Kahwin muda

Satu benda yang aku tak boleh terima bila kawan-kawan aku yang tahun ni baru nak umur 20 cakap nak kahwin atau pun dah bertunang!! Ohh.. Aku tak boleh terima.


Tadi kecoh kawan aku kat campus, nak kahwin. Rasa-rasanya dia pernah cite dulu, uminya tak bagi. Tiba-tiba pula kata nak kahwin. Bila aku tanya, betul ke hang nak kahwin.. Jawapan yang diberi, "Insya Allah, doa-doakan lah aku"


Tadi pula kawan baik aku kat Australia. Guess who? Beliau minta tak disebut namanya. ok-ok.. Tak sebut.


Aku namakan beliau sebagai Ikhmal lah. Sebab aku tengah tengok cita matahari nih. Heronya nama ikhmal. ok..


ikhmal: Ikhmal tengah fikir ni macam mana la nak bagi ibu bagi ikhmal kahwin awal. By the time i'm in 4th year.


aku: ok la, dah umur 24 masa tu.


ikhmal: 23 :D


Waaa... semua orang nak kahwin awal!!


Aku jeles sebenarnya.


ops.. Terkantoi.


Aku sedang buat persediaan dalam jangka yang panjang.


p/s: JANGKA YANG PANJANG.


Means dalam masa 3-4-5 tahun lagi.


Aku cuba baca-baca buku, dengar ceramah agama, nak pergi khusus kahwin dan sebagainya. Sebab kahwin-kahwin ni, bukan benda yang senang. Banyak benda yang perlu dilihat dan dikira. Aku akan sebut sikit-sikit saja. Tak banyak, insya Allah.


Bermula dengan prosess pemilihan bakal isteri. Bagaimana seorang perempuan itu layak dan mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang memahami. Agamanya, perangainya, kecantikan dan lain-lain perlu diberikan perhatian.


Hubungan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki yang bakal menjadi suami isteri mestilah di redhai oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Seorang akak yang aku panggil, kak ngah pesan 2-3 kali supaya cari lah yang sesuai dengan family. Yang penting keluarga redhai hubungan ini. Carilah lelaki yang tak tinggal solat, andai solat pun tinggal, kerja lain belum tentu akan menjadi.


Aku lihat sekarang betapa ramai remaja-remaja yang rosak akhlaknya. Yang tak tahu nak baca al-Fatihah pun ramai. Walaupun di Kelantan, negeri yang dianggap sebagai serambi Mekkah pun tak lari dari masalah itu. Aku sendiri pernah jumpa golongan ini masa aku sekolah dulu. Pentingnya didikan agama dari ibu bapa untuk membentuk seorang manusia.


Nak melahirkan anak ramai, ah.. Aku tahu senang je. Lagi-lagi time tengah muda nih. On.


Tapi nak melahirkan umat yang soleh ramai-ramai, bukan satu kerja yang senang. Bermula dari prosess tuttt, ketika mengandung dan selepas anak dilahirkan. Satu kerja yang berat yang perlu difikirkan.


Aku sebut sikit je baru. Aku bukan tak nak korang kahwin awal. Tapi sebaik-baiknya korang buat lah persediaan dulu. Tak cukup untuk pergi khusus kahwin dan menjalani ujian HIV saja!


Aku gembira andaikan korang nak kahwin awal. Tapi dalam masa yang sama, aku doakan moga-moga aku dan diri korang dah bersedia untuk menghadapi dunia ini. Jodoh itu ketentuan Allah. Mana tahu jodoh awal. Aku pun tengah buat persediaan juga. Tapi aku ni macam ni laa... Ntah siapa la nak kat aku. hehehe


Wallahualam!

Posted in |

14 comments:

  1. Lun Says:

    di sabah lgi la..
    budak sekolah menengah x tw mcm mna nk solat
    bhg2 pdlaman
    org2 semennjung bnyk yg pndi Ilmu agama, tpi x bnyk yg sggup turun ke sabah tuk berdkwah
    hurm...

  2. Shila Rosli Says:

    ahahahaha! muda lg r. xyah nk pikir sgt! =)

  3. neem Says:

    sbb tu kena ramaikan ustaz dan ustazah..

    hm..

    kita ni dah bertuah. amek lah peluang sebaik2nya

  4. neem Says:

    x pk sgt lah shila. pk skit2 je.. hehe

  5. Nabila H.... Says:

    salam...
    sebut pasal kahwin ni...especially bg umur yang sebaya kita ni neem...ramai yang kata muda sangat..klu bg nabila sdiri, xde istilah tua atau muda...as long as kita bersedia..

    sebabnya kalo fikiran duk kata muda lagi...sampai bila tak bersedia...dan kalu fikiran tolak perkahwinan sbb kata tak bersedia, sampai bila kita tak bergerak untuk bersedia...yang penting kita perlu kata kat diri, aku da cukup umur utk kahwin dan aku perlu bersedia..

    dengan siapa? itu serahkan kepada ALLAH...sebab ALLAH lebih tahu..tak guna kalu kita nak kahwin kita sibuk mencari sahaja..bukan sibuk bersedia...yang penting kita bersedia...kalu kita bersedia, insyaALLAH ALLAH permudahkan dengan org yang setaraf dengan persediaan kita..

    dan yang paling penting jangan duk couple...xkira la couple ym je ke..couple hp je ke...kita perlu jauhi sekecil2 zina iaitu zina hati kerana ia bleh membawa kpd zina yang besar...

    sabar2 la dulu...yang penting doa dan bersedia...cari tu, usaha sikit2...wassalam..

    p/s:mcm ceramah la plak..sori neem...kesimpulan..kahwin muda ada barakah..terjaga drp zina hati... ada pernah dgr hadith kata antara kesempurnaan pompuan nih awal kahwin, murah mahar(mas kahwin) dan ramai anak (ramai umat Islam la)..wallahua'lam..

  6. d0tbl0gsp0td0tk0m Says:

    tu la pasal...

    yang penting...diri sendiri.... ramai yg kawen kerana seronok....ilang seronok..mula la lain jadinye.... ntah le....

  7. neem Says:

    to nabila:
    yep, asalkan bersedia. tp sejauh mana kita dah bersedia? =)

    to pakcik:
    betul pakcik, neem sokong!!!

  8. naqiubex Says:

    Best la kawen!

  9. neem Says:

    nak kwen keee

  10. Muhammad Abu Handhalah bin Kamil Says:

    jom kawen neem.

    hhehehehe,


    abis gred,
    kita kawen sama2.

  11. Azym Azizi Says:

    Kawen muda? Huhu..ak lebih suka menikmati alam remaja ak ini secara bebas..tanpa sebarang ikatan..tanpa sebarang komitmien..

    Sbb bg ak perkahwinan itu satu komitmen yg tinggi terhadap rumah tangga yg kita bina.

    Klau muda2 dah kawen, bosan kot zaman remaja. Oh ya, mungkin pada sesetengah pendapat kata tak bosan, malahan seronok! Ha..seronok yg "itu" je buat apa kan..???


    p/s i: ramai menggunakan tak tahan nafsu sbg alasan utk kawwen awal. Kalau nafsu pun takleh tahan, mcmna nak tahan segala liku2 cabaran dalam rumaah tangga???

    p/s ii: Apasaal ak emo semacam nih? haha

  12. neem Says:

    to abu:
    abu gataalll

    to azym:
    btui2.. aku sokong ko!!!

  13. alif.fa.ya.qof.ha Says:

    Nanti giliran neem. Jangan lupa tebarkan jemputan.

    :)

  14. neem Says:

    lambat lagi lah akak.

    hehehe..

    insya Allah!