Sebagai orang muslim di thailand, aku berharap!
Posted On Tuesday, June 9, 2009 at at 8:03 AM by neemDipetik daripada surat khabar kosmo hari ni..
"Menurut beliau, Malaysia telah diminta oleh Thailand untuk melanjutkan bantuan bagi pembinaan insaniah untuk belia di kawasan itu terutamanya dalam menyediakan latihan vokasional dan biasiswa.
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva turut memohon bantuan Malaysia melanjutkan kurikulum agama Islamnya bagi sekolah aliran agama di sana, kata Najib pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Thailand itu di Pejabat Perdana Menteri di sini."
Semoga cita-cita ini jadi kenyataan! Amin..
korang patut bersyukur, sebab dari sekolah rendah lagi korang diajar tentang agama islam. Berbalik pada aku dan warga muslim thai yang lain, peluang berlajar agama Islam di sekolah dulu nipis. Lebih-lebih lagi di Bangkok.
Selepas sekolah berkejar-kejaran ke masjid. Untuk belajar fardu ain. Kalau dulu, aku sekolah aliran katolik, sekolah aliran agama islam ketika itu sangat sikit dan harganya mahal. Aku tak diajar tentang agama-agama lain secara menyeluruh dan tak juga diajar tentang Islam secara perinci. Semua tentang agama islam banyak diajar oleh famili aku dan juga masjid kesayangan ku, Masjid Al-Warissunnah.
Masa aku sekolah dulu, aku mengaku tak pakai tudung. Ke sekolah pakai skirt bawah lutut. Confirm lah aku tak pakai tudung. Kalau pakai pun, bila keluar dengan famili. Sekarang alhamdulillah, dah melekat di kepala. Hanya adik aku yang ke-3 saja tak pakai. Disebabkan dia sekolah kerajaan. Tapi kalau keluar dengan family, tetap wajib tutup aurat! Semoga adik aku cepat-cepat keluar dari sekolah tu.
Tapi lately ni, sekolah kerajaan dah banyak bagi kelongaran. Macam sekolah adik bongsu aku, time solat jumaat pelajar muslim dibenarkan untuk ke masjid. Seronok! aku rindu keadaan kat sana..
Paling aku suka, aku jarang jumpa orang-orang yang menghina agama suci ini. Dan kebanyakan daripada mereka faham macam mana islam walaupun mereka tak faham secara mendalam. Yang penting, mereka menghormati kami.
Semoga kelongaran diberi lebih banyak lagi. Dan sebab tu lah, kenapa pelajar muslim lebih-lebih lagi kalau lelaki keluarganya akan hantar mereka belajar agama di luar negara. Sebab mereka rasa di luar negara lah lagi banyak peluang untuk belajar tentang Islam.
Walau bagaimana pun, aku tetap bangga menjadi Muslim lebih-lebih lagi di negara yang semamangnya penduduk Islam adalah penduduk minoriti.
Sayang islam!!
^_^
hurm sdih dgr cete ni
uik..
nape lun sedih?
Bersyukur berada di dlm Islam sehingga sekarang..=)
Alhamdulillah!!!
nak pi thailand boleh?
agak sebak.
sbb kat sini.
ramai dah lupa nikmat islam.
kenapa smua org sedih.. huhuh
sem0ga kita menjadi muslimah sejati..insyaalla
Iyerker Neem.. Neem sekolah mana dulu?
neem sekolah kat bangkok dulu..
to sha:
begitu jua dgn diri mu! amin
Singamaraja melawat blog anda
kehadiran anda dialu2kan.. ^^