-rezeki-
Posted On Thursday, July 30, 2009 at at 7:23 AM by neemSelagi mampu, berusaha lah kita. Jangan ambil jalan mudah untuk mendapatkan rezeki. Dan kepada kita jua, umi selalu pesan aku kalau ada orang minta sedekah bagi saja. Apa yang akan dia buat selepas tu itu urusan dia dengan Allah.
perhatian~
Posted On Monday, July 27, 2009 at at 9:14 AM by neemkepada siapa-siapa je..
Andai blog ini tak ilmiah, tak islamic, buang masa dan sebagainya
-just ignore it-
saya tak minta anda baca blog saya
.
kembali pada tujuan blog sebenar pada seseorang.
blog ini bukan lah untuk ilmiah semata-mata
it's about my life
my diary
saya tak kisah, anda pelajar mesir ke, jordan ke..mana-mana ke.
andai blog ini tak sesuai dengan anda, tak perlu jenguk lagi.
sekian, terima kasih!
adik lelaki ku
Posted On at at 8:16 AM by neem
Assalamualaikum wbt
Sekarang aku tengah rasa serba salah. Tak pasti sikit ke banyak. Mungkin sedikit sebab aku macam mengecewakan mama aku.
Aku tengah mencari sekolah agama swasta untuk adik lelaki aku nanti, kalau boleh nak tahfiz. Tahun depan dia akan belajar di sini bersama aku, insya Allah.
"Mama, nanti esok nak pergi tengok sekolah adik dengan dia"
Aku bagitahun mama aku macam tu. Aku dah janji dengan dia. Tapi aku ada kerja. Terpaksa batal rancangan aku. Tapi aku tak bagitahu mama.
Sekarang aku nak cuba masukkan adik aku kat sekolah Al-amin atau Sekolah Hira'
Tapi hampeh, bila aku call pejabat, dorang kata "tak terima international student"
Aku dulu boleh je masuk sekolah kerajaan, tak kan sekolah swasta tak boleh?
Ada kawan aku yang pernah sekolah tu dulu cakap ada je student luar.
Aku agak kecewa.
Tapi aku akan cuba sedaya upaya carikan tempat belajar
Bila aku call mama, mama tanya dah pergi tengok sekolah untuk adik?
Aku jawap, belum. Ada kerja. Tak sempat pergi hari tu..
Mama jawap ok. Tapi macam nada kecewa..
T_T
Sekarang H1N1 tengah kuat di Bangkok. Sekolah dah banyak kali tutup. Doktor jaga pintu pagar, siapa demam sikit pun dah kena balik rumah.
Dan adik aku demam agak kuat. Kalau esok tak ok lagi. Boleh jadi H1N1, kata doktor. Pagi tadi ada call mama, adik panas lagi badan. Tapi lepas magrib tadi dah sedikit ok, alhamdulillah.
Harap-harap esok adik ok.. Tolong doakan ye sahabat-sahabat.
Sekarang aku mencari lagi sekolah untuk adik, siapa ada sekolah yang kat KL atau sewaktu dengannya (dalam Selangor je la) boleh bagitahu aku. Sebab aku nak duduk dekat-dekat dengan adik aku. Lagi-lagi adik selalu demam. Risau juga.
Aku tak tahu nak mengharap dengan siapa. Ya, aku ada family kat sini, ramai juga. Tapi aku akan kurangkan peratusan menyusahkan siapa-siapa. Even aku ada saudara yang memang rapat gila dengan aku pun, aku macam kecewa sebab... biar lah, aku taknak kesilapan tu (tak tahu kesilapan aku ke dia) ulang sekali lagi.
hm.. Biar lah.
dah sampai masa untuk aku jaga adik aku. Sebab dah lama aku tinggalkannya..
p/s: tu gambar zaman aku muda-muda dulu!
-berdikari-
Posted On Friday, July 17, 2009 at at 7:44 AM by neemAssalamualaikum wbt
Dah lama aku tak update blog aku. Baru lepas final exam, dua subjek untuk short sem ini. Harap-harap keputusan aku cemerlang, insya Allah.
Satu benda lagi yang kadang-kadang aku tak boleh terima bila seseorang itu tak mampu nak berdikari. Lagi-lagi bila jauh dari parents. Kadang-kadang kita menyusahkan orang lain, - tanpa kita sedari.
Tak tahu nak salahkan siapa. Salah ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak mereka, atau anak-anak sendiri yang tak berfikir untuk membantu diri sendiri?
Terima kasih kepada papa mama, kerana mengajar ku berdikari dari kecil lagi.
Papa tak pernah nak manjakan aku. Nak pergi mana-mana, belajar pergi sendiri. Sejak aku form 3, aku mampu pergi dan balik seorang KL - Bangkok. Bukan nak menunjuk, tapi kerana itu lah, alhamdulillah.. aku tidaklah 100% menyusahkan orang walaupun kadang-kadang ada juga ajak orang teman. Begitu juga dengan adik-adik ku. Pandai-pandai lah kamu berdikari sendiri, yang penting, kurangkan peratusan untuk menyusahkan orang lain.
Mungkin kerana persekiran kita sekarang tidak berapa selamat menyebabkan ibu bapa tidak berani melepaskan anak-anak mereka ke mana-mana sendiri, tapi sampai bila seorang anak itu akan bergantung pada ibu bapa mereka atau orang lain?
Andaikan anda berjauhan dari keluarga untuk menuntut ilmu, ambil lah peluang ini untuk berdikari dan merantau. Explore lah tempat orang agar kita lebih memahami dunia. Tak perlu tunggu bila nak pergi sampai luar negara, negara sendiri pun banyak benda boleh meneroka.
Jangan pula bila anda duduk kat KL (contohnya lah), anda hanya berada di kampus dan asrama saja. Pergi lah jalan-jalan dan anda akan belajar banyak benda. Bukan nak sia-siakan duit, tapi cuba lah cari pengalaman melalui cara ini. Aku katakn fakta, sebab aku dah banyak tengok ramai di antara kawan aku, nak pergi stesen bus seorang pun................. hm.
Entah lah.. Membebel pula aku.
(bebel sebab esok kena pergi hantar budak kat airport. Apa salah kalau pergi je sendiri. Amek je bus dekat kL sentral. Direct sampai LCCT beb! maaf, memang aku tak ikhlas nak pergi. Sebab di paksa nih!)
-aku-
Posted On Wednesday, July 8, 2009 at at 7:48 AM by neemAssalamualaikum wbt
Kadang-kadang aku rasa aku menyusahkan mama, papa, umi, ayah su, kak daa. Dorang lah banyak bagi duit kat aku untuk belajar.
Aku lebih nak menyusahkan mama, papa dari umi, ayah su dan kak daa..
Tapi kadang-kadang parents aku tak sempat.
Lagi-lagi rumah aku kat Bangkok baru pindah. Duit banyak dihabiskan untuk baiki bangunan.
Tadi call mama, mama kata tak sempat dan terus cite apa masalah dia. Aku diam.. Dah nak berair mata. Aku cakap, boleh tak aku tak belajar kalau menyusahkan mak aku...?
Mama kata jangan cakap macam tu..
Aku tak tahu lah...
rasa macam menyusahkan orang...
Ya Allah, andaikan aku menyusahkan hidup ibu bapa ku...................................................
tak tahu nak sambung camne.
Moga Allah kuatkan hati ku.
Aku tak nak menyusahkan dorang..
Tapi macam terpaksa dan macam tugas aku untuk menyusahkan orang..
Ampuni dosa-dosa ku wahai ibu-ibu dan bapak-bapak ku!
i love you all... very much!
kadang-kadang aku terfikir, alangkah baiknya kalau aku mati dulu.. sebelum aku menyusahkan dorang lebih daripada ni.
T_T
trip dari bangkok ke m'sia~
Posted On Sunday, July 5, 2009 at at 6:17 AM by neemAssalamualaikum wbt
Dua hari aku jadi guider dan translator. Semalam dari LCCT aku bawa mereka ke hotel yang sudah aku booking dan terus ke KLCC. Aku yang dah 3-4 kali ke sana macam tak pernah pergi. Huh..
Tak ada pape nak cite kat sini..
Yang aku kecewa, masa aku pergi ke Masjid Putra.. aku tak faham kenapa non-muslim tak boleh masuk. Even aku pun tak boleh masuk tempat lelaki. Padahal kat situ bukan ada tengah beribadat pun. Aku tak nak masjid hanya sekadar tempat pelancongan.
Fungsi masjid sekarang dah macam tu. Bukan untuk beribadat 100%. aku tak nampak pun ada orang tengah solat mahupun mengaji di tingkat atas mahupun bawah.
Yang best bila tengok orang-orang non-muslim pakai jubah yang disediakan. Mereka tutup aurat bila nak masuk rumah Allah. Sebagai tanda satu penghormatan..
Yang muslim, jika kita kena pakai baju tuh.. Malu lah.
Sebab rumah Allah di dunia pun dah tak terima kita.. Apatah lagi di akhirat nanti?
fikir-fikirkan lah..
p/s: barang kat masjid india tengah murah gila-gila.. Tudung bawal harga rm6-12 je! huh.. nasib baik aku dapat kawal nafsu ku!~~ lalalalala
Gambar hari ini~
Posted On Friday, July 3, 2009 at at 5:03 AM by neemAssalamualaikum wbt..
saja-saja je..
layan!!
lady bird yang menemani aku study. Ia tengah sakit sebenarnya masa tu. Akhirnya ia mati meninggalkan dunia. Maafkan aku wahai lady bird... aku tak dapat menyelamatkan kau!
Andai aku mengandung? macam ni lah rupanya. hahah. alisaa.. sakit!
:D
peace~