tak tahu nak buh tajuk apa..

Saya tengah berusaha untuk mengkhatam buku nih. Heh. Nipis je padahal. Tak habis-habis lagi baca. Agak-agaknya betul ke kalau saya baca muka suratnya makin bertambah? Hehe. Tak kot. Khayalan je.

Tertarik dengan muka Ahmadinejad dan tajuknya “Singa Baru Dunia Islam.” Saya tak berapa faham sangat tentang sejarah Negara Iran ini. Saya mungkin tak dapat hurai balik tentang sejara-sejarah yang terkandung dalam buku ni. Cuma tertarik dengan cara-cara beliau, penampilan beliau yang berjiwa rakyat itu.

Seorang yang mempunyai kelulusan kedoktoran dalam bidang Teknik dan Pengurusan Pengangkutan Kota. Bergelar Presiden Negara Iran, pemimpin Negara Islam yang mempunyai rumah yang sederhana dengan sedikit perabot dan mempunyai permaidani yang hanya dibuat dengan mesin yang jauh lebih murah berbanding buatan tangan yang biasa dimiliki oleh golongan ekonomi kelas menengah atas. Rumahnya terletak di satu lorong mati di Bandar Tehran

Ketika beliau dilantik menjadi Datuk Bandar, rumah yang diberikan kepada Datuk Bandar Tehran itu dijadikan sebagai muzium awam dan memilih untuk tinggal di rumahnya sendiri. Sebagian besar gajinya dihabiskan untuk rakyat. Untungnya sekiranya pemimpin-pemimpin Islam semuanya mempunyai sifat-sifat seperti beliau.

Kalau perasan, beliau hanya pakai baju yang tidak berjenama. Simple dengan kasut, stoking, seluar panjang, baju berkolar dan jas buruk dan tidak pakai tali leher. Saya teringat satu kata beliau tentang wanita-wanita iran yang pakai tudung, apa yang perlu adalah apa yang ingin dilakukan bukan apa yang dipakai. Yeah! Betul! Islam itu flexible. Tak semestinya kena buka aurat baru berjaya.

Tak kira Thailand ke Malaysia, saya sudah bosan terhadap politik-politiknya. Saman situ..saman sini. Pak cik tu tuduh pak cik nih. Mak cik tu tuduh mak cik nih.. islam tak akan bersatu sekiranya dunia politik masih lagi seperti sekarang. Mama saya pesan awal-awal, jangan gatal-gatal nak terlibat dalam politik, kalau tak.. tak payah anggap dia mak saya lagi! Huh..warning yang sangat menakutkan.

Saya berdoa.. moga suami saya pada masa akan datang tak terlibat dalam politik sekarang ni. Sebab saya tak tahu sejauh mana saya kuat dan mampu mendorongnya dalam cabaran dunia politk. Lagi-lagi saya pernah merasa tempias fitnah politik dalam keluarga sendiri. Itu lah, kenangan pahit yang sampai bila-bila saya tak akan lupakan!

Jika dahulu, orang berpolitik ingin membela nasib agama dan bangsa. Sekarang, agama dan bangsa hanya dijadikan sebagai alasan sahaja. Teringat cerita umi, ketika arwah tuk ayah jadi wakil rakyat, hidupnya bukan senang seperti wakil-wakil rakyat sekarang (oh ya..tak semua yang hidup senang. Siapa terasa, terpulang!) duit-duitnya dihabiskan kepada rakyat-rakyat. Umi dan adik-beradiknya sendiri hidup susah. Sampai kadang-kadang tak cukup makan. Kehidupan orang-orang kampung dahulu tidak senang seperti sekarang. Dulu dalam 20-30 buah rumah, hanya satu rumah yang mempunyai TV, telefon. Rumah wakil rakyat lah menjadi harapan orang-orang kampung ketika itu.

Fikir-fikirkanlah! Dan bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang. Sekarang hampir semua rumah mempunyai TV dan begitu juga dengan telefon. Bukan ada satu je, 2-3 buah kadang-kadang. Betul tak? Kata upin dan ipin, betul! Betul! Betul!

=)

P/S: ada masa kita kumpul ramai-ramai yang blogging nih, pergi tengok cita upin dan ipin. Yang paling tua kena belanja adik-adik ya! To bro knie, kena belanja neem dengan ain! Hehe.

comel tak meja saya?

^_^

Posted in |

4 comments:

  1. ain fathihah fhm Says:

    ehhh Nim!
    kebetulannya
    ain pn beli jugak buku Ahmadinejad tu
    Singa Baru Dunia Islam
    sangat best!!

    ain jd kagum pd Presiden Iran tu

    hehehe
    ain dh tiga kali khatam buku tu..

    la la la

  2. neem Says:

    aloo3...dah tiga kali dah ka? neem dah khatam. alhamdulillah. suka pasal surat dia kat Bush. mmg makan cili la si bush 2..

    ada byk buku lagi kena khatam. antaranya obama: antara islam dan yahudi!

  3. guntur Says:

    kau cuba tengok filem Not Without My Daughter. adaptasi dari realiti. ada kaitan tentang iran.

  4. neem Says:

    byk juga filem2 iran. children of heaven.

    yg respect, smua pelakon iran pakai tudung...~