Adat disanjungi, lebih dari hukum

Assalamualaikum wbt


Buat sahabat-sahabat sekalian, semoga diri mu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.


Aku rasa 2-3 hari ni banyak pula cakap hal kahwin. Bukan sebab aku nak kahwin buat masa sekarang. Tapi ada-ada je topik dan masalah-masalah sahabat aku berkenaan hal perkahwinan ini.


Aku terbaca di sini, dan aku rasa tak patut.


Aku dengar ceramah Tuk Guru, dan aku terfikir.


Sebab tu lah tajuk entry kali ni, adat disanjungi melebihi hukum.


Aku tanya sahabat-sahabat yang lebih tua, kenapa tak kawen-kawen lagi. Jawap mereka, tak ada duit nak kawen. Nak kumpul duit dulu, buat hantaran dan sebagainya.


Semua pasal duit. Duit, duit dan duit!!


kata tuk guru, kenapa sekarang ramai orang yang buat maksiat. Ke sana, ke sini. Berpeluk-peluk dan naik motor sama-sama pergi dating dekat pantai. Apabila terlanjur, anak-anak yang dipersalahkan.


Kalau anak-anak minta kahwin, tak izinkan. Tapi bila dah terlanjur, dipersalahkan pula. Sebabnya manusia menyusahkan keadaan. Nak kahwin sekali, duit hantaran diperdebatkan. Hantaran berapa dulang, persandingan dan sebagainya. Kata beliau, semua tu benda yang serabut. Benda yang memayahkan keadaan dan sebab tulah, ramai yang lari ke Thailand, untuk kahwin. Oh.. Negara ku lagi dipersalahkan. hmm..


Sebab tu lah ramai tak boleh kahwin kerana hal yang menyerabutkan.


Aku nak tulis lagi. Tapi macam tak larat je...


p/s: gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk ini. Huuhuh..

Harap korang get the point.



Posted in |

7 comments:

  1. areMaL Says:

    Islam itu mudah :D

    pelik gok tgk gambar tuh.. tok keno nge tajuk..hehe

  2. neem Says:

    hahaah..

    malas doh nak cari gmbr lain

  3. Nomad Melayu Says:

    salam..
    tu agak nya ramai yang pilih untuk couple je, berdating je...
    ingin hidup bagai suami isteri...tapi adat terlalu membataskan...kan?
    kalau baca novel Ketika Cinta Bertasbih pun...isu ni ada dibangkitkan..di Mesir, lelaki kahwin pada usia yg agak tua, kumpul duit untuk hantaran, sebab mahal sangat..
    dan kat Malaysia pun sama...
    bagi yg dah berkenan, hati dah terikat, tapi tak berkemampuan, couple tu dilihat sebagai jalan pernyelesaian...
    akhirnya maksiat berleluasa...hmm

    celoteh banyak pulak,nice post btw...

  4. kiwi-bulan Says:

    btol2 tu..stuju sesangat..kalu ikot rukun nikah pon x perlu hantaran2 nie sgale..

  5. naqiubex Says:

    Itulah.. kawen best

  6. neem Says:

    to musafir melayu:
    macam mana nak selesaikan. bagus andai smua org faham. sbb sesungguhnya islam tu mudah.

    to kiwi-bulan:
    ada kisah di zaman Rasulullah saw dulu bagaimana sorang pengikut baginda nak mendirikan rumah tangga. dia adalah org yg sangat meskin harta, tp kaya dgn iman dan ilmu. dia kawen dgn hanya menggunakan mas kahwin dua dinar saja. kira2 20 sen lah kalu zaman sekrang atau 2 sen. hm.. nanti cita semula. kena semak balik. kalu salah, tolong betulkan


    to naquibex:
    mmg..

    besh.. tp kena betul2 bersedia

  7. Mior Khabir Zikri Says:

    Saidinia Ali pun rasanya maharnya bacaan al-Quran.

    Ringkasnya, tak perlu nak tinggikan nilai mahar. Susah kami kaum lelaki. :D