bau badan

andaikan anda mempunyai kawan yang bau badan sangat kuat, macam mana nak bagitahu dia agar dia tak terasa hati?


saya ada kawan. dua beradik. bukan orang malaysian, tapi pakistan. mungkin faktor yang menyebabkan bau badan mereka sangat kuat ialah jenis makanan. kalau dia orang lalu kat belakang saya, tanpa saya paling arah mereka saya tetap tahu siapa mereka.


saya tengah menahan nafas.. sebab terlalu kuat body order orang tepi saya. tapi dia bukan kawan saya lah. tak tahu siapa. lelaki yang mungkin international student. mungkin?


lecturer saya pernah bincangkan hal ini. dengan nada gurau katanya, beli deodorent untuk dorang. tak pun bagi je discount 50% ke..ahakkss..


jaga lah bau badan anda. sebab seingat saya, Rasulullah saw sangat tekankan hal bau badan ini. lebih-lebih lagi jika solat berjemaah..
kalau ada silap, tolong betulkan!

Posted in | 11 comments

HaiyoOO

saya tengah pening
nak pergi lompat-lompat
siapa nak join?
let's jom!!

Posted in | 3 comments

Salam Hormat



Dari adik Alyaa:

Akak, mama baca blog akak hari tu. Pasal akak pengsan. Dia bebel sebab akak pengsan. Katanya akak duduk jauh

dari family!

Hehehe. Malunya akak.. Akak dah ok, Alhamdulillah. Tak ada apa.. Hari tu tak cukup rest. Rushing nak masuk kelas.

Dari abang amin, chef unitar:

Neem, ayah abang baca blog neem pasal tag. Sampai tergelak-gelak “hehehe.”

Haiyoo… malu lagi. Pipi ku menjadi lenguh tiba-tiba. Sebab tersenyum. Blog buruk macam saya pun ada orang-orang peringkat mak, ayah yang baca. Alhamdulillah.

Terima kasih makcik, terima kasih pakcik! Moga Allah memberkati anda dan keluarga. Moga mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Moga dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman!

Saya tak tahu ada lagi ke tak orang-orang yang banyak pengalaman menjenguk-jenguk blog saya ini.

Blog ini sebenarnya tak sesuai dan tak layak untuk makcik dan pakcik baca. Ia hanya sebuah diary hidup saya.


Mengarut saja.. hanya sebuah blog yang memuatkan isi hati sedih dan gembira saya.

Namun saya gembira, sekiranya blog ini mampu membuat makcik dan pakcik tersenyum. Andaikan tersilap dalam kata-kata saya, makcik dan pakcik tolong lah tegur. Anda sebagai seorang guru dan juga bekas penerbit surat khabar… Banyak pengalaman. Sila lah tegur-tegur anak mu ini jika terselit mana-mana kesilapan. Ya, manusia itu banyak kelemahan.

Mohon maaf terhadap segala kekurangan. Yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah

Kepada mama Alyaa, mungkin ada masa kita berjumpa lagi. Doakan saya di sini!

Kepada ayah abang amin, nanti kalau balik Bangkok pula, akan kirimkan daging kambing goreng khas dari sana lagi, insya Allah!

Sampaikan salam saya kepada keluarga!

Salam hormat

- Tasneem Sayorwan bt. Faisol.

Posted in | 0 comments

Al-Fatihah

Starting dengan call dari mama, awal bulan.

P’neem, bagitahu umi mak cik mah Phuket dah meninggal dunia. Innalillah…

Beliau tuk saudara saya..

Call umi..umi kata

Umi baru nak pergi cari dia. Nak ziarah. Tak sempat.


****************************************************************************************************************

Dalam minggu lepas pula, call rumah.

Nureen jawap telefon

“P’neem, mama, papa mai yu nah. Pai Chonburi. Na heen sia lew mea wan ru mai..?”

(meaning: p’neem, mama, papa tak ada kat rumah. Pergi Chonburi. Na heen dah meninggal semalam tau tak..?”)

Innalillah…

Ye..sememangnya saya tak tahu. Tak ada orang bagitahu pun.

Lepas tu call papa..

Pa, na heen meninggal dah? Kenapa?

Siapa bagitahu…?

Nureen.

Hai.. nureen ni tak pandai langsung nak simpan rahsia. Papa tengok kamu tengah ada test. Sebab tu tak bagi tahu.

Sebak je suara papa. Tapi saya buat tak tahu je.

Ok.. tak apa, sakit apa?

Sakit dada.

Na heen adik bongsu papa saya. Tak terasa kehilangan sangat. Sebab dah lama tak jumpa dan langsung tak rapat.

Rasanya akhir sekali masa darjah 4 atau 5.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa na Heen..

****************************************************************************************************************

Semalam
Call dari abg chef unitar

Neem, 2-3 hari ni abang kena balik kampung. Tuk abang meninggal secara mengejut. Dia lah satu-satunya nenek
abang yang tinggal.

Innalillah… takziah ye.

Sebenarnya ada plan. Nak jumpa seorang kakak hari ni. Tapi rasanya dah terbatal..

****************************************************************************************************************

Petang semalam

Buka blog bro knie

Cerita tentang seorang yang meninggal dunia juga dalam latest postnya..


****************************************************************************************************************

Al-fatihah kat semua yang telah meninggal dunia..

Semua arwah tuk2, nenek2..

kepada saudara-saudara kita yang syahid di Palestin.

Kepada umat islam seluruh dunia..

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Yang telang meninggal dunia mahupun yang masih hidup!


Astagfirullah!!!


Posted in | 2 comments

tak tahu nak buh tajuk apa..

Saya tengah berusaha untuk mengkhatam buku nih. Heh. Nipis je padahal. Tak habis-habis lagi baca. Agak-agaknya betul ke kalau saya baca muka suratnya makin bertambah? Hehe. Tak kot. Khayalan je.

Tertarik dengan muka Ahmadinejad dan tajuknya “Singa Baru Dunia Islam.” Saya tak berapa faham sangat tentang sejarah Negara Iran ini. Saya mungkin tak dapat hurai balik tentang sejara-sejarah yang terkandung dalam buku ni. Cuma tertarik dengan cara-cara beliau, penampilan beliau yang berjiwa rakyat itu.

Seorang yang mempunyai kelulusan kedoktoran dalam bidang Teknik dan Pengurusan Pengangkutan Kota. Bergelar Presiden Negara Iran, pemimpin Negara Islam yang mempunyai rumah yang sederhana dengan sedikit perabot dan mempunyai permaidani yang hanya dibuat dengan mesin yang jauh lebih murah berbanding buatan tangan yang biasa dimiliki oleh golongan ekonomi kelas menengah atas. Rumahnya terletak di satu lorong mati di Bandar Tehran

Ketika beliau dilantik menjadi Datuk Bandar, rumah yang diberikan kepada Datuk Bandar Tehran itu dijadikan sebagai muzium awam dan memilih untuk tinggal di rumahnya sendiri. Sebagian besar gajinya dihabiskan untuk rakyat. Untungnya sekiranya pemimpin-pemimpin Islam semuanya mempunyai sifat-sifat seperti beliau.

Kalau perasan, beliau hanya pakai baju yang tidak berjenama. Simple dengan kasut, stoking, seluar panjang, baju berkolar dan jas buruk dan tidak pakai tali leher. Saya teringat satu kata beliau tentang wanita-wanita iran yang pakai tudung, apa yang perlu adalah apa yang ingin dilakukan bukan apa yang dipakai. Yeah! Betul! Islam itu flexible. Tak semestinya kena buka aurat baru berjaya.

Tak kira Thailand ke Malaysia, saya sudah bosan terhadap politik-politiknya. Saman situ..saman sini. Pak cik tu tuduh pak cik nih. Mak cik tu tuduh mak cik nih.. islam tak akan bersatu sekiranya dunia politik masih lagi seperti sekarang. Mama saya pesan awal-awal, jangan gatal-gatal nak terlibat dalam politik, kalau tak.. tak payah anggap dia mak saya lagi! Huh..warning yang sangat menakutkan.

Saya berdoa.. moga suami saya pada masa akan datang tak terlibat dalam politik sekarang ni. Sebab saya tak tahu sejauh mana saya kuat dan mampu mendorongnya dalam cabaran dunia politk. Lagi-lagi saya pernah merasa tempias fitnah politik dalam keluarga sendiri. Itu lah, kenangan pahit yang sampai bila-bila saya tak akan lupakan!

Jika dahulu, orang berpolitik ingin membela nasib agama dan bangsa. Sekarang, agama dan bangsa hanya dijadikan sebagai alasan sahaja. Teringat cerita umi, ketika arwah tuk ayah jadi wakil rakyat, hidupnya bukan senang seperti wakil-wakil rakyat sekarang (oh ya..tak semua yang hidup senang. Siapa terasa, terpulang!) duit-duitnya dihabiskan kepada rakyat-rakyat. Umi dan adik-beradiknya sendiri hidup susah. Sampai kadang-kadang tak cukup makan. Kehidupan orang-orang kampung dahulu tidak senang seperti sekarang. Dulu dalam 20-30 buah rumah, hanya satu rumah yang mempunyai TV, telefon. Rumah wakil rakyat lah menjadi harapan orang-orang kampung ketika itu.

Fikir-fikirkanlah! Dan bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang. Sekarang hampir semua rumah mempunyai TV dan begitu juga dengan telefon. Bukan ada satu je, 2-3 buah kadang-kadang. Betul tak? Kata upin dan ipin, betul! Betul! Betul!

=)

P/S: ada masa kita kumpul ramai-ramai yang blogging nih, pergi tengok cita upin dan ipin. Yang paling tua kena belanja adik-adik ya! To bro knie, kena belanja neem dengan ain! Hehe.

comel tak meja saya?

^_^

Posted in | 4 comments

Pernikahan Online Pertama di Arab Saudi

"JEDDAH - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah.

Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.



Hukumnya Boleh dan Pernikahannya Sah

Sementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertamakalinya mengelola acara pernikahan semacam ini.
"Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik," katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan "mode baru" ini adalah boleh dan sah.

"Pernikahan seperti demikian hukumnya sah," jelasnya.


SUMBER DARI EMEL....

P/S: Tak lama lagi pasti ada yg wat mcm nie kat Msia...huhuhu

Posted in | 8 comments

vission and mission

visi: impian
misi: tugasan

tu meaning ringkas.

vision saya? Herm.. Terlalu banyak! biasa lah, saya berhak untuk berimpian..

biarlah rahsia je visi saya tu. hehe

saja nak kongsi. Duk tengok-tengok botol air lipton. Setiap product dan company juga punyai
vision dan mission yang berbeza untuk menentukan apa jenis perniagaan, siapa yang pelanggannya,
nilai customer, dan sebagainya. Mungkin kita tak pernah ambil tahu tentang hal ni.
Tak penting pun (buat masa sekarang), just general knowledge saja.

Yeah!

Here is the list of some mission statement;

Lipton: Liptons combines premium quality green tea leaves with the latest processing technology,
to bring you this healthy and refreshing Grean Tea beverage.

Samsung: we will devote our people & technology to create superior products and services, thereby
contributing to the better global society.

Proton: We are a passionate group of people working together, creating exhilarating products and services for global markets, synonym with great styling, innovation and leading technology.

Giant: Everyday Low Prices, Big Variety and Great Value

Tag Heuer: A partnership tp benefit environmental charities

airasia: everyone can fly

apa lagi ek...?


Posted in | 5 comments

Tagged

Saya kena tagged oleh sahabat baru, meor ikhwan. Maaf lah sebab lambat reply.

Berikut hanya sekadar menjawap soalan dan tiada kena mengena dengan yang sudah meninggal dunia mahupun masih hidup lagi. Hohoh..


Use the first letter of your name to answer each of the following questions:

1. What is your name : tasneem sayorwan bt faisol.
2. A four letter words : tata (cute je bunyi)
3. A boy's name : thammarash ~ he's a thai student in my college. baru sekali jumpa.
4. A girl's name : tasneem (buh nama sendiri lah)
5. An occupation : tukang masak. hehe
6. A color : tara ada kot warna start dgn huruf T?
7. Something you'll wear : t-shirt
8. Something found in school: table, sir!
9. A food : tomyam. haha. bosannya.
10. Something found in the bathroom : toothbursh
11. A place : Thailand? hahah..
12. A reason for being late : tertidoq
13. Something you'd shout : terbangnya seekor lipas.. (betul ke ayat saya?)
14. A movie title : tak minat!
15. A musical group : The Pussycat Dolls. arr. gediknya
16. A street name : Tun abdul Rahman.
17. A type of car : tiara? boleh la..
18. The title of a song : Taman firduasi

Herm.. jarang sangat nak main tag-tag neh.. tapi tak apa. Saya berikan tugas ni kepada sahabat-sahabat yang lain. Jawap jangan tak jawap

1. Ain Rasa Sayang.
2. Hanri
3. Nab (ko wajib jawap walaupun lambat)
4. Bro Knie
5. Kak as
6. rahman
7. kak izzati

Posted in | 8 comments

-pening-

Tugasan baru. Jadi SU untuk program maulidul rasul.

Proposal perlu disiapkan dalam masa seminggu lebih saja.

program ni datang secara mengejut. Ketika semua orang tengah menghadapi peperiksaan.

tadi baru lepas meeting selama dua jam.. Pening kepala.

Lusa ada test Financial Reporting yang sangat susah.

huh..

Sabahat-sahabat doakan saya.

agar hati tenang.

muka selalu senyum

kata seorang sahabat saya; Allah tak akan turunkan masalah kepada hambaNYA. Tapi DIA turunkan ujian.

moga hati tenang.

yeah..saya masih mampu untuk senyum. Masak-masak sambil menyanyikan lagu.. Tapi dalam kepala banyak pikir.

tutup je mata... nampak 3 benda. tugasan SU + FR + Accounting Information System..

subject killer saya..

Got to go...

sangat lapar...

Ws.

Posted in | 3 comments

-aku-


Haa... Blog ni dah macam album gambar!

Orang tanya saya, Weh neem... kau tak nak pakai tudung labuh ke?
jawap saya - tak nak.

Neem... kau tak nak pakai purdah?
jawap saya - tak nak.

ye, mungkin saya pernah fikir nak pakai. Ada keinginan nak pakai. Tapi saya pegang konsep, sesuaikan diri dengan keadaan bukan tunggu keadaan sesuaikan diri dengan kita. Saya dikeliling oleh sahabat yang pelbagai jenis. Jadinya saya kena pandai-pandai sesuaikan diri. Doakan perjalanan saya dipermudahkan. Mampu mempelajari Islam dalam apa-apa jua keadaan!



Sharar

Chola
Wenda

yeah.. Kami!

saya dan shai yang melayu sahaja~


Posted in | 6 comments

Azlan!


Ain dah wish kat Lan, neem tak lagi..

Yeah.. ni lah sahabat yang kami sayang!

Semoga Lan berjaya nanti, kita sama-sama berjaya!

Kat Australia nanti jangan pula tak contact kami budak-budak comel di sini ya! hehe..

Minta maaf juga kat Lan..Sebab lately ni tak layan missed call lan. Huhu..busy (konon juga) sikit..

Ada jodoh kita ber-3 boleh jumpa lagi!

sayang ain, sayang lan~

Posted in | 2 comments

Happy Birthday~


Happy birthday to adik2 ku..

Furqan - yg ke 12

Inee - yg ke 18

Wah..kakak kamu dah nak masuk 20 tahun ni.

Apa-apa pun, bersyukur lah kerana masih diberikan nafas oleh Allah untuk terus hidup. Jadi anak yang soleh dan solehah. Jangan sekali-kali tinggalkan solat. Taat pada perintah Allah dan RasulNya.. Taat jua pada mama dan papa. Jaga mereka sebaik mungkin selagi ada peluang. ^_^

Jangan jadi macam kakak kamu.. Bila dah duk jauh, fikirkan nak jaga mama, papa. Bila duk dekat tak pula. Mungkin tak ada peluang? Mungkin juga masa ada peluang tu terlalu kecil untuk memahami perkara-perkara sedemikian..

To Inee, kalau nak faham sangat apa yang p'neem tulis ni, pandai-pandai lah buka kamus malay-thai. hehe

kejam tak?


love both of you!

-p'neem-


Posted in | 0 comments

Adik baru


Alhamdulillah..

Saya dapat adik baru, anak ayah saudara saya.


dah umur 20 tahun ni, saya dapat adik baru..Alhamdulillah!


Alhamdulillah.... T_T terharu..

Wan Nurdamia bt. Wan Ali

Doakannya. Moga jadi hambaNYA yang solehah. Taat pada mak, ayah. Amin!

akak sayang kamu!

Posted in | 9 comments

Tomyam Putih


Hari ini saya masak Tomyam Putih. Alhamdulillah. Berjaya juga. Siapa kata masak tu susah? ^_^

Nak kongsi bahan-bahannya nie.. Seronok boleh masak. Kalau grade nanti, tak pandai masak lagi.. Jawapnya tak payah kahwin. Kui3~

Bahan-bahannya ialah:

- Serai

- Lengkuas

- Bawang besar

- Tomato

- Garam

- Ayam/ udang/ cendawan

- Daun limau purut

- Asam limau nipis

- Kicap sotong (bahasa thai: nam-pla)

- Cili padi

Cara-caranya:

  1. Masakkan air sehingga mendidih dan masukkan serai dan lengkuas yang sudah ditumbuk.
  2. masukkan bawang besar yang dibelah dua dan tomato potong empat.
  3. Diikuti dengan garam secukup rasa.
  4. Tunggu air mendidih sekali lagi.
  5. Masukkan ayam/ udang/ cendawan.
  6. Cili padi secukup rasa. Tutup api bila air mendidih buat kali ke-3. Jangan bagi air mendidih terlalu lama.
  7. Tambah nam-pla dan asam limau nipis secukup rasa.
  8. masukkan daun limau purut untuk menambahkan bau-bauan.
  9. yeah…dah siap.

Ohoh..Entah sahabat-sahabat faham ke tak apa yang saya tulis ni. Macam campakkan semua bahan-bahan tu je pastu jadi tomyam. Huh. Kalau nak yang rasa lain, try masukkan susu cair. Tomyam yang sedap kena pedas, masam dan masin. Masin tu kena masin kicap sotong. Bukan masin garam

Kicap sotong ada je kat supermarket. Saya punya tu cari kat Giant je. Hee..

Apa-apa persoalan, boleh contact saya direct ya. Siapa dah try masak, jangan lupa habaq mai..

P:s/ ni tomyam putih. Jangan pula masukkan paste tomyam. Gambar tu…time dah nak habis makan.

Selamat Mencuba~

Posted in | 16 comments