wabak taun besar di Damsyik
Posted On Sunday, June 14, 2009 at at 7:52 AM by neemAssalamualaikum wbt..
Dah lama aku tak memulakan entry aku dengan memberi salam. Maafkan hambaMu ini wahai Tuhan ku!
Aku nak cite sikit. Satu cita yang aku rasa patut buat di Malaysia mahupun Thailand. Sama-sama kita kumpul. Macam best je. Dipetik dari buku Pengembaraan Ibn Battuta.
Diceritakan semasa wabak taun melanda Damsyik pada akhir bulan Rabi'ul Akhir tahun 749. Aku pasti korang dan aku belum lagi lahir. Heh.. Nenek pun tak lahir lagi masa tu.
Ketika itu Arghun Syah naib sultan mengarah penduduk di negeri tu berpuasa selama tiga hari berturut-turut dan tak boleh masak makanan di pasar. Kemudian semua lapisan masyarakat tak kira amir, syarif, kadi berhimpun di Masjid Jamik al-Aqdam hingga masjid tu penuh sesak. Pada malam tu, malam jumaat, semua penduduk menghidupkan masjid dengan menunaikan solat, berzikir, bermunajat dan berdoa.
Selepas subuh mereka semua keluar dengan berkaki ayam dengan membawa al-Quran. Amir-amir juga turut berjalan dengan kaki ayam. Semua penduduk lelaki dan wanita, dewasa atau kanak-kanak, keluar beramai-ramai. Kaum Yahudi keluar dengan membawa kitab Taurat dab kaum Nasrani keluar membawa kitab Injil. Mereka yang disertai isteri dan anak, menangis merendahkan diri kepada Tuhan dengan berkat kitab-kitab suci serta nabi-nabiNya. Mereka berjalan menuju ke Masjid Jamik al-Aqdam dan berada di situ sambil berdoa serta bermunajat sehingga hampir waktu zohor. Selepas tu mereka mendirikan solat Jumaat.
Allah telah meringankan bala yang menimpa mereka sehingga jumlah yang meninggal dunia di Damsyik dalam sehari tak melebihi 2,000 orang sedangkan jumlah yang terkorban di Mesir dan kota Kaherah mencapai angka 24,000 orang dalam sehari.
Bilakah akan sampai satu masa dimana masyarakat kita akan berlaku seperti yang diceritakan di atas? Ukhwah antara mereka mesti rapat gila-gila kan. Bila orang ramai sama-sama menangis, merendah diri kepada Tuhan..
kagumnya
yes! Allah menerima doa mereka. ^_^
salam..
bisakah kita mengembalikan amir seperti itu kembali di dunia ini?
tepuk dada tanya iman...pilihan di tangan rakyat...
ws'lam wbt..
=)
best2 cete ni.... nk pnjm buku
cete bnyk2 tntg ibn batuta, best
insya Allah, lun!
sebtulnya begitulah yg harus dibuat...
to ms.K,
mg kita mampu membuat sedemikian
Salam,
Itulah kelebihan jikalau pemimpin taat dan patuh kepada Allah dan Rasulnya. Keberkatan akan muncul.
ws'lam wbt..
smg kita pilih the right person.
h1n1 di seluruh dunia..kalau lah Malaysia boleh berbuat seperti yang diceritakan ni....
kadang2 kita x sedar lagi yg Allah dah turun bala..
sbb tu lah buat x thu je. tindakan mmg diambil. Tapi sejauh mana tindakan tu berkesan andaikan amalan kita terhadap Allah tetap sikit..
tu la..selagi jemaah solat subuh belum menyamai solat jumaat... selagi tu la umat islam sekarang nih mudah di hina... dan tidak bersatu...
solat jumaat tu pun kebanyakan nye pegi kerana malu je..huhuhuhuhu
hm..
tu solat jumaat, cmne dgn solat 5 waktu nih..