kita hidup bermasyarakat dan bersaudara. Aku akan tekankan bab sedekah dalam posting kali ini.
Sedekah. Aku teringat beberapa pengalaman tentang bab ini. Ketika jadi sukarelawan kutip derma Pakistan, ada orang yang bagi dengan rela hati, ada pula yang tak bagi katanya tak ada duit. Ada pula kata buat apa nak tolong, orang-orang Pakistan jahat! Tapi abaikan saja, teringat kata-kata Ummi, sedekahlah. Duit yang dia dapat nak buat apa tu, itu hal dia dengan Allah. Tanggungjawab kita ialah sedekah.
Papa aku seorang yang banyak kerja tentang kebajikan. Boleh dikatakan 90% hidup beliau banyak membantu orang. Duit banyak dihabiskan untuk membantu orang sampai kadang-kadang duit sendiri tak ada. Keluarga aku biasa-biasa, tak kaya tapi sederhana. Percaya atau tidak, sedekah (dengan cara apa jua. Bukan duit sahaja, membantu orang, mendamaikan di antara dua orang juga sedekah dan lain-lain) akan dibalas dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT. Antara sedar atau tidak, anda sendiri perlu setiasa fikirkan.
Sultan Saudi Arabia ketika itu memjemput tetamu-tetamu dari beberapa negara untuk menjadi tetamu haji. Ketika itu Papa terpilih menjadi salah seorang tetamu Allah swt. Kami sekeluarga sebak, gembira dengan rezeki yang Allah swt bagi. Bukan setakat itu, ramai sanak saudara yang bantu Papa yang akan berangkat ke sana. Ramai yang hulur sedikit wang untuk dibelanjakan di sana (Maklum lah keluarga aku tak kaya..) sehingga jumlah wang yang sangat banyak diperoleh beliau. Tapi jadi tetamu negara yang kaya dengan minyak itu, hampir tidak perlu keluarkan duit langsung. Semuanya free. Duit-duit tu sebahagian digunakan untuk bayar hutang, untuk anak-anak isteri yang ditinggalkan dan untuk buah tangan buat semua sanak-saudara. Sehingga 70 kg barang-barang yang beliau beli dan beliau akan pastikan semua orang dapat barang tersebut. Alahai ayah ku.. Terlalu rindu pada mu T_T
Tapi membantu orang, pelbagai cabaran akan kita hadapi. Ada-ada saja orang yang tak puas hati, maklumlah manusia ada sifat mazmumah. Jadi kena bersabar..
Seorang lecturer aku (En. Maizudin), selalu pesan, banyak lah membantu orang. Allah akan bantu kita. Ramai orang yang terlibat dalam kemalangan, masalah-masalah besar dan sebagainya. Tetapi, insya Allah dengan membantu orang Allah swt akan permudahkan kita untuk selesaikan segala masalah dan elak daripada ancaman. Aku perasan, dengan cuba menjejak langkah Papa hidup aku lebih gembira. Tak pernah tak dapat makan. Ada-ada saja rezeki yang Allah berikan. Aku dapat sahabat-sahabat yang baik, lecturers yang banyak memahami, seorang lelaki yang sangat baik hati dan keluarga yang menyayangi aku.
Cukup dah hidup aku dengan segala benda ini. Hiduplah bermasyarakat, jangan hidup seorang. Sayangilah saudara seagama kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri.
Semoga diberkati sentiasa. Wallahualam.
P/S: Gambar Ubai tu mungkin boleh kait dengan "senyum itu sedekah!". Miss you, my boy!
Berjaya. Alhamdulillah
Posted On Wednesday, October 13, 2010 at at 7:42 AM by neemAssalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dua program berjaya dilaksanakan semalam. Program Penyerahan Dana Pakistan dan Kempen Derma Darah. Pada mulanya aku target dapatkan dana sebanyak RM2500. Tapi alhamdulillah, kami berjaya dapatkan RM4015. Terima kasih kepada team aku yang banyak tolong.
Program Kempen Derma Darah pula, pada awalnya macam tak dapat sambutan. Aku semacam give up sebab tak ada respond dari student. Tapi bila sampai masanya semalam, tak putus-putus orang yang bersemangat datang dan derma sehingga mencapai 97 orang yang derma darah dalam masa 4 jam sahaja. Pada kali ini aku tak sempat derma, doktor tak bagi sebab aku dan team run program. Apa-apa pun, syukur kepada Allah SWT kerana izinNYA program kami berjaya dengan jayanya. Alhamdulillah..
Segala susah payah, segala cabaran dan kata-kata orang yang memberi semangat dan tidak kurang dengan yang melemahkan semangat kepada kami akan jadi satu pengajaran buat kami dan mengajar kami untuk lebih bersyukur. Insya Allah. Terima kasih atas doa sahabat-sahabat.
Kutipan Dana Pakistan
Posted On Saturday, September 25, 2010 at at 5:54 AM by neemAssalamualaikum wbt.
Salam sejahtera ke atas kalian, salam bahagia dan salam ceria. Semoga kita semua bertambah iman dan bertenang sentiasa.
Insya Allah, pada minggu hadapan 16hb Sept - 12 Oct 2010 di UNIRAZAK, LCS aku bersama beberapa orang sahabat di bawah Global Pace Mission (GPM) dan Persatuan Mahasiswa Islam UNIRAZAK (PERMAI) akan mengadakan Minggu Kutipan Dana Pakistan.
Seriously, bermula dari hari raya aidilfitri aku tak berapa gembira. Memandangkan ramai sangat yang lebih malang dari kita. Apalah nasib saudara-saudara seagama ku di Pakistan, di Palestin, di Myanmar dan lain-lain. Sedangkan kita di sini bahagia, ada banyak makanan untuk dimakan (dan juga dibuang).
Aku juga terima banyak berita kematian di mana sahabat masa sekolah dulu telah di panggil Allah dalam usia muda. Semoga beliau berada dalam golongan orang-orang yang beriman.
Hari ini, kami dipanggil untuk membantu mereka yang malang itu setakat yang mampu. Mana tahu suatu hari nanti kita akan senasib dengan mereka? Jika bukan kita yang bantu mereka, siapa lagi? Alhamdulillah, setakat ini aku lihat ramai yang menyokong perjuangan kami. Ada juga yang jauh dengan aku tapi turut bagi sumbangan dengan cara bank in. Kalau ada kepercayaan terhadap aku, bank in lah. Aku tidak akan khianati amanah itu.
Bukankah kita dilahirkan untuk saling bantu membantu? Doakanlah kami. Semoga Allah SWT menerima ibadat ini. Wassalam
Betul ke?
Posted On Tuesday, August 10, 2010 at at 4:40 AM by neemAssalamualaikum wbt
Apa khabar semua? Harap sihat sentiasa dan dirahmati Allah selalu. Ramai juga desak aku supaya update blog, insya Allah akan rajin-rajinkan diri untuk penuhi blog kesayangan ini.
Semoga apa yang aku akan sampaikan ini memberi sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dan renungan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Pejam celik, pejam celik aku dah jadi final year student! Dalam masa setahun lagi, insya Allah jika diizinkan Tuhan, aku akan tamat pengjian aku tak lama lagi. Aku fikir-fikir balik, nak sambung Master dalam bidang yang aku minat. Aku lebih kepada social dan motivasi. Mungkin aku akan sambung dalam bidang dakwah atau kaunseling, kalau ada cadangan sahabat-sahabat sudilah bagi cadangan kat aku. Niat pertama aku untuk ceburi bidang ini juga adalah untuk jaga suasana pekerjaan dalam bidang yang lebih soleh. Bukan kerja lain tak boleh mempunyai situasi sedemikian, tetapi untuk memudahkan masa depan aku sebagai seorang perempuan, lebih elok aku elakkan suasana pekerjaan yang agak gaul dengan lelaki sangat.
Ibu aku bekerja dari rumah kerana tidak diizinkan suaminya. Pada zaman ini mungkin orang pandang serong terhadap kaum wanita yang menjadi suri rumah. Ketahuilah sahabat-sahabat ku, suri rumah bukan hanya makan dan tidur sahaja. Sebaliknya suri rumah kerjanya sangatlah banyak atau lebih banyak daripada mereka-mereka di pejabat tanpa kaji. Tanggungjawab seorang wanita itu sepatutnya di dalam rumah. Bertanggungjawab pada suami dan anak-anaknya.
Bukan tak boleh kerja di luar rumah. Tapi sebaik-baiknya seorang wanita itu perlu banyak menghabiskan masa di rumah. Pernah aku fikir, aku tak nak bekerja nanti, nak tumpu pada keluarga saja. Tapi apa gunanya bila half of my life dihabiskan untuk belajar. Sedikit sebanyak aku ingin bantu masyarakat selain keluarga ku sendiri nanti, insya Allah.
Betul ke apa yang aku fikirkan ni, sahabat-sahabat? Kongsi lah ilmu dengan aku.. Sungguh aku ingin mencontohi Imam Hanbali, dimana beliau selalu merendahkan diri walaupun beribu-ribu hadis yang beliau hafal.
Selama menyambut Ramadan Al-Mubarak. Selamat berpesta. Semoga bergembira sentiasa. Insya Allah, aku akan upload sedikit masakan Thai yang boleh dijadikan juada berbuka puasa. Selamat berpuasa. Barakallahufik. Salam.
Maaf
Posted On Monday, June 14, 2010 at at 9:13 AM by neemAssalamualaikum wbt..
Apa khabar, sahabat-sahabat? Maaf sebab dah sangat-sangat lama tak update blog. Mungkin aku tak akan update blog ini dan juga blog Thai-Hijjab buat seketika. Doa aku sentiasa untuk kalian semua. Doakan aku jua di sini. Apa-apa pun, kalian boleh cari aku di FB: Tasneem Sayorwan. Semoga dirahmati Allah. Wassalam.
Kot mana-mana pun dorang akan buat?
Posted On Tuesday, April 27, 2010 at at 10:06 PM by neemAssalamualaikum wbt, sahabat sekalian!
Apa khabar kalian? Sudah lama aku tak update blog ini. Mungkin sebab adanya facebook kot aku jadi bias seketika, terlupa pula pada blog aku yang hensem ini.
Ya, ada cerita sebenarnya memyebabkan aku rasa perlu tulis sesuatu. Cerita ni berdasarkan statement seseorang yang aku kurang sokong.
Dia seorang yang menolong sesiapa yang ingin buang bayi. Mencegah bayi-bayi ini dibiarkan mati. Membantu mereka yang telah terlanjur untuk bertanggungjawab. Memujuk mereka dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Dia bagus kan? Ya, sangat bagus. Aku kagum dengan usahanya.
Yang paling best sebab dia buat perkara baik.
Apa yang aku nak tulis ni semua berdasarkan pemerhatian dan pandangan dari ilmu yang cetek ini. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Jika ada silap, hanya aku lah yang bertanggungjawab ke atas segala kata-kata aku.
Apa yang anda faham dengan maksud "amar makruf nahi mungkar"? Apa yang aku faham masa belajar tingkatan 5 tiga tahun yang lepas ialah menyeru untuk membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.
Apabila aku dengan status aku sebagai seorang Muslim dengan menyeru (itu saja yang mampu aku buat ketika itu) untuk mereka serta diri sendiri jauhi zina. Hanya dengan cara itu saja yang mampu menggurangkan jumlah pembuangan bayi. Anda setuju dengan apa yang aku cakap?
"Kalau dah seru, dah nasihat pun mereka masih buat juga. Kot mana-mana pun dorang akan buat juga, itu bukan salah kita kan? Anda mungkin terlepas pandang page ini untuk membela nasib bayi-bayi yang dibuang saja, bukan untuk mencegah maksiat. Ingatlah bahawa syaitan telah bersumpah akan sesatkan anak-anak adam sampai kiamat. Saya tak begitu sempurna untuk dakwah kepada orang"
Ya, aku juga tak sempurna. Tiada siapa yang sempurna melainkan Rasulullah saw.
Aku nak bagi satu analogi di sini, bagaimana air dituang ke dalam mangkuk atau glass. Lama kelamaan, air tu akan tumpah juga. Tapi jika air tu tak dituang lagi atau dituang berpada-pada, maka air tu mungkin akan tumpah sedikit saja atau tak tumpah langsung.
Tidak semua malah hanya bilangan kecil saja yang menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Ibu bapa mana yang tak sedih, tak malu jika anak mereka mengandung di luar nikah dan buang anak itu? Berapa ramai yang boleh terima perkara seperti ini? Jika ada yang boleh terima, alhamdulillah. Yang tak boleh terima?
Persoalannya, perlu atau tidak untuk kisah lemah dan tunggu untuk disesatkan oleh syaitan? Kenapa perlu tunggu sampai mereka berzina, mengandung, baru bertindak? Kenapa tidak dari awal. Padahal, Allah swt dah mengariskan macam-macam cara yang perlu kita itu. Kalau tak ikut, ini lah akan jadinya. Ada pihak di mana menghukum agama hanya dengan syurga dan neraka saja.
Hmm.. Percayalah, Islam begitu sempurna sahabat. Pandanglah Islam dengan mata hati anda, bukan dengan mata kasar. Saya juga cuba buat begitu.
Moga dirahmati Allah.
Doakan aku final exam.