Notice!

Saya dah hilang kesabaran. Penat gaduh seorang-seorang. Dah banyak kali tegur dan akhirnya saya give up untuk terus menegurnya. Ye lah, bila ditegur ada yang bermasam muka. Saya sendiri pun geram. Sampai kekadang tak cakap dengan mereka. Dalam hati saya, anggap je tak ada orang dalam bilik aku nih.

Bila dorg ada dalam bilik, saya kat luar bilik. Bila dorg kat luar bilik, saya terus masuk dalam. Kadang-kadang saya keluar study kat luar. Tanya si dia, "boleh study ke kat luar tu..?." jawap saya, tak study pun, saja nak tengok-tengok buku
Pagi tadi saya bangun dalam keadaan marah sekali..


bunyi tutup pintu yang kuat buatkan saya terkejut bangun semasa tidur. Masa tengok jam dalam hp, masa tu baru 5 pagi. Subuh lambat lagi. Mungkin kejadian tu adalah untuk saya bangun tahajud. Tapi akhirnya saya bangun setelah orang azan juga.

Saya marah gila.. Marah sangat-sangat. Sebab dah beribu-ribu kali (melampau tak?) saya bagitahu. Tutup pintu perlahan-lahan.. Orang tengah tidur terkejut.

Mama saya selalu pesan, jangan ganggu orang tengah tidur. Kalau nak kejutkan orang sekali pun, perlahan-lahan. Jangan bagi dia terkejut.. Dan hal itu saya pegang sampai sekarang. Kalau lah orang tengah tidur, saya akan berjalan dengan perlahan. Tutup pintu dengan perlahan. Ingat apa yang mama pesan.. Nanti sakit hati orang..

Kadang-kadang terfikir nak balas juga. Nak tutup pintu kuat-kuat. Nak bising-bising masa dia tengah tidur..Nak mandi lama-lama masa magrib. Tapi.. tak sanggup.

akhirnya saya tulis notice..

Harap diorang faham apa yang saya tulis walaupun bahasa melayu saya tak berapa..

Ya Allah, maafkan aku!

Posted in |

9 comments:

  1. Unknown Says:

    garang adik bro ni... takpe... tegas dalam perbuatan... itu yang penting...

    just...
    jangan biarkan emosi mengepalai akal. @ emosi didepan akal...

    "menang berpunca dari tenang"
    :)

  2. neem Says:

    ye..

    menang punca ketenangan. senyap itu menang!

    neem kawal...mmg kawal sgt perasaan.

    walaupun perasaan itu lebih dari akal sorg perempuan, tapi tak bermakna kita tak leh kawal. Allah dah kurniakan akal.. gunakan ia sebaik-baik mungkin. neem sabar.
    selalu pujuk diri..

    tenang lah tasneem! tenang seperti nama mu. seperti sungai yang mengalir dalam syurga!

    insya Allah

  3. neem Says:

    kadang-kadanag kalu rumah terasa tak berapa aman. neem akan buat satu meeting. mungkin ukhwah tak ada. sbb benda kecik2 mcm ni mampu buatkan org sakit hati..

    neem ketua rumah. tapi x mampu lakukan yg terbaik sbgai sorg ketua..

    ampuni lah dosa2 ku ya Rabb!

  4. Muhammad Abu Handhalah bin Kamil Says:

    alahai neem.

    emosi nampak, kalau saya pun akan letak notice macam tu, kalau dah buat banyak2 kali, hehehe.

    ssh kalau tak paham bahasa ni! hehehe. pening di buatnya. huhuhuh.

    tapi sabar itu lah yg terbaik! hehehe.selamat beramal.

  5. ain fathihah fhm Says:

    hahaha
    keadaan yg sama
    tapi tak serupa dgn ain

    mujur ain x kongsi bilik air dgn housemates lg dua org tu
    mujur rumah ain ada dua bilik air..

    ain dan kawan, 4org guna satu bilik air

    mereka berdua guna satu bilik air berasingan


    nak tahu,
    nmpak sgt beza dua bilik air ni

    bilik air depa sgt kotor, dan ain geli geleman nk masuk bilik air lagi satu tu

    berlumut
    berkeladak
    dan meloyakn

    wekkk!!!



    hahahaha

  6. neem Says:

    to meor:
    macam mana tak emo. geram arr..
    dah lama hidup bersama.
    dah byk kali habaq tu habaq nih..
    tp g2 la..
    perangai manusia.
    neem pun bknnya baik sgt..

    to ain:
    sbr ain syg..
    hhuhu..ntah la..
    nnt kalu dah teruk sgt, tulis la notice jgk. ahakss

  7. Unknown Says:

    hayatilah kenikmatan berada dalam bilik air yang tenang...

    hehehe

  8. alif.fa.ya.qof.ha Says:

    Salam. :D

    Pengalaman 2tahun lebih tinggal sebumbung dengan teman-teman(rumah sewa) amat bermakna,neem.

    Kadang-kadang duduk dalam jemaah itu nikmat tetapi ada juga sebaliknya. :)

    Biasa la tu ada saja yang tidak puas hati tentang itu dan ini.

    Tentang kebersihan bilik air, buatla musyawarah. gilir-gilir basuh. Buat jadual. Yang tak ikut tu 'sound' je secara baik.

    Kalau dah musyawarah, depa buat tak tau juga. Neem la kena buat semua tu. Takpe. esok-esok Allah balas semuanya dan akan timbul rasa malu dalam diri depa.

    Daoakn yang baik-baik buat mereka, teman-teman neem.

    Kita semuanya saling lengkap-melengkapi (Allah dah aturkan semuanya). Cuma, kadang-kadang kita je tak perasan tentang suasana tu.

    Salam muhasabah diri. ^-^

  9. Anonymous Says:

    salam.

    Neem..
    ehehe cam kelakar pom ade buat notice..ehehe.sbb kami x penah buat.ehehe.pape pom akak rasa u better go slow talk wit 'em all.oR betul mcm yg kawan neem ckp kat atas tuh buat mesyuarat tergempar.buat turn to basuh toilet.rasenye tuh yg paling berkesan.Hidup ngan ramai2 dalam satu rumah ni mmng cm gini.ade pahit manis nye.tp dr pengalaman akak and frens, kami da hidup 5 tahun dalam satu rumah, rase nye xde penah timbul masalah gini.sbb d key to live together is "understanding".kene saling paham lah antara masing2.kalo de mslh yg kecik2 cm gini kene cpt settle2kan, bincang elok2 bfore everyone starting to explode!Hubunagn ngn kwn2 mmng kene jg, sbb frens r thoz whom we wil always turn to kalo de probs.so neem cpt2 eh settle2kn.slow talk n continuosly give good advices, insyaAllah diorg akan trime jugak.

    "sekeras2 kerak nasi, lembut jugak " kalo rendam ngan air kan??

    so neem selamat berjaya!!

    n u take care too.

    salam dari jauh,
    -kak imaa-