pitis (duit)
Posted On Thursday, April 30, 2009 at at 2:12 AM by neemJemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak
Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek
Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..
Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh
moral : lain kali gi semayang bawak lapan dozen duit syiling..he3
^_^
Hati-hati
Posted On Monday, April 27, 2009 at at 5:09 AM by neemAku tak suka Bola Malaysia
Posted On Sunday, April 26, 2009 at at 4:06 AM by neemaku nak "dia" temankan aku
Posted On Saturday, April 25, 2009 at at 3:18 AM by neemteamblogger
Posted On Friday, April 24, 2009 at at 8:51 PM by neemam i a loser?
Posted On at at 5:43 AM by neemaku..
Posted On Thursday, April 23, 2009 at at 6:50 AM by neemBaru lepas webcam dengan mama dan adik-adik..
Hm.. Aku..
Balik rumah kat Bangkok, setahun sekali sejak umur 13 sampai sekarang umur aku dah nak 20.
Tapi aku sabar...
Aku jumpa mama, papa, adik-adik, saudara-mara setahun sekali.
Tapi aku tabah...
Petang tadi aku chatting dengan sepupu aku. Kata dia baru balik dari rumah baru aku. Ada kenduri katanya. Aku tak tahu pun. Aku sebenarnya terasa hati juga..
Tapi aku sabar...
Aku tak tengok lagi rumah baru. Tak apa. Aku tak kisah sangat pun. Aku tahu tak ada bilik untuk aku. Tapi nape adik aku perlu nak tunjuk-tunjuk. Aku tak faham. Takpe, mungkin adik aku tak matang lagi..
Aku tetap akan sabar.
Orang selalu kata aku tabah orangnya. Harap-harap kata-kata itu menjadi doa buat ku..
Tabah aku pun, aku tetap nangis.
Aku tahu aku tak secomel adik aku. Tak seputih dia. Tak segebu dia. Tapi aku tetap bersyukur. Kenapa nak kena banding-bandingkan..
Aku tahu.. Aku balik rumah sekali sekala saja. Mungkin aku dah tak layak jadi anak sulong.. Mungkin. Aku lah, banyak habiskan duit mama, papa. Sampai sekarang aku pun tak tahu apa yang aku dah buat kat family selain habiskan duit dan masa dorang.
Aku ni useless kan?
apa-apa rancangan aku.. Mesti tak dapat sokongan dari mama aku..
Aku tetap sabar..
aku tak nak nangis..
aku sepatutnya tak nangis pun..
aku kan kuat...
tapi aku tak tahan...
"dia" ada kat johor..
aku tak boleh contact dia..
T_T
Lumba Haram n Mat Rempit
Posted On Wednesday, April 22, 2009 at at 10:33 AM by neemPukul 1.35am dah.. nak menikmati kesunyian alam pun tak boleh. Aku bunyi orang lumba motor and kereta je. Apa tujuan hidup korang sebenarnya....?
Brun-brun....
Brunnn...... Brunnnn..... Brunnnnnnnnn.......................
Korang buat bising, ramai yang mendoakan tau..
pergi mam**s lah kau..!!!!!
Bla.. blaa... blaaa....
@#$%^...arrrrrrgggghhh!!!!!!!!^&*%$#$$%^&
dan kalau nasib tak baik....
iiieeeaattt.... Dum! !!!!!!!!
At least patah tangan.
tak pun patah kaki.
tak pun patah pinggang
tak pun putus tangan.
tak pun putus kaki.
tak pun kena masuk ICU
masuk ICU ok lagi, sekurang-kurangnya ada orang tolong bacakan yasin masa tengah koma (kalau adala..)
dan kalau tak mati, kalau orang lain turut jadi mangsa korang berlumba, kena saman tak pasal-pasal.
under law of tort ---> negligence.
sebab korang ada duty to take care.
then korang dah breach that duty
menyebabkan damages or injured.
sah kena sue.
dan kalau mati...
nak manti camne?
putus kepala?
putus badan?
hm... kalau bomba tak jumpa kepala anda, tak jumpa kaki anda...
alamak... masuk kubur camtu je laa...?
eh.......
fikir-fikirkan lah~
Kenapa Mesti Meniru ye?
Posted On at at 9:49 AM by neem-aku give up-
Posted On Monday, April 20, 2009 at at 11:44 PM by neemMuka aku... Tak boleh blah?? hahaha
terima kasih, en abu
Posted On at at 12:02 PM by neem-nama restoran-
Posted On Sunday, April 19, 2009 at at 7:54 AM by neemBaru lepas cakap dengan mama..
beliau minta tolong..
create nama restoran (ala-ala mi sup) kat rumah baru di Bangkok.
tapi..
beliau nak nama bahasa Melayu.
jika family di Kelantan, nama restoran ialah Cherita,
Hm.. sahabat-sahabat rasa, apa nama kedai yang patut aku letak nih?
wah... adakah orang-orang BKK akan faham BM..?
hehe.. andai kalian pergi BKK. Jumpa kedai yang bahasa melayu tu...
Mungkin kedai tu kedai family ku...
Pergi je, sebut nama tasneem. Mungkin korang akan dapat discount 50% atau free.. heheh.
ahaakks...
Doa-doakan. Moga berjaya!
penyakit aku T_T
Posted On at at 2:15 AM by neemFinal Exam Format - business law
Posted On Friday, April 17, 2009 at at 9:27 PM by neemKenapa la format untuk accounting student ni susah??
The final exam paper is a comprehensive final exam covering all chapters EXCEPT Malaysian Legal System. The questions will cover Law of Tort, Contract, Sale of Goods, Law of Partnership and Company Law.
FORMAT: THE QUESTION PAPER COMPRISES OF TWO (2) SECTIONS:
· SECTION A: MULTIPLE CHOICE
o 40 QUESTIONS ( 20 Questions for Accounting students)
o STUDENTS HAVE TO ANSWER ALL QUESTIONS
o 40 QUESTIONS X 1 MARK = 40 MARKS
· SECTION B: ESSAY
o 5 QUESTIONS – ONE EACH FROM TORT, CONTRACT , SOGA, PARTNERSHIP AND COMPANY
o BBA STUDENTS HAVE TO ANSWER (3) THREE QUESTIONS (Accounting students have to answer 4 (FOUR) question)
o 3 QUESTIONS X 20 MARKS = 60 MARKS
TOTAL MARKS = 100 MARKS (PERCENTAGE = 50%)
PTPTN
Posted On at at 5:23 AM by neemSebjek paling saya takut..
Posted On Thursday, April 16, 2009 at at 5:37 PM by neemKita hidup untuk siapa?
Posted On Wednesday, April 15, 2009 at at 12:38 AM by neem
Saya tak pasti sama ada saya adalah seorang translator yang baik. Kita cuba!
Seorang perempuan merayu pada saya supaya dapat bersalin sebelum cukup tempoh bulan. Apabila Tanya mengapa, dia hanya menjawap masa kami sudah singkat. Selepas bersalin dua jam, dia melarikan anaknya dan hilang
.
Seorang lelaki sedang menunggu masa mati kerana penyakit tumbuhan dalam otak. Yang penting, sepatutnya dia menyerah kalah dan sudah lama meninggal dunia.
Sebagai manusia , mungkin ada soalan yang selalu menjadi persoalan, mengapa kita hidup? Kita hidup untuk apa?
Bayi sempat berada dalam pelukan bapa, sebelum sampai masa..
Kadang-kadang persoalan ini, mungkin bukan jawapannya.
Kita hidup untuk seseorang sebenarnya.
“Kecil, jaga ibu sebaik mungkin.
Berikan kasih sayang kat ibu setinggi-tingginya.
Ayah pun sayang anak sangat-sangat.
Ayah sayangkan kamu sungguh-sungguh.
Jaga ibu sebaik mungkin.”
-law-
Posted On Monday, April 13, 2009 at at 10:41 PM by neemsat lagi saya ada meeting. Harap-harap ini meeting sebelum final exam!
Solat hajat - berjaya!
Posted On Sunday, April 12, 2009 at at 8:48 PM by neemone more presentation to go..
Posted On Friday, April 10, 2009 at at 3:11 AM by neemAlhamdulillah, dah habis presentation untuk subjek Marketing Management. saya jarang nak speaking depan orang ramai. Sem ni banyak presentation, rasa-rasanya presentation tadi saya sedikit confident dalam english, alhamdulillah.
Bercakap mengenai presentation, biasanya kita akan guna Power Point --> guna slide.
Satu kesilapan kumpulan saya hari nih, terlalu banyak isi dalam slide. Sepatutnya point-point saja yang perlu atas slide tu, huraian masa kita present.
Apa-apa pun, alhamdulillah. Berjaya kehendakNYA!!!
Nikon D60
Posted On Thursday, April 9, 2009 at at 4:55 AM by neemPerihal texi
Posted On at at 2:18 AM by neem
Semalam ke rumah KL untuk jumpa family. Akhirnya jumpa juga. Lately ni agak sibuk. Semalam pun terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang tengah buat marketing plan. Esok ada satu presentation yang agak banyak juga kerjanya. Minggu depan satu presentation pasal law, dua test. Dan minggu depan juga study week. Hm.. Nama pun pelajar, hadapi je lah.
Tepat jam 330 pm, saya minta diri dengan kawan-kawan untuk ke KL. Naik bus, naik LRT, star dan akhirnya naik texi untuk ke rumah KL di jalan ipoh. Bila saya sekat texi, saya pun tak tahu kenapa saya perlu tanya harga berapa kalau sampai destinasi. Dan semalam dari peristiwa itu, saya dapat satu pengajaran. Setiap kali saya tanya pak cik driver, berapa harga kalau sampai ke Jalan Kolam Air tu, semua kata 10 Ringgit, dik.
Dalam hati saya marah, menyampah, geram. Fikir-fikir, macam mana anda hidup berkat.. Kalau lah dekat tu pun anda kira harga rm10?
Terus saya masuk ke The Mall. Jalan-jalan ambil rasa sejuk aircond. Wah, nikmat. Alhamdulillah. Ketika nak jalan keluar untuk cari texi lagi, saya mula selawat dalam hati. Moga Allah permudahkan segalanya.
Sampai bus stop, saya sekat sebuah texi.
Pak cik, nak ke jalan kolam air boleh?
Boleh.
Berapa harga? (saya tanya setelah tengok meter texinya tak berfungsi)
you nak berapa?
Biasa saya naik rm5 je.
hah..boleh la tu.
setelah naik... Saya mula membebel.
Kenapa semua texi nak ambil mahal? RM10. Camne saya nak bayar kalu dekat sangat tapi kira mahal..
you orang kelantan ek?
ye.
haha..gano eh saya boleh cam awk ore kelate (pak cik tu mula kecek kelate)
hm.. gano?
Sebab you tanya harga. Dan sebab you pakai jubah.
biasanya orang yang tanya harga, mesti orang luar.
when you asked for the price, means that you give them the opportunity to charge you.
hm.. then?
dan minimum price yang akan dia bagi ialah rm10.
saya macam tak puas hati...then saya jawap
but mostly the texi didn't use meter, right?
Bukan. Tapi bila you dah tanya pasal harga, seolah-olah you minta harga yang nak beri pada you
ah..macam mana pak cik tu jawap bukan. sedangkan mata saya memang tengok mostly texi tak guna meter. Pandai-pandai je agak harga sendiri. Saya pun hairan, nape saya duk kat KL tanya harga. Sedangkan saya kat bangkok, tak pernah-pernah tanya pasal harga-harga nih. Mungkin semua texi kat bangkok guna meter. Banding dengan sini texi-texi agak tak ikut peraturan.
Pernah sekali masa nak balik Kelate dengan teman saya, KTM lambat sangat. Tinggal masa 15 minit lagi untuk ke stesen Putra. Kami cepat-cepat cari texi. Tu pun mahal. Seingat saya dalam harga 25 ringgit. alasan dia sebab jalan jem, so kena kira harga mahal. Sedangkan dia tak ikut meter pun berapa perlu charge untuk harga tu,
so, lain kali, don't ever ask for the price. Just naik je texi tu. Dan bagitahu ke mana you nak pergi.
still saya tak faham lagi apa motif dorang jadi macam tu. Bukankah bila cakap macam tu, dia akan hilang penumpang.
tipu orang = hilang penumpang
Baik tak payah tipu lah pak cik-pak cik. Nak ambil untung banyak pun... Ingat lah, nanti nak kena jawap dgn DIA esok-esok. Pak cik-pak cik nak jawap macam mana kalau duk main tipu macam ni...?
wah.. geram!
p/s: saya tengah lapar.. Sebab tu letak gambar roti bun! eheheh
ikan-ikan ku...
Posted On Tuesday, April 7, 2009 at at 1:26 AM by neemTerima kasih kepada en.chef Amin kerana memberikan saya tiga ekor ikan. Alhamdulillah.
Pada mulanya, saya agak tak tenang tengok ikan. Sebab rumah ikan tu kecil je… huhuh. Sori en.amin, terpaksa beli rumah yang baru.
Mak, (housemate kitorang yang ntah napa kita panggil dia mak. Heheh.) excited je tengok ikan.
Mak kata;
Neem, bagi la ikan makan..
Neem dah bagi la mak..pagi tadi.
Dia lapar tu..
Memang la, ikan 24 jam lapar. Bagi makan banyak pecah la perut dia.
- Sampai kul 12 tengah hari -
Dah tengah hari ni, bagi la dia makan lunch..
Makk…petang la pula bagi makan. Dua kali sehari je.
(kalu mak sungguh dah ketagori derhaka dah nih. Hehe.
Hari ni saya beli aquarium baru terus. Baru tenang tengok ikan ada rumah besar, ada batu. Boleh dia main-main
angkut batu.
Kat bawah rumah kitaorang ada swimming pool, nad kata nanti kita masukkan ikan dalam swimming pool. Bawa dia jalan-jalan. Hahah. Then kalau nak tangkap balik tu macam mana… tiga ekor ikan yang kecil dengan kolam air yang besaq.
Saya pernah hidup dengan ikan. Family saya pernah buka kedai jual ikan. Namanya Ireen (gabung nama dua orang adik saya, inee + nureen) tapi masa tu saya darjah 5,6. Kadang-kadang penat juga, kena selalu tukar air, tengok mana-mana ikan yang sakit, bagi ubat, dan sebagainya.
Pernah sekali ajak adik-adik pergi buka booth kecil dekat pasar malam. Dengan gunakan meja cina. Pergi tiga orang.
Saya, inee dan nureen. Duduk jual kat situ. datang lah sepupu saya p’yaa (dah kawen ada anak seorang) duduk jual sekali. Masa tu p’ya dah sekolah rendah. Tak lama lepas tu, datang lah schoolmate p’ya, seorang lelaki yang macam perempuan. Huhuhu. datang dan kata:
Muka macam engkau ni, tak boleh jual punya.
Heh.. saya apa lagi balas balik.
Kau sibuk tu apasal??
Then gaduh…haha. Dia siap lempar plastic sampah lagi kat kami. Nasib baik ada pak cik yang bela. hehe
Masa budak-budak memang nakal. Gaduh dengan budak laki la.. sampai masuk bilik disiplin. Tapi bila masuk sekolah menengah, Alhamdulillah. Dah berfikiran matang sikit demi sedikit.
Ikan keli pun pernah.. kat kampong tuk dulu-dulu. Pagi-pagi dan petang kena pergi ambil perut ayam, untuk diberikan kepada ikan keli. Nak bagi ikan keli tu berlemak secara tradisional.
Saya memang suka ikan..
Hidup saya penuh dengan ikan, ikan dan ikan~~
Tapi saya hairan…
Macam mana ikan yang menjaga blog saya ni tukar color. Rasanya ada 5 color yang berbeza, sekarang dah tukar jadi warna merah semua.
Anyway, even ikan-ikan yang jaga blog ini tak betul-betul wujud, saya masih sayang kat meraka berlima. ^_^
Ops, one more thing: kalau ambil gambar ikan, jangan guna flash. Sebab ia boleh menyebabkan ikan tu buta. Sebab itu di Aquaria tak bagi guna flash. Pada mulanya ingatkan takut ikan terkejut, rupanya-rupanya flash camera mampu
menyebabkan ikan buta.