Posted On Saturday, June 27, 2009 at
at
5:47 AM
by neem
Assalamualaikum wbt..
Islam itu indah!
Aku hairan dengan diri aku. Bila jumpa orang, lebih guna perkataan "hai" daripada bagi salam.
Assalamualaikum wbt - selamat sejahtera keatas kamu semua
Itu kan doa. Setiap perbuatan dan percakapan yang diajar oleh Allah dan RasulNya adalah doa.
Sama dengan kalau bersin,
orang-orang sekarang lebih kepada nak guna, excuse me daripada alhamdulillah!
Rasulullah s.a.w. ada ajar,
Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
lantas saudara atau temannya mengucapkan: يَرْحَمُكَ اللهُ
(Semoga Allah memberi rahmat kepadaMu). Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah:يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu.)
[208] HR. Al-Bukhari 7/125.
-------------mari biasakan diri kita dengan doa..biasakan diri kita dengan menyebut,Insya Allah,Alhamdulillahdan sebagainya..Aku ni bukan ustazah. Tapi hanya nak ingatkan diri aku sendiri dan korang.Barakallahufik!Wassalam
Posted in |
Posted On Tuesday, June 23, 2009 at
at
5:38 AM
by neem
Assalamualaikum wbt..
Hari ni aku ada meeting dengan ketua hal ehwal pelajar. Macam biasa lah, pasal PERMAI (persatuan mahasiswa islam unitar).
Tepat jam 5 petang, aku sudah berada di campus. Tunggu orang-orang yang tertentu datang. Aku duduk, tengok sekeliling aku. Tengok gelagat orang, aku sakit kepala.
Aku ternampak classmate aku. Tadi dia tak masuk class, minggu lepas dia tak masuk class. Aku hairan. Sedangkan polisi univerisiti, tiga kali tak masuk class, kena bar from exam.
Aku tengok lelaki-lelaki disekeliling aku, smoking sambil cakap telefon dengan keadaan yang sangat relax. Aku kenal dorang. Kumpulan yang selalu buat bising, hati aku naik benci.
Aku mula berfikir.. Beginikah dunia ku sekarang. Sepuluh tahun lagi, pasti akan lagi hebat lagi mencabar. Beratnya kita nak menghadapi semua ni. Zaman anak-anak kita. Aku pasti semua orang yang baca blog ni mesti nak kahwin.
Aku meeting dengan En.Azli bincang pasal program-program yang akan diadakan tak lama lagi. Di tempat aku, suasana Islamic lenyap. Ramai yang tak solat, tak tutup aurat.
Lelaki perempuan cubit sana sini. Rasa malu sudah tiada lagi.
Andaikan ada majlis agama, berapa kerat je yang datang. Ya lah, semua dah bersedia nak mengadap Illahi agaknya. Aku respect!
Kualiti, bukan kuantiti.
Setiap kali dianjurkan program berbentuk keagamaan, yang hadir boleh hitung dengan jari. Mungkin salah pihak kami sebab promosi tak berapa. Tapi aku rasa promosi yang aku buat dah sampai kat semua orang. Terima kasih kepada yang nak datang tapi tak dapat datang. Semoga Allah membalas jasa kamu sekalian.
Aku hampir lemah semangat, putus harapan.
Tapi aku ingin kata-kata advisor aku dua orang, en.Azli dengan dr.Syed omar, kuantiti tu tak penting, yang penting kualiti. Biar tak ramai yang datang, mereka yang rugi.
Anggap lah tempat kita ni sebagai makkah zaman jahiliah dulu. Di mana Rasulullah saw gerakkan islam dengan jumlah yang kecil. Lama-lama jadi ramai.
Aku mengharapkan team work aku yang bersungguh-sungguh nak berjuang. Tapi tak ramai.. Aku tak leh nak paksa orang. Takpe lah, yang ada ni pun cukup. Aku tak kata aku rajin. Tapi aku pun tak tahu, semangat aku dari mana untuk nak buat benda-benda macam ni. Moga Allah tak hilangkan perasaan ini.
" Setiap langkah itu ibadat.
walaupun kamu datang meeting ni pun
dah dapat pahala.
Setiap langkah yang kamu jalan dari rumah tu
malaikat dah catatkan kebaikan kamu.
kamu jangan putus harapan.
jangan lemah semangat.
kamu kerja kerana Allah.
kamu kena kuat!"
itu lah kata-kata dari En.Azli
Aku harap sangat, andai teamwork aku baca entry ni. Maaf andaikan aku pernah bebel korang.
Salam menyambut bulan rejab yang mulia..
wassalam
Posted in |
Posted On Saturday, June 20, 2009 at
at
6:06 AM
by neem
Assalamualaikum wbt..
maaf sebab sehari dua ni status ym aku mencurigakan
Farish!!
Aku rindukan dia..
Sayangkan dia..
Rasa nak peluk-peluk, cium-cium je..
Tak sabar nak balik kelate.
p/s: farish tu anak buah aku. Dia lah yang panggil aku na neem.
Semalam farish call, semestinya guna tipon ibunya, kak long..
Happy beday na neem..
happy beday to you na neem..
(bayangkan suara kanak-kanak umur dua tahun)
Thank you sayang, thank you!
Happy beday to you na neem
Beday na neem, beday na neem..
Iye..
ok.. byyeee....
i love you, na neem..
i love you.
i love you too!
bubye.. i love you!!
arr.. aku rindu betul kat dia T_T
Posted in |
Posted On Friday, June 19, 2009 at
at
3:50 AM
by neem
Assalamualaikum wbt..
Aku tak tahu lah siapa punya idea create kartoon ni
Cute dan sangat kejam.Kartoon ni banyak pasal darah. Aku tengok bersama housemate aku, sambil jerit-jerit. Sebab ada je yang menakutkan. Terkeluar mata la, terpotong telinga la.Pada korang, kartoon macam ni apa kesannya terhadap kanak-kanak bawah umur?kongsi boleh?Aku percaya, setiap kartoon ada motif sendiri. Sama ada nak merosakkan orang, memberi peringatan dan sebagainya..Selamat menonton dan memikir!Critical Thinking!! :D
Posted in |
Posted On Tuesday, June 16, 2009 at
at
4:47 PM
by neem
Alhamdulillah!
Aku dah umur 20..
17 June 1989
Seorang kanak-kanak bernama tasneem dilahirkan di hospital Paaet-Pan-Ya, Bangkok.
Sekarang dah meninggalkan zaman belasan..
Ya Allah!
Jadikanlah aku sebagai hamba MU yang solehah.
Jadikanlah aku sebagai orang yang mendirikan sembahyang, dan begitu juga dengan zuriat keturunan ku.
Ampuni lah dosa-dosa ku..
Dosa ibu bapa ku, umi ayahsu, adik-beradik ku, sepupu ku, guru-guru, sahabat-sahabat serta orang yang beriman seluruh dunia!
Juahkan aku dari api neraka! Sesungguhnya aku tak layak untuk ke syurga-Mu.
Jaga lah depan ku, belakang ku, kanan ku, kiri ku atas ku dan bawah ku.
Jadikalah aku sebagai orang yang cemerlang dunia dan akhirat.
Jodohkanlah aku dengan orang yang beriman. Yang mampu membimbing ku ke jalan kebenaran!
Amin-amin Ya Allah!
T_T
Amin!!
Posted in |
Posted On at
at
7:12 AM
by neem
Assalamualaikum wbt
Buat sahabat-sahabat sekalian, semoga diri mu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.
Aku rasa 2-3 hari ni banyak pula cakap hal kahwin. Bukan sebab aku nak kahwin buat masa sekarang. Tapi ada-ada je topik dan masalah-masalah sahabat aku berkenaan hal perkahwinan ini.
Aku terbaca di sini, dan aku rasa tak patut.
Aku dengar ceramah Tuk Guru, dan aku terfikir.
Sebab tu lah tajuk entry kali ni, adat disanjungi melebihi hukum.
Aku tanya sahabat-sahabat yang lebih tua, kenapa tak kawen-kawen lagi. Jawap mereka, tak ada duit nak kawen. Nak kumpul duit dulu, buat hantaran dan sebagainya.
Semua pasal duit. Duit, duit dan duit!!
kata tuk guru, kenapa sekarang ramai orang yang buat maksiat. Ke sana, ke sini. Berpeluk-peluk dan naik motor sama-sama pergi dating dekat pantai. Apabila terlanjur, anak-anak yang dipersalahkan.
Kalau anak-anak minta kahwin, tak izinkan. Tapi bila dah terlanjur, dipersalahkan pula. Sebabnya manusia menyusahkan keadaan. Nak kahwin sekali, duit hantaran diperdebatkan. Hantaran berapa dulang, persandingan dan sebagainya. Kata beliau, semua tu benda yang serabut. Benda yang memayahkan keadaan dan sebab tulah, ramai yang lari ke Thailand, untuk kahwin. Oh.. Negara ku lagi dipersalahkan. hmm..
Sebab tu lah ramai tak boleh kahwin kerana hal yang menyerabutkan.
Aku nak tulis lagi. Tapi macam tak larat je...
p/s: gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk ini. Huuhuh..Harap korang get the point.
Posted in |
Posted On Sunday, June 14, 2009 at
at
7:52 AM
by neem
Assalamualaikum wbt..
Dah lama aku tak memulakan entry aku dengan memberi salam. Maafkan hambaMu ini wahai Tuhan ku!
Aku nak cite sikit. Satu cita yang aku rasa patut buat di Malaysia mahupun Thailand. Sama-sama kita kumpul. Macam best je. Dipetik dari buku Pengembaraan Ibn Battuta.
Diceritakan semasa wabak taun melanda Damsyik pada akhir bulan Rabi'ul Akhir tahun 749. Aku pasti korang dan aku belum lagi lahir. Heh.. Nenek pun tak lahir lagi masa tu.
Ketika itu Arghun Syah naib sultan mengarah penduduk di negeri tu berpuasa selama tiga hari berturut-turut dan tak boleh masak makanan di pasar. Kemudian semua lapisan masyarakat tak kira amir, syarif, kadi berhimpun di Masjid Jamik al-Aqdam hingga masjid tu penuh sesak. Pada malam tu, malam jumaat, semua penduduk menghidupkan masjid dengan menunaikan solat, berzikir, bermunajat dan berdoa.
Selepas subuh mereka semua keluar dengan berkaki ayam dengan membawa al-Quran. Amir-amir juga turut berjalan dengan kaki ayam. Semua penduduk lelaki dan wanita, dewasa atau kanak-kanak, keluar beramai-ramai. Kaum Yahudi keluar dengan membawa kitab Taurat dab kaum Nasrani keluar membawa kitab Injil. Mereka yang disertai isteri dan anak, menangis merendahkan diri kepada Tuhan dengan berkat kitab-kitab suci serta nabi-nabiNya. Mereka berjalan menuju ke Masjid Jamik al-Aqdam dan berada di situ sambil berdoa serta bermunajat sehingga hampir waktu zohor. Selepas tu mereka mendirikan solat Jumaat.
Allah telah meringankan bala yang menimpa mereka sehingga jumlah yang meninggal dunia di Damsyik dalam sehari tak melebihi 2,000 orang sedangkan jumlah yang terkorban di Mesir dan kota Kaherah mencapai angka 24,000 orang dalam sehari.
Bilakah akan sampai satu masa dimana masyarakat kita akan berlaku seperti yang diceritakan di atas? Ukhwah antara mereka mesti rapat gila-gila kan. Bila orang ramai sama-sama menangis, merendah diri kepada Tuhan..
Posted in |
Posted On Thursday, June 11, 2009 at
at
9:01 PM
by neem
Aku minta maaf kat korang, andaikan korang ada terasa hati dengan aku.
Aku tahu aku banyak dosa. Aku lemah. Kadang-kadang tak layak pun nak nasihatkan orang. Sebab apa yang aku cakap, ada juga benda yang aku tak buat.
Kan?
Bagi aku, sahabat-sahabat sangat penting. Tak kisah lah sahabat maya ke tak maya ke.
Sebab korang lah yang akan melengkapkan apa yang kurang pada diri ini dan sebaliknya.
Yang penting lah, aku sayangkan korang.
Alamak.. Emo pula. Hm. aku ikhlas beb..
Walaupun aku dengan korang tak pernah jumpa, tapi melalui dunia maya ni aku banyak share masalah dengan korang dan sebaliknya.
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat ku..
^_^
p/s: aku teringin nak buat gathering. Dah cakap dengan si Paan. tapi si paan cuti lama laa.. tak online langsung. Adui.. ntah-ntah dah kawen. arrr. tiidakkk!!
Posted in |
Posted On Wednesday, June 10, 2009 at
at
4:12 AM
by neem
Minta maaf kepada Rahman, sahabat maya aku sebab lambat reply tagged kau ini.
Peraturan tagged ini:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda. Dah!!
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Ok, aku describe pasal En.Rahman ini:
Hensem dan tinggi,
Pakai spek mataaa
cerdik dan pandai.
Jejaka dari UIA Gombak jurusan apa, aku tak ingat.
Sahabat maya aku yang kenal selepas SPM lagi.. Dah masuk tiga tahun.
Ada darah Pasir Mas, Kelantan.
Opss.. Cukup-cukup. Siapa berminat, boleh hubungi aku. Hehehe.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
banyak nohh 10 fakta nih. Ok
1. suka berkawan. Tak kisah pun dengan siapa. Asalkan orang tu tak rosakan aku.
2. asal bangkok, thailand. Dibesarkan di Kelantan. Beragama Islam
3. Suka air fresh oren! Sedap..
4. Suka menangis, seorang atau dengan kawan tetapi bukan family. Di mata family, aku perlu menjadi seorang yang kuat.
5. banyak makan. Sebab tu lah aku gemuk!
6. suka basuh pinggan. Sebab boleh main air
7. suka perhatikan karenah manusia.
8. Suka main camera, ambil gambar
9. Gemar berjalan-jalan. Merantau walaupun kuat mabuk. Heh.
10. Mampu mengadap computer berjam-jam dan mula lah pening-pening. Hahah..
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Aku pilih.
1. Lun
2. Naquib
3. Azym
4. Sharamli
5. Kusyuk
6. pakcik dot
p/s: abu dengan ain tak kena sebab dah kenal sangat dah dua orang nih!
Sekian, terima kasih.
Moga dirahmati Allah sentiasa!!
Posted in |
Posted On Tuesday, June 9, 2009 at
at
8:03 AM
by neem
Dipetik daripada surat khabar kosmo hari ni..
"Menurut beliau, Malaysia telah diminta oleh Thailand untuk melanjutkan bantuan bagi pembinaan insaniah untuk belia di kawasan itu terutamanya dalam menyediakan latihan vokasional dan biasiswa.
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva turut memohon bantuan Malaysia melanjutkan kurikulum agama Islamnya bagi sekolah aliran agama di sana, kata Najib pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Thailand itu di Pejabat Perdana Menteri di sini."
Semoga cita-cita ini jadi kenyataan! Amin..
korang patut bersyukur, sebab dari sekolah rendah lagi korang diajar tentang agama islam. Berbalik pada aku dan warga muslim thai yang lain, peluang berlajar agama Islam di sekolah dulu nipis. Lebih-lebih lagi di Bangkok.
Selepas sekolah berkejar-kejaran ke masjid. Untuk belajar fardu ain. Kalau dulu, aku sekolah aliran katolik, sekolah aliran agama islam ketika itu sangat sikit dan harganya mahal. Aku tak diajar tentang agama-agama lain secara menyeluruh dan tak juga diajar tentang Islam secara perinci. Semua tentang agama islam banyak diajar oleh famili aku dan juga masjid kesayangan ku, Masjid Al-Warissunnah.
Masa aku sekolah dulu, aku mengaku tak pakai tudung. Ke sekolah pakai skirt bawah lutut. Confirm lah aku tak pakai tudung. Kalau pakai pun, bila keluar dengan famili. Sekarang alhamdulillah, dah melekat di kepala. Hanya adik aku yang ke-3 saja tak pakai. Disebabkan dia sekolah kerajaan. Tapi kalau keluar dengan family, tetap wajib tutup aurat! Semoga adik aku cepat-cepat keluar dari sekolah tu.
Tapi lately ni, sekolah kerajaan dah banyak bagi kelongaran. Macam sekolah adik bongsu aku, time solat jumaat pelajar muslim dibenarkan untuk ke masjid. Seronok! aku rindu keadaan kat sana..
Paling aku suka, aku jarang jumpa orang-orang yang menghina agama suci ini. Dan kebanyakan daripada mereka faham macam mana islam walaupun mereka tak faham secara mendalam. Yang penting, mereka menghormati kami.
Semoga kelongaran diberi lebih banyak lagi. Dan sebab tu lah, kenapa pelajar muslim lebih-lebih lagi kalau lelaki keluarganya akan hantar mereka belajar agama di luar negara. Sebab mereka rasa di luar negara lah lagi banyak peluang untuk belajar tentang Islam.
Walau bagaimana pun, aku tetap bangga menjadi Muslim lebih-lebih lagi di negara yang semamangnya penduduk Islam adalah penduduk minoriti.
Sayang islam!!
^_^
Posted in |
Posted On Monday, June 8, 2009 at
at
3:41 AM
by neem
Satu benda yang aku tak boleh terima bila kawan-kawan aku yang tahun ni baru nak umur 20 cakap nak kahwin atau pun dah bertunang!! Ohh.. Aku tak boleh terima.
Tadi kecoh kawan aku kat campus, nak kahwin. Rasa-rasanya dia pernah cite dulu, uminya tak bagi. Tiba-tiba pula kata nak kahwin. Bila aku tanya, betul ke hang nak kahwin.. Jawapan yang diberi, "Insya Allah, doa-doakan lah aku"
Tadi pula kawan baik aku kat Australia. Guess who? Beliau minta tak disebut namanya. ok-ok.. Tak sebut.
Aku namakan beliau sebagai Ikhmal lah. Sebab aku tengah tengok cita matahari nih. Heronya nama ikhmal. ok..
ikhmal: Ikhmal tengah fikir ni macam mana la nak bagi ibu bagi ikhmal kahwin awal. By the time i'm in 4th year.
aku: ok la, dah umur 24 masa tu.
ikhmal: 23 :D
Waaa... semua orang nak kahwin awal!!
Aku jeles sebenarnya.
ops.. Terkantoi.
Aku sedang buat persediaan dalam jangka yang panjang.
p/s: JANGKA YANG PANJANG.
Means dalam masa 3-4-5 tahun lagi.
Aku cuba baca-baca buku, dengar ceramah agama, nak pergi khusus kahwin dan sebagainya. Sebab kahwin-kahwin ni, bukan benda yang senang. Banyak benda yang perlu dilihat dan dikira. Aku akan sebut sikit-sikit saja. Tak banyak, insya Allah.
Bermula dengan prosess pemilihan bakal isteri. Bagaimana seorang perempuan itu layak dan mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang memahami. Agamanya, perangainya, kecantikan dan lain-lain perlu diberikan perhatian.
Hubungan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki yang bakal menjadi suami isteri mestilah di redhai oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Seorang akak yang aku panggil, kak ngah pesan 2-3 kali supaya cari lah yang sesuai dengan family. Yang penting keluarga redhai hubungan ini. Carilah lelaki yang tak tinggal solat, andai solat pun tinggal, kerja lain belum tentu akan menjadi.
Aku lihat sekarang betapa ramai remaja-remaja yang rosak akhlaknya. Yang tak tahu nak baca al-Fatihah pun ramai. Walaupun di Kelantan, negeri yang dianggap sebagai serambi Mekkah pun tak lari dari masalah itu. Aku sendiri pernah jumpa golongan ini masa aku sekolah dulu. Pentingnya didikan agama dari ibu bapa untuk membentuk seorang manusia.
Nak melahirkan anak ramai, ah.. Aku tahu senang je. Lagi-lagi time tengah muda nih. On.
Tapi nak melahirkan umat yang soleh ramai-ramai, bukan satu kerja yang senang. Bermula dari prosess tuttt, ketika mengandung dan selepas anak dilahirkan. Satu kerja yang berat yang perlu difikirkan.
Aku sebut sikit je baru. Aku bukan tak nak korang kahwin awal. Tapi sebaik-baiknya korang buat lah persediaan dulu. Tak cukup untuk pergi khusus kahwin dan menjalani ujian HIV saja!
Aku gembira andaikan korang nak kahwin awal. Tapi dalam masa yang sama, aku doakan moga-moga aku dan diri korang dah bersedia untuk menghadapi dunia ini. Jodoh itu ketentuan Allah. Mana tahu jodoh awal. Aku pun tengah buat persediaan juga. Tapi aku ni macam ni laa... Ntah siapa la nak kat aku. hehehe
Wallahualam!
Posted in |
Posted On Sunday, June 7, 2009 at
at
6:57 AM
by neem
Aku baru lepas dengar ceramah Ustazah Nor Bahiyah yang bertajuk Kemanisan Beribadat. Ceramah ini diadakan pada bulan Ramadan. Aku tak pasti lah ramadan yang bila. Aku rasa aku akan kongsi sedikit ilmu yang aku dapat. Takut nanti aku lupa pula.
Tips nak bangun malam:
1. Jangan makan banyk sebelum tidur.
2. Cari masa untuk tidur sekejap masa tengah hari. Kalau Rasulullah saw, beginda ambil masa tidur sekejap sebelum zohor.
3. Sebelum tidur, baca surah Kahfi ayat 110. Sambil tu niat dalam hati untuk bangun.
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Aku suka sangat ayat ni. Sekali dengan ayat 109. Selalu dengar dalam IKIM dulu-dulu. Sekarang aku tak dengar sangat dah IKIM. Sebab earphone tipon aku rosak.
Ustazah Nor Bahiyah cita lagi. Apabila kita tidur, syaitan akan ikat tengkuk manusia dengan 3 ikatan. Ikatan-ikatan ini boleh diputuskan dengan tiga cara., iaitu:
1. Bila bangun dari tidur, hendaklah sebutkan nama Allah dengan membaca doa bangun tidur.
2. Ambil wuduk
3. Solat
Dengan itu hati-hati kamu akan menjadi tenang..
^_^
moga ilmu yang aku sampaikan ni berguna yea..
Selamat beribadat!!
Semoga korang dirahmatiNYA sentiasa!
p/s: aku laparr..!!
Posted in |
Posted On Saturday, June 6, 2009 at
at
6:37 AM
by neem
bila la aku nak khatam
let's learn how to manage your life! ada orang rampas baca dulu.. waaAku tengah cuba nak khatamkan satu buku nih,
"Pengembaraan Ibu Battutah"
Buku ni dah lama diterbit. Aku dengar pasal buku ni masa aku form 4 ke form 5 lagi. Masa tu aku dengar dalam IKIM. Teruja sangat nak baca. Tapi masa tu aku rasa macam mustahil je aku nak beli. Mahal buku ni, dulu aku tak sure berapa harganya tapi sekarang harganya RM250.
Dan sekarang pun aku masih tak mampu nak beli. Aku tengah kumpul duit nak beli, buat koleksi. Sekarang aku baca pun sebab aku pinjam dari lecturer aku. Dia bagi pinjam. Moga Allah membalas jasanya.
Aku baca tak sampai mana lagi pun. Tapi aku dah belajar banyak benda dalam buku ini. Paling aku suka setakat ini ialah bila dikisahkan tentang "Zawiah"
Zawiah menurut buku ini ialah tempat pertemuan atau tempat tinggal yang lazim bagi ahli sufi dan furaqa'. Raja-raja dan orang kenamaan membina zawiah untuk memberikan makanan kepada orang yang memerlukan dan juga musafir serta para pengembara.
Betapa ikhlas dan prihatinnya orang zaman dulu terhadap saudara seagama mereka.
^_^
ada lagi, kisah seperti seorang Sheik yang bernama Jamaluddin. Dimana beliau mencukur janggut dan keningnnya sehingga ada orang menyatakan beliau adalah pembawa bida'ah.
Korang nak tahu ke?
Nak tahu cuba lah baca buku ni yea..
Aku ada lagi buku nak baca. Aku baru dapat alaun untuk kerja aku. Maka aku habiskan duit dengan beli buku, Kalau tak, habis dengan benda lain.. Aku tak nak!!
have fun!
Posted in |
Posted On Friday, June 5, 2009 at
at
7:23 AM
by neem
Aku dah jadi student of business adminstration balik.
kembali pada asal aku.
Alhamdulillah...
Aku rindukan mereka..!!
T_T
moga Allah gantikan yang lebih baik..
Sayang korang!
Posted in |
Posted On Wednesday, June 3, 2009 at
at
7:20 AM
by neem
congrat to kak yah and abe amin!
jarang-jarang sekali boleh bergambar dengan mama~
Afif (bukan afiq. hehe)
yang ni tak ingat nama apa. dikira budak ni anak dua pupu aku lah
Tahniah untuk sepupu aku.
Semoga dia kekal sampai akhirat..
aku bila?
Wallahualam..
^_^
Doa-doakan lah yea.. hehe
Posted in |